Firman
Allah Taala:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Q.S. An-Nur: 55)
Firman Allah s.w.t.:
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Q.S. Al-An’am: 82)
Firman
Allah Taala:
“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Q.S. An-Nahli: 112)
Perbarisan Angkatan Tentera China |
Bangunan Perisikan Pusat Amerika atau CIA (Central Intelligence 0f America) |
Perisikan
Pusat Amerika atau CIA (Central Intelligence 0f America) adalah setelah
angkatan lautnya yang berada di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang
oleh tentera Jepun. Akibat daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya.
Daripada kejadian tersebut membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat
Amerika supaya tidak terdedah lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1
Bangunan
Jabatan Perisikan Pusat Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang
tanah yang luasnya tiga hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu
bilik, di mana sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang.
Dan tersedia beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu
kenderaan. Dan biaya
membangun jabatan ini
(ditaksirkan) lebih dari empat puluh enam juta dollar dan dianggar jumlah pekerja badan perisik di Washington ini sahaja
sekitar sepuluh ribu orang.2
Badan
perisik tersebut terdiri daripada ahli-ahli perisik, pakar ketenteraan,
bijak pandai umum, ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa,
sarjana atom, pakar-pakar politik, ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari
mereka boleh bercakap dalam empat bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir
sehingga dua puluh empat bahasa. Jabatan-jabatan intelligence ini menyiapkan
berbagai karangan, rekod-rekod dan dokumen, mikrofilem, memori elektronik,
berbagai peta dan alat-alat terjemahan segera untuk mana semua ini dapat
menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang disampaikan dari seluruh pelosok
dunia melaui agen-agen dan perisikan-perisikannya.3
Begitulah
berdirinya United State Of America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia
ini, sama ada Kristian, Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan,
cara pengumpulan maklumat dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala
rancangan dan pakatan jahat terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya
seperti kerja-kerja membiayai pemberontakan, komplot jahat, pengganas dan
mengambil alih kekuasan, mengalih pandangan, mereka-reka pelbagai isu,
membuat-buat kejadian tragedi, menerapkan pelbagai peraturan, mendirikan dan
menwujudkan pelbagai pertubuhan untuk dipergunakan bagi mencapai maslahat serta
kepentingannya walaupun perkara itu terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan
bangsa itu sendiri atau menjadi penyakit dalaman yang kronis baginya.
Firman
Allah Taala:
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fussilat: 30)
Bersiaplah
untuk menghadapi zaman ini.
______________________
1)
America Intelligence, oleh Androw Toly
2)
S.d.a hal. 24
3)
S.d.a. hal. 36
No comments:
Post a Comment