NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 30 May 2013

Taubat Seorang Hamba


Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa yang ku lakukan.



Taubat Seorang Hamba
  Hafiz Hamidun & Irsyadee


Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

[*] Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah
Terimalah taubat ku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhaMu ya Tuhan
Repeat [*]

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima

Repeat [*] (2x)


Bayi: Mangsa Dosa-Dosa Yang Dilakukan


Nyenyak tidur ya.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (H.R. Imam Bukhari dan Muslim)



Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Wahai yang menguasai langit dan bumi,
Wahai yang menghidup dan memati,
Wahai yang menentukan waktu dan musim,
Wahai yang ditujukan tasbih dan tahmid oleh roh-roh langit dan bumi,
Wahai yang berkehendak cahaya dan gelap di langit dan bumi,
Wahai yang mengasihi makhluk di langit dan bumi,
Wahai yang mengetahui dan menyimpan rahsia langit dan bumi,
Wahai yang memiliki wasiat.
Ya Allah.


Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kami mohon agar engkau menyingkap kehendakmu di bumi,
Engkau menunaikan segala harapan,
Sesungguhnya engkau berkuasa memanjangkan umur,
Kepada mereka yang ingin panjang umur,
Engkau menghukum dengan penuh keadilan menurut tahap kemampuan manusia,
Yang melakukan dosa-dosa,
Tiada yang mampu menembusi rahsia-rahsiamu,
Dosa apakah yang kami lakukan?,
Sehingga keras membatu daki yang sukar dihapuskan,
Atau kezaliman membaling batu sembunyi tangan,
Ampunilah dosa-dosa yang hambamu lakukan,
Terimalah taubat mereka,
Sekiranya engkau murka,
Janganlah seksa kami kerana dosa-dosa mereka,
Engkaulah ketua segala Tuhan,
Ya Tuhan kami,
Ya Allah.



Comelnya dia, ramai yang sayang padanya.
















Sayang-sayang, tidur ya.


Sila layari pautan berikut:




Tuesday, 28 May 2013

Thamvitya Mulniti School, Yala



Gambar-gambar pelajar Pondok Haji Harun Yala atau Thamvitya Mulniti School, Yala, Patani. Thailand. Sebahagian daripada 6,400 pelajar yang hadiri sesi persekolahan.


















Monday, 20 May 2013

Hala Tuju: PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan


Rancangan lima tahun 

2013-2017


Visi

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan menjana kekuatan dan keupayaannya, menjadikan lapangan dakwah sebagai wacana dalam usaha menghayati Islam  sebagai cara hidup rakyat negara ini sebagai teras pembinaan tamadun yang memartabatkan kemuliaan insan sebagai hamba Allah S.W.T dan khalifah di bumi.


Misi

1.    PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan menjalankan segala usaha bagi melahirkan di kalangan ahli-ahlinya para Pendakwah yang mampu menjalankan tugas dengan berkesan melalui pendekatan kebajikan, ramah dan keintelektualan bertujuan menampilkan Islam sebagai agama adil yang membawa rahmat kepada seluruh alam
2.    
   PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan membawa misi keamanan dan keharmonian dalam kehidupan harian masyarakat majmuk di negara ini. Justeru, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, dalam menjalankan tugas berdakwah ke jalan Allah S.W.T beriltizam sepenuhnya kepada kaedah dakwah secara bijaksana dan menghormati prinsip kebebasan beragama sebagaimana yang dilakarkan di dalam al-Qur’an, “ Tidak ada paksaan dalam beragama, sesungguhnya telah nyata dan terang perbezaan antara petunjuk kepada kebenaran dan kegelapan”.
3.                
     Memastikan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menjadi contoh kepada PERKIM Bahagian-bahagian di seluruh negeri dalam pengurusan dan pergerakan dakwah yang berkesan.


HALA TUJU

Untuk melaksanakan program pengurusan berkesan, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mengamalkan dasar desentralisasi dalam pengurusan. Lebih banyak ruang untuk mengurus dan menjalankan aktiviti ditugaskan kepada cawangan-cawangan. Bilangan cawangan turut ditambah untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti-aktiviti. Sehingga 23hb Mac 2013 bilangan cawangan meningkat kepada 21 cawangan.

Walaupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak sangat berpandukan kepada rancangan yang telah disusun, namun dalam tempoh lima tahun yang lalu, aktiviti dijalankan oleh cawangan-cawangan lebih rancak jika dibadingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Lebih banyak cawangan-cawangan muncul sebagai cawangan-cawangan yang aktif.

Peruntukan kepada cawangan- cawangan juga ditambah daripada RM2,000 kepada RM10,000 sesuai dengan dasar desentralisasi bagi membolehkan cawangan-cawangan menjalankan lebih banyak aktiviti. Berdasarkan pengalaman dalam perlaksanaan Rancangan Lima Tahun Pertama, maka dalam Rancangan Lima Tahun Kedua 2013-2017 akan dilaksanakan beberapa perubahan bagi memastikan kegiatan-kegiatan menjadi lebih fokus yang boleh di ukur pencapaiannya.





Rancangan lima tahun kedua
PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan
2013-2017

Rancangan utama


1.      Membina rangkaian dakwah

2.      Membina pemikiran islam di kalangan generasi muda

3.      Membina hubungan dengan masyarakat Islam


1.     Membina Rangkaian Dakwah
         
        Menyedari bahawa kerja-kerja dakwah menjadi tanggungjawab masyarakat Islam secara keseluruhannya dan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam menjalankan kerja-kerja ini, maka usaha-usaha dakwah oleh pelbagai pertubuhan perlu kepada penyelarasan dan tindakan bersama yang berstrategik. PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengambil inisiatif bagi mengumpul badan-badan ini untuk tujuan merangka strategi bersama supaya lahir tindakan dakwah bersepadu di Wilayah Persekutuan ini. Program-program yang akan dilaksanakan ialah;-

1.1  Perjumpaan berkala dengan pimpinan pertubuhan-pertubuhan dakwah 
      Wilayah Persekutua

1.2  Menganjurkan program-program dakwah bersam

1.3  Membina kefahaman Islam dalam kerangka kefahaman Ahli as-Sunnah Wa 
      al-Jama’ah.


2.     Membina pemikiran Islam di kalangan generasi muda

Perhatian serius kepada generasi muda bagi membentuk kefahaman Islam
yang mantap menjadi tanggungjawab penting gerakan dakwah. Berdasarkan
hikmah Saidina Umar Ibn Khattab yang berkata, “ Ajarlah anak-anak kamu
untuk zaman yang bukan zaman kamu,” adalah penting untuk kita merancang
bagi melahirkan generasi yang peka dakwah sebagai persiapan untuk mereka
menghadapi cabaran masa hadapan. Program-program yang akan dilaksanakan
ialah ;-

2.1  Mengadakan pertemuan berkala dengan Kelab PERKIM Universiti di sekitar 
      Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

2.2  Mengadakan dialog kepimpinan dengan  peserta daripada  kalangan 
      mahasiswa/wi pusat pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang dengan  
      kerjasama Kelab PERKIM Universiti.

2.3  Menganjurkan perhimpunan dakwah di kalangan mahasiswa/wi di pusat 
      pengajian tinggi.

2.4  Mengadakan wacana ilmiah dengan kerjasama pusat pengajian tinggi di 
      sekitar Lembah Klang.


3.     Membina hubungan dengan masyarakat belum Islam.
      
     Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Justeru, orang-orang yang belum beragama Islam, berhak menerima Islam bagi menikmati rahmat yang dibawa oleh Islam. Dalam hal ini, hubungan sebagai manusia dan sebagai hamba kepada Allah S.W.T merupakan jambatan penting untuk mengwujudkan hubungan antara orang-orang Islam dan belum Islam. Untuk itu hubungan kemanusiaan dan fitrah kemanusiaan hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membolehkan mereka yang belum Islam mengenali Islam. Ini adalah tugas dakwah yang tidak boleh dilupakan. Rahmat Islam hendaklah dikongsi bersama dengan hamba Allah S.W.T dan manusia keseluruhannya. Justeru, pendekatan kemanusiaan menjadi landasan utama bagi mengwujudkan hubungan dengan masyarakat belum Islam, untuk memberi peluang kepada mereka mengenali Islam dari dekat. Program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut ;-

3.1 Menggerakkan PERKIM cawangan supaya terlibat dalam kegiatan-kegiatan 
     kemasyarakatan penduduk.

3.2 Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan serta menarik 
     penglibatan penduduk di dalam kegiatan tersebut. Seperti mengadakan 
     program gotong-royong untuk kebersihan taman perumahan, keselamatan 
     dan sebagainya.

