NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 15 May 2013

Syair Arab


Seorang penyair Arab berkata: 

Adakah kita boleh harap kesempurnaan dari kanak-kanak yang telah menyusu dari tetek-tetek perempuan-perempuan jahat? 

Sudah tentu tanaman-tanaman yang tumbuh di kebun tidak sama dengan yang tumbuh di padang pasir. 

Pemuda itu membesar dengan apa yang telah dibiasakan oleh bapanya. Pemuda itu tidak boleh disalahkan terhadap hujahnya, tetapi keluarganyalah yang membinasakan-nya kerana tidak berpegang teguh dengan ajaran agama.

Itulah yang jika ia hidup tidak ada sesiapa mendapat manfaat darinya, dan jika ia mati tidak ada sesiapa dari keluarganya akan menangisinya.


Alhamdulillah. Sedapnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”