NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 9 March 2015

PENGISYTIHARAN KEHILANGAN MH370




Dalam alam dunia yang teknologinya berkembang maju, masanya bergerak pantas, minda individunya kreatif proaktif, manusianya kerap berubah sikap dalam istilah-istilah penggunaan ayat-ayat dunia senentiasa bertukar-tukar ganti nama-namanya untuk tujuan menunjukkan bahawa perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku realitif menongkah.

Setelah masa menyusut; meninggalkan nostalgia-nostalgia yang  suram, melambai-lambai mengingatkan kisah-kisah silam, maka keprihatinan golongan-golongan yang terlibat wajar menamakan semula nama-nama yang usang itu supaya suatu penjenamaan semula nama lama-lama yang akan dimuziumkan, dipaparkan semula cerita-cerita kecemerlangan yang pernah melakari rekod-rekod terbaiknya; diingati, dimatikan atau suatu  peringatan untuk mercu kejayaan supaya ia mencatatkan rekod-rekod sejarahnya tersendiri.

Jika perlu di arkibkan supaya mudah dirujuk oleh anak-anak cucu yang akan mengorek semula, mencatat-catatkan dalam tesis mereka yang segar-bugar sepanjang kehidupan. Perkaitan olahan dan kemunasabahannya, sama ada; benar, tepat atau salah itu adalah suatu persoalan lain, yang penting, maklumat yang di arkibkan itu terpampang di hadapan mata mereka, dapat dipertanggungjawabkan, kerana zamannya yang telah berlalu. Zaman diselubungi kedajalan.

Maka, untuk menyegarkan nama-nama tersebut, wajarlah nama-nama itu diabadikan dengan diberi penjenamaan baru sebagai suatu objek, permasalahan atau akan diperkatakan oleh masyarakatnya sebagaimana usaha-usaha masyarakat kontemporari selalu melihat-lihat peluang perniagaan untuk tujuan ‘untung-untung kehidupan’, bukan ‘rugi-rugi memeritkan’. Maka merdekalah mereka. Berikut adalah contoh-contoh nama-nama yang akan beraksi setelah melakukan penjenamaannya:


  1. NEWCO: sebelumnya dikenali sebagai MAS.
  2. SEKUTU PENGGANASAN: sebelumnya dikenali sebagai ZOPFAN
  3. DAULAH ISLAMIYAH: sebelumnya dikenali sebagai ISIS.
  4. PETRON: sebelumnya dikenali sebagai ESSO.
  5. SPAD: sebelumnya dikenali sebagai LPKP.

Dalam kehidupan, pelbagai tahap-tahap dilalui bermula daripada janin kemudian kepada bayi disusuli dengan perkembangan-perkembangannya menjadi kanak-kanak, remaja, pemuda, dewasa, tua dan jika ditakdirkan akan menjadi nyanyuk. Lingkaran pusingan itu akan menghadapi  suka ria, suka duka dan duka nestapa. Akibat daripada lingkaran hidup tersebut telah melengkapkan pusingan hidup insan itu sendiri bergelar manusia.

Peristiwa-peristiwa berurutan dalam kehidupan itu, ia tidak boleh diundurkan semula sebagaimana tarikh masa 8 Mac 2014, MH370 disorok. Manakala tarikh-tarikh pengisytiharan kehilangan MH370 tiada had masa, tetapi yang pastinya: Laporan Interim Siasatan Antarabangsa Mengenai MH370 dibentangkan.

Memandangkan perubahan-perubahan alam mengubah sikap manusia dan menjulang martabat umat, maka perkara tersebut menjelaskan bahawa  ia adalah suatu anjakan paradigma  berjulat tinggi. 

Barangkali perubahan-perubahan tersebut ada hubungkaitnya dengan kebangkitan pejuang-pejuang di wilayah Daulah Islamiyah.

