Dunia ini kecil. Dunia ini
juga besar. Besar dan kecilnya dunia ini berdasarkan kepada fahaman seseorang. Dunia
ini kecil kerana pergerakan kita dalam kawalan Allah s.w.t.. Di mana
sahaja, kapan jua, apa lagi yang kita lakukan senentiasa di bawah pengawasan;
di rumah, pejabat, kedai, pasar, jalanan, lautan, udara, medan
peperangan/pertempuran, demontrasi jalanan hatta di dalam bilik sempit kita
senentiasa dalam pengawasan dan kawalan Allah s.w.t..
Maknanya pergerakan kita senentiasa di awasi.
Maknanya pergerakan kita senentiasa di awasi.
Nun jauh di Artik atau Antartika,
di dasar laut dan udara, kita juga dalam pengawasan. Jika di kawasan-kawasan
yang terpencil dan sukar diteropong pun kita masih dalam pengawasan Allah
s.w.t., maka wajarkah kita berkelakuan tidak senonoh?: Merancang kejahatan,
melakukan tipu helah, mencelakakan seseorang, menidakkan hakmilik orang lain atau
menghalalharamkan perintah Allah s.w.t. menurut fahaman dan hawanafsu kita.
Kini, kita bebas melakukan sesuatu
kerana ruang kebebasan terbentang luas; seluas saujana mata memandang, bebas
melakukan apa sahaja; bebas melakukan aktiviti sosial, bebas bergerak, bebas
melakukan ibadat dan bebas dalam kehidupan - bebas melakukan perkara-perkara halal atau
haram.
Tetapi adakalanya kebebasan
itu diragut oleh ‘keadaan’ disebabkan oleh peredaran zaman, dirogol kerana
kebebasan yang dimiliki tidak dibajai oleh keimanan dan dihapuspunah kerana kegilaan
oleh orang yang tidak siuman kerana kebebasan itu tidak mutlak.
Kuasa mutlak milik Allah
s.w.t. tidak dipadukan dalam kehidupan.
Kebebasan pula berbeza-beza di
antara individu dengan individu yang lain, seperti:
Kebebasan kanak-kanak berbeza
dengan kebebasan remaja,
Kebebasan remaja berbeza
dengan kebebasan pemuda,
Kebebasan pemuda berbeza
dengan kebebasan orang dewasa,
Kebebasan orang dewasa berbeza
dengan kebebasan wargatua,
Kebebasan wargatua berbeza
dengan kebebasan orang nyanyuk,
Kebebasan orang nyanyuk berbeza
dengan kebebasan kanak-kanak,
Kebebasan suami berbeza dengan
kebebasan isteri,
Kebebasan orang berani berbeza
dengan kebebasan orang penakut,
Kebebasan orang kaya berbeza
dengan kebebasan orang miskin,
Kebebasan orang kuat berbeza
dengan kebebasan orang lemah.
Kebebasan orang cerdik berbeza
dengan kebebasan orang bodoh dan
Kebebasan pemerintah berbeza
dengan kebebasan rakyat.
Yang penting ialah awasilah pergerakan
kebebasan anda.
No comments:
Post a Comment