3.3 Menganjurkan bantuan kepada anggota masyarakat kurang upaya, miskin 
     dan daif, tanpa mengira kaum dan agama, dengan sokongan penduduk 
     setempat.

3.4 Meraikan hari-hari kebesaran kaum dengan menganjurkan sumbangan dan 
     bantuan serta mengadakan majlis-majlis keraian sempena hari tersebut.


3.5 Menganjurkan dialog peradaban dan antara agama.




Rancangan cawangan-cawangan
(Garis Pandun)


1)  Menjaga dan memelihara kebajikan saudara-saudara kita.                                              
   
        2)  Menangani permasalahan golongan remaja.                                 

        3)  Meningkatkan kefahaman Islam di kalangan ahli dan masyarakat.        

        4)  Menjadi tuan rumah kepada program-program anjuran Bahagian.

            

           1)  MENJAGA DAN MEMELIHARA KEBAJIKA
                 SAUDARA-SAUDARA KITA
                

              1.1) Mengumpul data-data mengenai saudara kita di cawangan-cawangan
                     setempat.
              
              1.2) Berusaha mengajak mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan 
                     PERKIM.
              
              1.3)  Menghulur bantuan dan mengadakan usaha bagi memperkukuhkan 
                     aqidah mereka.


 2)   MENANGANI PERMASALAHAN GOLONGAN REMAJA

        2.1) Menganjur program motivasi, kembara dan sebagainya bagi 
             memupuk kesedaran agama di kalangan mereka.
      
      2.2) Menganjurkan kelas-kelas bacaan al-Quran dan mendedahkan mereka 
             kepada kefahaman agama dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang 
             sesuai.
      2.3) Bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjalankan aktiviti 
             bimbingan remaja yang sesuai dengan Islam.


 3)  MENINGKATKAN KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI DAN 
                 MASYARAKAT

    3.1) Mengajurkan kelas-kelas kefahaman Islam dan kesedaran keislaman 
    berdasarkan kerangka pemikiran ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah.

      3.2) Menganjurkan kembara-kembara dakwah dengan pengisian yang         
             sesuai.
      
      3.3) Menganjurkan pertemuan dan perbincangan dengan tokoh-tokoh                        
            agama bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu Islam 
            semasa.



          4)  MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PROGRAM-PROGRAM ANJURAN 
                    BAHAGIAN

                4.1) Program-program di peringkat Bahagian yang sesuai mungkin akan 
                    dilaksanakan di peringkat cawangan tertentu dan akan disertai oleh 
                   Cawangan-cawangan. Cawangan terpilih akan ditugaskan menjadi 
                   tuan rumah.
       
             4.2) Bekerjasama dengan Bahagian bagi menjayakan program-program      
                   anjuran PERKIM.


Wednesday, 15 May 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013


SENARAI BARISAN KABINET MALAYSIA 2013 YANG DIUMUMKAN
OLEH PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK:


Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak


TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthy (Senator)


MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
Datuk Ahmad Maslan


MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan


MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
Datuk Abdul Rahim Bakri


MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ab. Aziz Kaprawi


MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar


MENTERI KERJA RAYA
Datuk Fadillah Yusof
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Hamim Samuri


MENTERI LUAR
Datuk Seri Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI LUAR
Datuk Hamzah Zainuddin


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Datuk Hasan Malek
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)


MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Datuk Jailani Johari


MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Richard Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Ismail Abd. Muttalib


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal
TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Alexander Nanta Linggi


MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Abdul Rahman Dahlan
TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Halimah Mohd Saddique


MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk M. Saravanan


MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Hilmi Yahaya


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)


MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Datuk Seri Douglas Uggah Embas
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Datuk Noriah Kasnon


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Seri Mahdzir Khalid


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Tajuddin Abdul Rahman


MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Joseph Salang Anak Gandum


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Datuk Dr. Ewon Ebin
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Seri G.Palanivel
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Dr. James Dawos Mamit


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Rohani Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Azizah Mohd. Dun



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”