Dr.
Muhammad Mursi [Presiden Mesir] shared Syihabudin Ahmad's photo.
November
26, 2012
Al-`Allamah
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia menyatakan sokongan
kepada Presiden Mesir, atas perintah baru yang dikeluarkan.
Al-Qaradhawi
menyifatkan pendirian Presiden : “Pendiriannya
adalah seperti seorang pahlawan yang tidak takut kepada orang-orang mahir.
Bahkan, dia hanya melakukan tindakan yang dituntut oleh masyarakat dan
diperlukan oleh masyarakat.”
Dalam
Khutbah Jumaat yang sama di Doha, beliau turut menyatakan pujian yang sama atas
pendirian Mesir dalam pencerobohan Israil baru-baru ini di Gaza.
Dalam
perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Khamis lalu, perintah menyatakan
pemecatan Peguam Negara yang mengikut sistem kerajaan dahulu. Kemudian,
perintah tersebut menggantikan Tala`aat Abdullah sebagai Peguam Negara. Begitu
juga, perintah menambah dua bulan lagi bagi menyempurnakan Perlembagaan.
Syeikh
Al-Qaradhawi berkata bahawa; Perlembagaan yang dibentuk oleh Majlis
Perlembagaan di Mesir sekarang ini dipenuhi dengan akta-akta yang menarik, yang
tiada pada perlembagaan lain. Di dalamnya akta-akta yang disepakati oleh semua.
Beliau
mengkritik perlembagaan lama:
“(Perlembagaan lama) tidak mengandungi perkara yang menekankan kepentingan iman
kepada Allah. Kita ini bukanlah ateis (tiada agama). Kita semua(di mesir)
adalah orang Islam atau orang kristien. Kita semua beriman kepada Allah.”
Al-Qaradhawi
juga mengkritik mereka yang menolak perlembagaan ini :
“Di
sana terdapat manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Bahkan, yang tidak
menerima itu adalah hawa nafsu. Hawa nafsu mereka sendiri, atau hawa nafsu dari
orang sekeliling mereka.”
Beliau
juga menasihati rakyat Mesir:
“Tidak
boleh bagi rakyat Mesir untuk saling berlawan antara mereka. Bahkan, hendaklah
mereka semua bersatu sepertimana gigi-gigi yang tersusun sama, setiap darinya
menyukai antara satu sama lain, dan hormat menghormati sesama mereka.”
Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi berdoa kepada Allah semoga rakyat Mesir bersatu dalam satu
kesatuan.
Seterusnya,
khutbah tersebut diteruskan dengan berbicara tentang ayat-ayat Al-quran. Ia
dipenuhi dengan isi kandungan yang berbicara tentang pemerintah menurut
Al-Quran.
__________
Penterjemah
: Syihabudin Ahmad
Rujukan
Arab : http://www.iumsonline.net/ar/default.asp?menuID=26&contentID=5247
No comments:
Post a Comment