Manusia dipegang dengan
janji-janjinya. Janji pula adalah ikrar dari lisan-lisan insan yang terpancar
dari akal fikiran kebenaran mereka. Melahirkan insan yang
hebat bukan sahaja pada pandangan manusia tetapi ia juga hebat kepada
makhluk-makhluk yang memandangnya.
Jika benar, tepat dan telus, ia adalah ikrar yang benar. Dibenarkan oleh
orang-orang yang benar dan dibenarkan juga oleh orang-orang yang beriman dan para
malaikat.
Jika palsu, bohong dan dajal, ia adalah ikrar yang
diisytiharkan dan diakuri oleh golongan-golongan dajal dan iblis. Kerana hukum
alam memang menetapkan mereka seperti itu. Terimalah hukum itu kerana ia telah ditetapkan kepada golongan dajal.
Pertembungan di antara kebenaran dengan kepalsuan, adalah suatu yang
sukar untuk dielak. Payah untuk disatukan, digabung, dipertautkan dan dipadukan. Ia tidak akan bersekutu dalam satu
wadah, kelompok dan aliran. Ia sama seperti air laut tidak akan bersekutu
dengan air tawar, sama seperti minyak tidak akan bersekutu dengan air, benda-benda
berat akan tenggalam manakala benda-benda ringan akan timbul terapung-apung.
Siang tidak akan mendahulu malam, ia tidak akan bertemu dan bertembung, arah
barat dan arah timur, arah selatan dan arah utara tidak akan bercantum sampai
bila-bila. Ia adalah sunnatullah.
Sebab itu, suara-suara ketelusan
selalu memanggil-manggil golongan yang mendajal supaya tidak disambar oleh api
neraka. Jangankan sambaranya, percikannya pun jika boleh dielakkan, elakkanlah, jangan
sampai terkena. Akibatnya, bukan sahaja terkena api tetapi bahangnya pun boleh
melumatkan daging-daging yang melekat di tulang-tulang mereka. Bukan itu
sahaja, tiupannya juga turut menggugurkan rambut-rambut yang mencantikan wajah
seseorang.
Islam mewajibkan setiap individu
bercakap benar. Benar dari segi kata-kata, benar dari segi ikrar, benar dari
segi niat, benar dari segi perbuatan, benar dari segi tindakan perlakuan, benar
dari segi kehidupan dan benar dari segi segala-galanya. Kebenaran-kebenaran itu
akan dibenarkan oleh orang-orang yang beriman dan malaikat.
Persoalanya ialah, mengapakah
mereka membenarkan perkara-perkara yang benar dan dibenarkan pula oleh golongan
yang benar, manakala satu pihak pula melakukan keonaran bukan sahaja secara
tersembunyi tetapi dilakukan secara terang-terangan, mendungu-dungu golongan dungu?
Ia berlaku kerana roh-roh kebaikan dan
kejahatan telah tertanam di dalam akal naluri mereka. Ia tidak akan bergabung.
Ibarat daging segar dengan daging busuk. Orang-orang yang benar akan dibenarkan
perlakuan-perlakuan mereka. Mereka suka kepada daging-daging segar, tetapi golongan
kedajalan terpengaruh dengan bisikan-bisikan mengkhayalkan yang mensihirkan
akal terpaut kepadanya, ia suka kepada daging-daging busuk.
Orang-orang beriman suka menikahi wanita-wanita cantik, bertakwa dan taat kepada suami tetapi golongan dajal suka bersundal, berpelacuran dan berzina. Suka berpoya-poya, bertukar-tukar pasangan.
Orang-orang beriman suka menikahi wanita-wanita cantik, bertakwa dan taat kepada suami tetapi golongan dajal suka bersundal, berpelacuran dan berzina. Suka berpoya-poya, bertukar-tukar pasangan.
Allah s.w.t. memberkati golongan
yang benar. Makhluk di langit dan di bumi mendoakan kerahmatan kepada mereka.
Apabila Allah s.w.t. melihat
perlakuan-perlakuan hasanah seseorang, maka Allah s.w.t. akan mengangkat martabat
mereka sehingga dapat dilihat di bumi perlakuan-perlakuan mereka yang dirahmati
itu. Ucapan dan tindakanya menuruti ajaran Islam.
"Katakalah aku berimana kepada
Allah, para malaikat, kitab-kitabnya, rasul-rasul, hari kiamat dan qada dan qadar."
No comments:
Post a Comment