NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 23 February 2014

BINATANG KESAYANGAN



Gambar hiasan: Singa kekenyangan ikut arahan
Ada manusia bertanggapan bahawa haiwan boleh dijadikan kawan, dijinakkan dan menjadi pengawal keselamatan. Walaupun binatang tersebut asalnya buas seperti singa, harimau, beruang, ular dan beberapa jenis haiwan lagi. Kadang-kadang haiwan tersebut ditatang seperti bayi atau suami/isteri kepada tuannya kerana sifat sayang dan mesranya yang berlebihan itu. Tanggapan seperti itu menjadi realiti jika beberapa keperluan asasinya dipenuhi tetapi sebaliknya akan berlakulah ‘khadam makan tuan’ jika perutnya bekeroncong.

Jika berlaku keperluan asasinya tidak dipenuhi maka tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh mencederakan tuannya. Jangankan binatang manusia yang kelaparan pun akan memakan manusia seperti cerita orang hanyut suatu ketika dahulu.

Pertengahan Januari 2014 bermulanya krisis air di Lembah Kelang terutamnya di kawasan tertentu sehingga catuan air dilakukan dan pihak berwajib menghantar keperluan air di kawasan terlibat.   Walau bagaimanapun jumlah penduduk ramai manakala penghantaran air berjadual - tidak mencukupi. Keletihan, tekanan, masalah air telah memberi psikologi kepada orang ramai sehingga penyaluran tidak seimbang yang akhirnya ada pihak tidak berpuas hati kerana pengagihan air dikawal oleh pihak kedua yang akhirnya pertembungan berlaku walaupun tinggal dalam komuniti sama ke peringkat menghunuskan parang. Jika masalah airpun boleh menghunus parang, inikan pula haiwan atau binatang yang keperluan asasinya terhalang.

Bila harta difaraidkan dan masing-masing mendapat bahagian, maka semua menjadi kawan kerana perut kenyang. Bila lapar kawan menjadi lawan. Demikian juga mertua, ipar duai dan anak isteri/suami menjadi lawan kerana kelaparan. Kadang-kadang jika terlebih kemewahan pula menjadikan manusia boleh membuat pelbagai pilihan. Individu yang bermasalah pun boleh menjadi pilihan menjadi isteri/suami yang penting ia  dibeli dengan kemewahan. Agama dan keturunan menjadi pilihan kedua dan kecantikan, harta, pergaulan dan pandai berkata-kata menjadi pilihan pertama.

Kita juga mendengar ada manusia dipanggil haiwan atau binatang seperti dalam filem: ‘Ibu Mertuaku’, lakunan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui watak sebagai Kassim Selamat dan ibu mertuanya Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor. Dialognya berbunyi, Kasim Selamat: "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" Perkara itu berlaku kerana sifat kehaiwanan atau kebinatangan mengatasi sifat kemanusiaannya. Suami isteri yang berkasih sayang dipisahkan dengan cerita direka-reka bagi tujuan memisahkan suami isteri yang bahagia itu. Puncanya disebabkan sikap, pangkat, harta dan keturunan.

Pengalamam mengingatkan kita bahawa haiwan tidak memiliki kesedaran tetapi ia boleh dilatih, diawasi, digula-gulakan dan dikurung kerana ia ada naluri kehaiwanan. Sifat kebinatangan itulah menjadikan haiwan tersebut diawasi 24 jam.

Apabila seekor haiwan keluar dari sarangnya ia mudah difahami, iaitu:

1)      Mengisi keperluan perutnya
2)      Mengawan
3)      Melakukan perlindungan baru
4)      Memang tabiatnya tidak duduk menetap.
5)      Melepaskan qada hajatnya

Berwaspada daripada sesuatu yang memudaratkan lebih baik berbanding melakukan kebaikan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain yang perkara tersebut kita ketahui.

Sebab itulah Islam meletakkan haiwan berada pada kedudukannya supaya kita boleh membezakan sifat di antara manusia dan haiwan. Di antara kemanusiaan dan kehaiwanan atau kebinatangan.

Pergi berkelah bersama Anjang,
Berkelah di pantai panasnya mentari;
Menjinakkan binatang babi dan anjing,
Akhirnya memakan tahinya sendiri.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”