NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 9 May 2013

Penipuan II


Firman Allah s.w.t.:


 A053


“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Q.S. Az-Zumar: 53)

Penipuan berasal daripada perkataan tipu. Tipu ialah kata kerja, bagi menunjukkan banyaknya kegiatan penipuan yang berlaku, lazimnya disebut ‘beberapa kes penipuan.’ Tipu juga membawa maksud tipuan, menipu, penipu, tertipu, penipuan, ikhtiar, muslihat, mengecoh, daya usaha, helah, memperdaya dan belit. Secara ringkasnya tipu itu adalah perbuatan atau perkataan yang tidak jujur untuk mengekali atau menyesatkan orang, muslihat untuk mencapai kemenangan, bersembunyi di dalam kesukaran, mencari keuntungan diri sendiri, tipu muslihat yang sangat halus dan untuk mencelekakan orang lain.

Perkataan penipuan adalah dirangkaikan dengan kata apitan atau diberi imbuhan, kata nama penggunaan  awalan pen … dan akhiran … an kepada perkataan tipu. Maka kata dasar yang membentuk kata terbitan dalam bahasa Melayu, bila dicantumkan menjadilah kata sifat atau perbuatan melakukan tipu - penipuan.

Kata sifat penipuan itu membawa maksud bahawa telah berlaku sesuatu perbuatan yang dilaksanakan oleh seseorang manusia atau suatu organisasi, seperti:
Penipuan yang dilakukan secara sembunyi, atau penipuan yang dilakukan secara terang-terangan, atau penipuan yang dilakukan secara terancang dan dirancang teliti dan teratur yang samar-samar sifatnya, atau penipuan  yang dilakukan hanya disedari beberapa tahun kemudiaan, atau penipuan yang dilakukan sukar dikesan dan dipantau kerana ia dilakukan oleh organisasi terancang, atau penipuan yang dilakukan dicampuradukkan di antara kebenaran dengan kebatilan, atau penipuan yang dilakukan secara spontan atau bersahaja, dan/atau penipuan yang dilakukan diketahui adalah suatu penipuan.

Seorang kanak-kanak melakukan penipuan supaya ia tidak dimarahi, didenda, dipukul atau dikenakan hukuman di atas perbuatannya yang menyalahi norma kehidupan. Ia menafikan penipuan tersebut walaupun acapkali diasak dengan pertanyaan  dan soalan. Namun tetap menafikannya.

Seorang remaja melakukan penipuan kerana tergelincir oleh sifat keremajaannya. Bagi mengelak kelakuannya itu beliau menafikan dengan pelbagai alasan supaya tidak dileter, dicerca, dituduh oleh keluarga, kawan dan masyarakat. Mengekalkan sikap tersebut boleh membinasakan.

Seorang dewasa yang dipercayai oleh masyarakat melakukan penipuan tetapi menafikan penipuan tersebut bersumpah dengan menyebut nama Allah seperti ‘Wallahi, Watallahi, Wabillahi’ bagi mengelak daripada tohmahan masyarakat  dan orang ramai. Ia mengesahkan perbuatannya itu benar.
 
Penipuan juga sukar difahami oleh orang awam kerana ia dilakukan oleh organisasi yang dipercayai oleh mereka dan menjadi tempat rujukan serta mengadu masalah. Keyakinan masyarakat terhadap organisasai tersebut  adalah seratus peratus. Tetapi tetap melakukan penipuan.

Penipuan juga dilakukan oleh pihak berkuasa yang boleh membuat keputusan secara kat’ie/mutlak sama  ada sesuatu itu benar memang benar atau sesuatu yang benar menjadi salah dan sesuatu yang salah menjadi betul.  Ia bertindak berdasarkan nafsu.

Penipuan juga dilakukan dalam paksaan. Ia paksa khalayak setuju.

Untuk menyelesai, merungkai  dan mendapatkan jawaban kepada permasalahan tersebut maka pencanaian secara  telus mesti diambil ingatan. Beberapa elemen wajar diberi perhatian segera supaya kita lahir di dunia ini memiliki jati diri dan dikenang oleh masyarakat memiliki integriti menegak, antaranya:

i.   Akal dan nafsu perlu dikekang bagi melahirkan insan mulia.
ii.  Menginsafi dosa-dosa lalu dan memohon ampun kepada Allah s.w.t.
iii. Berazam tidak akan mengulangi/melakukannya lagi.
iv. Bertekad mendaulatkan Islam.
v.  Zahirkan kefakiran sebelum dikafankan dan kaya dengan doa muslimin.
vi. Bertaubatlah.


Firman Allah s.w.t::


A008


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Q.S. At-Tahriim: 8)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”