NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 20 February 2014

RAMPAS KUASA




Gambar hiasan: Si kenit menjadi panglima

Rampas kuasa adalah suatu perlakuan melalui kekerasan atau melalui jalan batil bagi mendapatkan hak yang bukan miliknya secara sah. Ia bukan hanya berlaku kepada orang dewasa waras tetapi juga berlaku kepada kanak-kanak dan orang gila. Perampas pula tidak hanya berlaku untuk mendapatkan sesuatu barang sahaja tetapi juga untuk mendapatkan suatu ketenangan/kepuasan. Berhadapan dengan golongan ini memerlukan ketabahan dan kecerdikan.

Menjadi perdebatan ialah tentang merampas kuasa, merebut, pergerakan sulit, menyamun atau mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksaan atau  mengambil alih sesuatu kekuasaan dengan paksaan. Caranya mudah sahaja  iaitu sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka merampas kuasa. Minoriti mengalahkan majoriti kerana gerakan mereka tersusun manakala golongan majoriti bercakaran.

Pihak yang ingin memiliki sesuatu bukan miliknya mutlak dan melakukan sama ada dengan cara tipu helah, licik, persengkongkolan, pakatan, dilakukan secara tersembunyi, melakukan tuduhan-tuduhan yang direka, rampasan secara terangan-terangan, rampasan yang memerlukan pembunuhan dan rampasan kuasa yang tragik  melibatkan peperangan di antara pihak berkuasa yang mempertahankan kuasanya dengan golongan perampas kuasa.

Berbagai sebab boleh diklasifikasikan penyebab rampasan kuasa tersebut yang sukar untuk mendapatkan kuasa dengan cara demokrasi, adil dan memberi faedah kepada umum. Tentang akibat yang akan berlaku itu kemudiannya adalah menjadi perkara kedua, yang penting ialah:

1. Perampas kuasa melakukan perkara tersebut berdasarkan dorongan, sokongan dan persekitaran yang dianggap lemah dalam pentadbiran yang boleh diganggu gugat oleh mereka.

2. Perampas kuasa bersekongkol dengan pakatan jahat yang menjanjikan suatu faedah keuntungan sama ada  harta, kuasa atau faedah kesenangan dan kepuasan diri.

3. Perampas kuasa mempunyai kekuatan tersendiri  yang boleh melakukan impak besar kepada pemerintah kerana sokongan  dalaman yang inginkan kejayaan manakala pihak luar yang ingin melihat ketidakstabilan seseorang atau kedaulatan negara tersebut.

4. Perampas kuasa mempunyai agenda tertentu yang telah difikirkan oleh mereka kesan akibatntnya, kadang-kadang rancangan mereka tersasar dan berlaku diluar daripada jangkaan.

5. Pertembungan antara kebenaran dan kejahilan adalah suatu yang telah diperingatkan di dalam Islam. Manakala doa golongan teraniaya sedang meresap ke jantung golongan jahil dan doa orang mukmin memberi rahmat kepada sekalian makhluk.

Kejayaan akan terus berada dilandasannya bagi mereka yang istiqamah dalam mentauhihkan Allah s.w.t.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”