NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 26 January 2014

BELASUNGKAWA; PERGINYA SEORANG ULAMA' DAN MURABBI



Posted on Saturday, January 25 @ 20:34:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Belasungkawa; Perginya Seorang Ulama' dan Murabbi. Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib dalam kenangan.

Sabda Nabi sallallahualaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan tarikan sekaligus daripada manusia, akan tetapi ditarik ilmu dengan kematian ulama sehingga apabila tidak ada ulama, manusia akan mengambil daripada ketua-ketua yang jahil, orang bertanya dan mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu lalu mereka sesat dan menyesatkan orang lain." Hadis sahih riwayat Imam Muslim


Umat Islam di Malaysia pada hari ini menyaksikan pulangnya ke Rahmatullah seorang lagi tokoh ulama' dan murabbi, Allahyarham Tuan Guru Dato' Harun Taib akibat keuzuran dari penyakit yang beliau hidapi. Al Marhum Tuan Guru adalah Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan ahli Majlis Syura Ulama' PAS.

Nama Al Marhum Tuan Guru begitu sinonim dengan tarbiyah dan perkaderan. Boleh dikatakan majoriti pimpinan yang mengisi saf kepimpinan jamaah pada waktu ini pernah merasa didikan tarbiyah secara langsung dari beliau. Buah fikiran Al Marhum, antaranya yang berkaitan siasah, qiadah dan wala' serta taadud jamaah melatari silibus usrah PAS.

Komitmen Al Marhum terhadap ilmu amat jelas. Seorang penulis karya dakwah yang prolifik, Al Marhum merupakan antara segelintir kecil anak Melayu ketika zamannya yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti al Azhar yang memang diketahui umum sebagai sangat-sangat sukar. Keilmuan yang ada pada Al Marhum menjadikan beliau antara pakar rujuk utama penggubalan enakmen Hudud negeri Kelantan dan Terengganu.

Al Marhum juga terkenal dengan sikap tegas di dalam menjelaskan pendirian jamaah sehinggakan di dalam banyak isu, beliau dianggap sebagai menongkah arus. Ianya dapat disaksikan di dalam komentar beliau mengenai isu kerajaan perpaduan pasca PRU ke 12, penggunaan kalimah Allah dan peningkatan fahaman liberal dan plural di dalan masyarakat. Pada waktu ramainya ahli-ahli politik masa kini yang mengambil pendirian populis, Al Marhum tidak apologetik dan berani di dalam keyakinannya melahirkan pandangan yang boleh menjelaskan jatidiri Islam dan PAS.

Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah satu lagi tanda Allah swt sedang menjemput pulang mereka yang fakih akan agamaNya dan semakin dekat pula hari penentuan.

Al Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.

Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Al Fatihah.

23 Rabiulawwal 1435 / 25 Januari 2014
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”