Mujahid: Calon PAS P057 Parit Buntar
|
Bagi mereka yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
pemikiran yang cerdas dapat membaca aliran pemikiran dan tindakan pihak lawan, sekurang-kurangnya
untuk tempoh tertentu.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang sama pihak yang
satu pula akan mengubah corak tindakannya supaya sukar dibaca oleh seterunya
sama ada dari segi tindakan, ucapan, iklan, provokasi, muslihat, kelicikan,
kuasa dan kewangan, sokongan rakan, meraih dan merayu undi, isu-isu
dibangkitkan tanpa memahami perkara yang sebenarnya atau menjadikan sesuatu
kelihatan ada kaitannya dengan politik.
Memandangkan persoalan tersebut memerlukan terjahan
agresif maka keligatan untuk mencapai kejayaan adalah suatu yang diwajibkan.
Main-main, bergerak sambil lewa, tiada keseriusan akan
menerima kegagalan.
Semoga kita digolongkan menjadi mujahid dan bukan abid.
Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid. Rasulullah s.a.w, bersabda maksudnya:
“Mahukan kalian aku
beritahu tentang siapakah orang mukmin? Iaitu sesiapa yang manusia lain percaya
kepadanya untuk menguruskan harta dan diri mereka. Muslim pula ialah sesiapa
yang manusia lain terselamat daripada lidah dan tangannya. Mujahid pula ialah
sesiapa yang berjihad menentang dirinya untuk mentaati Allah. Muhajir pula
ialah sesiapa yang berhijrah daripada kesilapan dan dosa-dosa.”
(H.R. Imam
al-Baihaqi)
Berjayalah mereka yang memahami sumber kekuatannya dan
menggunakan semaksimumnya.
"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di
dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu
ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya
Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.
Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga
ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan
kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini
(dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka
itulah orang-orang yang berjaya."
(Q.S. Al-Mu'minuun:109-111)
“Dan tidak ada yang
lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan
mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil
berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah
bulat-bulat kepada Allah)!"
( Q.S. Fussilat: 33 )
“Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang
telah ditentukan, dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.
Kemudian Kami mengutus rasul-rasul Kami silih berganti.
Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu
Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan
perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka
kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.”
(Al-Mu'minuun: 43-44)
No comments:
Post a Comment