NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 30 November 2012

Al-Qaradhawi Menyokong Perintah Presiden Mesir


Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] shared Syihabudin Ahmad's photo.
November 26, 2012

Al-`Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir, atas perintah baru yang dikeluarkan.

Al-Qaradhawi menyifatkan pendirian Presiden : “Pendiriannya adalah seperti seorang pahlawan yang tidak takut kepada orang-orang mahir. Bahkan, dia hanya melakukan tindakan yang dituntut oleh masyarakat dan diperlukan oleh masyarakat.”

Dalam Khutbah Jumaat yang sama di Doha, beliau turut menyatakan pujian yang sama atas pendirian Mesir dalam pencerobohan Israil baru-baru ini di Gaza.

Dalam perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Khamis lalu, perintah menyatakan pemecatan Peguam Negara yang mengikut sistem kerajaan dahulu. Kemudian, perintah tersebut menggantikan Tala`aat Abdullah sebagai Peguam Negara. Begitu juga, perintah menambah dua bulan lagi bagi menyempurnakan Perlembagaan.

Syeikh Al-Qaradhawi berkata bahawa; Perlembagaan yang dibentuk oleh Majlis Perlembagaan di Mesir sekarang ini dipenuhi dengan akta-akta yang menarik, yang tiada pada perlembagaan lain. Di dalamnya akta-akta yang disepakati oleh semua.

Beliau mengkritik perlembagaan lama:

“(Perlembagaan lama) tidak mengandungi perkara yang menekankan kepentingan iman kepada Allah. Kita ini bukanlah ateis (tiada agama). Kita semua(di mesir) adalah orang Islam atau orang kristien. Kita semua beriman kepada Allah.”

Al-Qaradhawi juga mengkritik mereka yang menolak perlembagaan ini :

“Di sana terdapat manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Bahkan, yang tidak menerima itu adalah hawa nafsu. Hawa nafsu mereka sendiri, atau hawa nafsu dari orang sekeliling mereka.”

Beliau juga menasihati rakyat Mesir:

“Tidak boleh bagi rakyat Mesir untuk saling berlawan antara mereka. Bahkan, hendaklah mereka semua bersatu sepertimana gigi-gigi yang tersusun sama, setiap darinya menyukai antara satu sama lain, dan hormat menghormati sesama mereka.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berdoa kepada Allah semoga rakyat Mesir bersatu dalam satu kesatuan.

Seterusnya, khutbah tersebut diteruskan dengan berbicara tentang ayat-ayat Al-quran. Ia dipenuhi dengan isi kandungan yang berbicara tentang pemerintah menurut Al-Quran.

__________
Penterjemah : Syihabudin Ahmad

Rujukan Arab : http://www.iumsonline.net/ar/default.asp?menuID=26&contentID=5247













Sunday, 25 November 2012

Hijrah Mengajak Kepada Perubahan



KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.

Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai harganya dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi  wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.
  
Zaman ini adalah untuk mereka yang hidup di zamannya. Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan kepada kita. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan kita jika sahabat-sahabat yang ramai tidak mengingatkan umat ini.

Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-

Ali mengalih perhatian dan melengah-lengahkan: Rasulullah  s.a.w.  meminta  kepada  Ali  bin  Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di tempat Rasul s.a.w. agar  golongan  musyrikin  menjadi  serba salah memikirkan tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.

Menentukan Strategi: Baginda Rasulullah s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.

Abdullah penghubung hal ehwal semasa: Dalam tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.

Asma menyediakan keperluan logistik: Asma binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.

Amir merintis dan menghilangkan jejak pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.

Abdullah penunjuk jalan: Abdullah bin Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.

Sahabat-sahabat siapsiaga: Sahabat-sahabat senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa.

Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w.

Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa.

Sokongan dan doa masyarakat: Umat Islam senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.

Tahun 1434H/2012M  wajar dimanfaatkan, dari segi menentukan masa, membahagikan waktu, menggunakannya  secara  selesa, menghabiskan  setiap detik dikorbankan untuk kepentingan Islam dan bukan  berlalu  dengan  sia-sia,  kerana musuh-musuh Islam tidak pernah luput walau sejenak pun  dalam mengadakan persiapan dan pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan ruang  menyerang Islam dan pengganutnya.

Kita tidak mungkin mencapai  sasaran/target  sebagaimana  yang  diharapkan  selagi  ia  tidak difokuskan  kepada  bidang-bidang  yang   dikendalikan   seperti   penumpuan   dalam  bidang pendidikan,  bidang  angkasa  lepas,  bidang  sains teknologi,  bidang  politik,  bidang  jihad,  bidang sosial,   bidang    kebajikan   dan   pelbagai   bidang  lagi.   Itupun   jika   didikan dipertingkatkan  kepada mentaliti ahli-ahli pertubuhan/organisasi/persatuan yang mampu untuk meletakkan  semua  urusan  menurut   tempatnya.   Pemeliharaan    semua   itu  bergantung kepada  golongan  Islam  yang  mengharapkan Allah dan manakala golongan kafir mengharapkan duit.

Sempena  Maulidur  Rasul  tahun  ini diungkapkan  semula  tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah menubuhkan sebuah pemerintahan.  Kita yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda  dan  unsur-unsur  pengaturan rapi, sistematik, terancang dan dirancang  oleh  Rasulullah s.a.w  bersama Abu Bakar  As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah penyusunan  kerja  yang  kemas  yang  patut  dicontohi,  dikaji,  diambil   perhatian,  ditekankan kepada ahli dan ditatang dengan kukuh. Semoga kita berjaya.




Pautan yang ada kaitan: http://perkimpantai.blogspot.com/

Kekuatan Membina Keamanan



Keamanan sesungguhnya bererti keselamatan, ketenangan, ketenteraman, kesentosaan dan keselesaan. Sebaliknya huru hara bererti haru-biru, tidak aman, gempar, kebimbingan, ketakutan, gawat, kacau bilau, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh dan tidak tenteram. Maka keamanan mewujudkan keselamatan dengan cara mengambil semua kemudahan dan mengawal daripada segala yang mendedahkan kepada bahaya.


Firman Allah Taala:


A055


“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan  (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Q.S. An-Nur: 55)

 Firman Allah s.w.t.:

A082


“Orang-orang  yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Q.S. Al-An’am: 82)

Firman Allah Taala:

A112


“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Q.S. An-Nahli: 112)

Perbarisan Angkatan Tentera China
Apabila kita membicarakan masalah keselamatan, keperluan kepada keselamatan itu perlu diutamankan sebagaimana persediaan-persediaan yang telah lama dilakukan oleh kuasa besar yang mendahului kita dalam pelbagai kemajuan, kemampuan dan kemudahan. Malah dengan peralatan persenjataan yang banyak dan canggih mereka selalu melancarkan pakatan jahat, ugutan, tekanan, sekatan bahkan bukan sahaja dalam bentuk provokasi tetapi melalui ketenteraan. Mereka merancang, menyelidik, mengkaji, mengujikaji dan akhirnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai sumber serta yang paling utama dalam segenap pertimbangan mereka ialah melaksanakan misi.

Bangunan  Perisikan Pusat Amerika atau CIA 
(Central Intelligence 0f America)
Di sini wajar dibentangkan sebahagian maklumat mengenai jentera Perisikan Pusat Amerika (CIA) di mana dapat kita ketahui peranan yang dilakukan di lapangan keamanan. Barangkali maklumat  yang terhad ini bermanfaat kepada aktivis-aktivis keamanan, perancang-perancang muda yang berwawasan, agresif dan terpimpin serta mereka yang prihatin, sensitif berkaitan isu-isu dan kanun umat Islam.

Perisikan Pusat Amerika atau CIA (Central Intelligence 0f America) adalah setelah angkatan lautnya yang berada di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang oleh tentera Jepun. Akibat daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya. Daripada kejadian tersebut membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat Amerika supaya tidak terdedah lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1

Bangunan Jabatan Perisikan Pusat Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang tanah yang luasnya tiga hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu bilik, di mana sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang. Dan tersedia beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu kenderaan.  Dan    biaya  membangun  jabatan ini (ditaksirkan) lebih dari empat puluh enam juta dollar  dan dianggar jumlah pekerja  badan perisik di Washington ini sahaja sekitar sepuluh ribu orang.2

Badan perisik tersebut terdiri daripada ahli-ahli perisik, pakar   ketenteraan,  bijak pandai umum, ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa, sarjana atom, pakar-pakar politik, ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari mereka boleh bercakap dalam empat bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir sehingga dua puluh empat bahasa. Jabatan-jabatan intelligence ini menyiapkan berbagai karangan, rekod-rekod dan dokumen, mikrofilem, memori elektronik, berbagai peta dan alat-alat terjemahan segera untuk mana semua ini dapat menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang disampaikan dari seluruh pelosok dunia melaui agen-agen dan perisikan-perisikannya.3

Begitulah berdirinya United State Of America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia ini, sama ada Kristian, Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan, cara pengumpulan maklumat dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala rancangan dan pakatan jahat terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya seperti kerja-kerja membiayai pemberontakan, komplot jahat, pengganas dan mengambil alih kekuasan, mengalih pandangan, mereka-reka pelbagai isu, membuat-buat kejadian tragedi, menerapkan pelbagai peraturan, mendirikan dan menwujudkan pelbagai pertubuhan untuk dipergunakan bagi mencapai maslahat serta kepentingannya walaupun perkara itu terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan bangsa itu sendiri atau menjadi penyakit dalaman yang kronis baginya.

Firman Allah Taala:

A030


“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan  memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fussilat: 30)

Bersiaplah untuk menghadapi zaman ini.


______________________
1) America Intelligence, oleh Androw Toly
2) S.d.a hal. 24
3) S.d.a. hal. 36

Tuesday, 20 November 2012

Doa Qunut Nazilah




Ya Allah
Sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh kami
Dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka

Ya Allah
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing kamu kepada mereka 
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah 
Ya Allah
Ya Allah

Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami
Ke atas mereka.

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H





Salam Maal Hijrah untuk semua. Didoakan semoga tahun ini akan lebih baik lagi daripada tahun lalu. Kita pertingkatkan amalan baik kita berbanding dengan amalan tahun lalu. Marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk terus bertakwa kepada Allah s.w.t. tanpa keraguan yang dibisikkan oleh syaitan dan kunco-kunconya. Amalkan sikap berlapang dada. Terus maju menghadapi rintangan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”