NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 2 March 2014

UKRAINE: PERTEMBUNGAN IDEOLOGI



Ukraine negara yang strategik antara Barat dengan Rusia. Ia mengalami masalah ekonomi dan kepimpinan. Penghujung tahun lalu diasak oleh pihak pembangkang melalui demontrasi.  Kini, Ukraine berada di persimpangan di antara memenuhi matlamat golongan demontrasi atau suatu kedahsyatan sedang menanti penghuninya sama ada yang terlibat secara langsung atau mereka yang mengambil pendirian berdiam diri. Perkara tersebut bermula apabila ekonomi Ukraine sedang merudum dan pakej penyelamat ekonomi yang ditawarkan oleh Rusia berjumlah US15 bilion tidak dipersetujui oleh penentang kerajaan, walaupun Rusia suatu ketika dahulu adalah sekutu mereka sebaliknya mereka berhasrat mengalihkan ekonominya kearah blok Barat yang dikuasai oleh US-NATO.

Krisis  yang melanda Ukraine  adalah antara pihak pemerintah yang pro-Rusia satu pihak, dengan pihak penentang penganjur demontrasi yang pro-US/NATO. Krisis yang mulanya di parlimen sukar dimenangi oleh pembangkang lalu ia dialihkan di pentas demontrasi sekitar Kiev, ibu negara Ukraine, bagi merungkai masalah ekonomi dan meminta kerajaan meletak jawatan. Alasanya mudah kerana rasuah, kegagalan mengurus ekonomi dan yang penting keadaan rakyat yang telah berbelah-bahagi antara mempertahankan pihak pemerintah dengan menyokong pihak pembangkang kearah pembaharuan  pro US-NATO.

Apabila berlakunya demontarsai, dan masa yang dilalui berbulan-bulan maka akhirnya tunjuk perasaan yang bersifat setia kawan dengan pihak keselamatan telah bertukar dengan pertempuran ganas sama ada melibatkan kerosakan harta awam, pencerobohan bangunan-bangunan kerajaan dan kehilangan nyawa sama ada pada pihak demontrasi atau pihak keselamatan. Selepas peristiwa tersebut ketua penganjur demontrasi tidak lagi kelihatan di khalayak ramai manakala Presiden Ukraine Viktor Yanukovych telah berpindah operasinya di selatan Ukraine kerana di sana ramai penyokongnya. Dalam tempoh yang sama aset-aset Viktor Yanukovych di beberapa negara Eropah dibekukan.  

Sudah terang lagi bersuluh, maka dengan itu jelas bahawa masing-masing pihak, Victor Yanukovych dan penentangnya sedang mengatur strategi. Dan kita lihat beberapa tempat seolah-olah sedang melatih anggota-anggota dalam pertahanan diri.

Sebelum Presiden Victor Yanukorych mengadakan sidang akhbar, ketumbukan tentera Rusia telah memasuki Wilayah Crimea sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan sebagai tanda sokongan kepada Victor Yanukovych yang menyokong Rusia semasa pemerintahanya dan ketika ia berundur ke selatan Ukraine.

Antara punca berlakunya peristiwa krisis tersebut, ialah:

1.      Krisis kepimpinan dan ekonomi merudum.

2.      Percaturan politik global dan kawasan strategik.

3.      Negara sempadan, wilayah penampan dan sekutu Rusia.

4.      Pertembungan terbuka dua ideologi di antara Rusia dengan US/NATO.

5.      Sebelum dan semasa krisis, Rusia mengisytiharkan pakej penyelamat ekonomi.

6.      Pembangkang secara terang menolak pakej penyelamat ekonomi Rusia.

7.      Cengkaman pemerintah lemah dan pihak penentang mengambil peluang.

8.      Pemerintah pro Rusia manakala penentangnya pro US/NATO.

Ketika Victor Yanukovych tercabar dan pihak keselamatan kurang menyegat mengendalikan pendemontrasi (penentang kerajaan)  maka wajar baginya mendapatkan sokongan sekutunya Rusia bagi mempercepatkan penyelesaian krisis. Manakala pihak penentang pula yang menolak pakej penyelamat ekonomi Rusia  pasti memiliki inisiatif juga bagaimana menghadapi suasana negara yang sedang tenat.

Scenario ini memperlihatkan bahawa akan tercetusnya  satu lagi medan pertempuran di Ukraine yang menjadi medan menguji ‘ketenangan dan kejantanan’ Rusia. Jika ditakdirkan pertempuran berlaku di kawasan tersebut maka satu malapetaka  kemanusiaan sedang menanti penduduk Kiev kerana mengharapkan sesuatu, seperti peribahasa: Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Kenapa, kerana api sedang membakar.

Akhirnya satu latihan  untuk menghadapi masa depan sukar sedang berlabuh di sana.  







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”