Jika di Eropah, dipimpin oleh Rusia dan di Asia diketuai oleh China

Manakala Amerika Syarikat menjadikan negeri dungu-dungu menjadi penampan-penampan baginya.

Kini, negara-negara Asia Tenggara yang bertitle: ZOPFAN menyahut seruan Amerika Syarikat menjadi negara penampan baginya maka berubahlah ZOPFAN kepada penjenamaan baru: MEMERANGI PENGGANASAN, maka bersekutulah mereka dengannya.

Akibatnya manusia-manusia yang tidak berdosa akan menjadi mangsa keadaan menyusuli pengisytiharan kehilangan MH370 yang sukar dimuktamadkan kerana angkara dajal yang berwajahkan syaitan bertopengkan manusia .

Sebagai peringatan, lihatlah duta Amerika Syarikat di Korea, diserang oleh seorang lelaki tua. Bagaimanakah akibatnya jika diserang oleh lelaki muda? Nasib baik seorang tua yang menyerangnya, dapat juga mengelak jika tidak disembelihlah ia, dikelar-kelar lehernya.

Tolong jangan ulangi dan jadikan ilusi-ilusi kedajalan itu menjadi suatu kebenaran kerana jika ia terjadi tiada ampunan kepada golongan dajal lagi.


----------------


Laporan interim siasatan antarabangsa mengenai MH370
Diterbitkan pada: Mac 08, 2015 19:00 (MYT) | Durasi: 1 min, 16 saat


Laporan interim penyiasatan antarabangsa mengenai MH370. Pasukan penyiasatan antarabangsa yang ditubuhkan malaysia menemubual lebih 120 orang dan melawat beberapa badan berkaitan untuk merungkai kehilangan pesawat itu.




-----------------


Laporan Interim Siasatan MH370 Dikeluarkan Selaras Peraturan ICAO - DCA
Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 12:29 AM

PUTRAJAYA: Laporan interim berhubung siasatan insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang telah hilang selama setahun akan dikeluarkan tidak lama lagi, bagi mematuhi peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, siasatan dijalankan mengikut Lampiran 13 - Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden bagi Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago), seperti dilaksanakan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 1996.

Beliau berkata, Lampiran 13 Protokol ICAO menggariskan bahawa jika sebarang laporan kemalangan dan siasatan tidak dapat dimuktamadkan, satu kenyataan interim perlu dikeluarkan pada setiap ulang tahun insiden.

"Siasatan nahas MH370 dijalankan oleh sebuah badan bebas, yang diketuai oleh Malaysia kerana Malaysia merupakan negara didaftarkan dan negara pengendali, dibantu oleh tujuh negara.

"Ketujuh-tujuh negara itu ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis,  China, Singapura, Indonesia dan Australia," kata beliau pada taklimat media bersempena ulang tahun pertama insiden kehilangan pesawat Boeing itu, di sini, Jumaat.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew , hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.

Azharuddin berkata, hasil siasatan pasukan penyiasatan antarabangsa, yang ditubuhkan pada April 2014, tidak terletak di bawah bidang kuasa DCA tetapi di bawah badan Penyiasatan Kemalangan untuk mengeluarkan laporan.

"Penyiasat yang Bertanggungjawab bagi Pasukan Penyiasatan Antarabangsa ialah Datuk Kok Soo Chon, beliau adalah ketua pengarah DCA sebelum saya dan juga bekas wakil tetap ke Majlis ICAO di Montreal," katanya.

Ketika ditanya tentang perkembangan siasatan, Azharuddin berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat kerana beliau tidak terlibat dalam penyiasatan.

Beliau berkata, pasukan antarabangsa terdiri daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain, Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China, Biro Siasatan Kemalangan Pengangkutan Darat Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, pengeluar pesawat iaitu Boeing dan syarikat komunikasi Britain Inmarsat.

Tags / Kata Kunci:
DCA , MH370 , Azharuddin Abdul Rahman






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”