KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.
Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai harganya dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.
Zaman ini adalah untuk mereka yang hidup di zamannya. Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan kepada kita. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan kita jika sahabat-sahabat yang ramai tidak mengingatkan umat ini.
Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-
Ali mengalih perhatian dan melengah-lengahkan: Rasulullah s.a.w. meminta kepada Ali bin Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di tempat Rasul s.a.w. agar golongan musyrikin menjadi serba salah memikirkan tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.
Menentukan Strategi: Baginda Rasulullah s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.
Abdullah penghubung hal ehwal semasa: Dalam tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.
Asma menyediakan keperluan logistik: Asma binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.
Amir merintis dan menghilangkan jejak pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.
Abdullah penunjuk jalan: Abdullah bin Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.
Sahabat-sahabat siapsiaga: Sahabat-sahabat senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa.
Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w.
Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa.
Sokongan dan doa masyarakat: Umat Islam senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.
Tahun 1434H/2012M
wajar dimanfaatkan, dari segi menentukan masa, membahagikan waktu,
menggunakannya secara selesa, menghabiskan setiap detik dikorbankan untuk kepentingan
Islam dan bukan berlalu dengan
sia-sia, kerana musuh-musuh Islam
tidak pernah luput walau sejenak pun
dalam mengadakan persiapan dan pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan
ruang menyerang Islam dan pengganutnya.
Kita tidak mungkin mencapai sasaran/target sebagaimana
yang diharapkan selagi
ia tidak difokuskan kepada
bidang-bidang yang dikendalikan seperti
penumpuan dalam bidang pendidikan, bidang
angkasa lepas, bidang
sains teknologi, bidang politik,
bidang jihad, bidang sosial, bidang
kebajikan dan pelbagai
bidang lagi. Itupun
jika didikan
dipertingkatkan kepada mentaliti
ahli-ahli pertubuhan/organisasi/persatuan yang mampu untuk meletakkan semua
urusan menurut tempatnya.
Pemeliharaan semua itu
bergantung kepada golongan Islam
yang mengharapkan Allah dan
manakala golongan kafir mengharapkan duit.
Sempena
Maulidur Rasul tahun
ini diungkapkan semula tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah
menubuhkan sebuah pemerintahan. Kita
yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda dan
unsur-unsur pengaturan rapi,
sistematik, terancang dan dirancang
oleh Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka
daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah
penyusunan kerja yang
kemas yang patut
dicontohi, dikaji, diambil
perhatian, ditekankan kepada ahli
dan ditatang dengan kukuh. Semoga kita berjaya.
Pautan yang ada kaitan: http://perkimpantai.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment