NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 14 February 2013

Ceria


Ceria. Ceria. Ceria. Kita ceria kerana hati kita gembira. Kita tidak mungkin gembira jika kita tidak ceria. Ceria yang terpancar daripada wajah seseorang individu itu menunjukkan bahawa ia merdeka, bebas dari kongkongan, tekanan dan sentiasa keriangan. Banyak faktor yang menjadikan seseorang kelihatan ceria. Ceria berlaku secara spontan yang tercetus hasil daripada pancaran kegembiraan perasaan, akal dan naluri seseorang.

Seseorang menjadi ceria kerana perasaan dan akal fikirannya tersentak oleh sesuatu perkara yang melahirkan suasana keceriaan, umpamanya; terbayang sesuatu yang melucukan, terimbas kembali sesuatu peristiwa, terkenang kisah silam, teringat cerita semalam, terpandang sesuatu yang mencuit perasaan, mendesis-desis bunyi di telinga, bunyi membisik-bisik sesuatu perkara, mendapat perkhabaran baik, mendengar berita menggembirakan dan mendengar ucapan tahniah daripada utusan. Kesemua perkara-perkara tersebut boleh mencetuskan keceriaan.

Seseorang itu pula tidak mungkin ceria jika fikirannya tertekan, serabut, tindakannya terhalang, nafsunya tersekat, kehidupannya  kosong, keperluan hidupnya terbantut, menghadapi masalah dalaman, banyak berhutang dan musuh keliling pinggang. Ceriakah dia jika keperluan hidupnya sentiasa kekurangan; berstatus fakir dan miskin?

Seseorang yang sentiasa ceria dapat melahirkan idea-idea yang bernas, kemas dan teratur, terkini,  ikhlas, kreatif dan berinovasi, bertindak balas dengan sikap proaktif dan menghasilkan pemikiran yang positif.

Individu yang memiliki kecerian adalah dari golongan kanak-kanak. Kecerian mereka terlihat daripada gelagatnya. Mereka tidak pernah memikiran tentang masalah kerana yang penting bagi mereka ialah apa yang dihajati dapat diperolehi. Mereka merdeka. Mereka adalah raja. Bagaimana ia diperlolehi terpulang kepada penjaganya menyelesaikan masalah tersebut? Yang penting beres. Dapat.

Mereka yang memiliki keceriaan juga adalah daripada golongan mujahid.  Sifat mereka yang mengisytiharkan keseluruhan dirinya diserahkan kepada Allah s.w.t. menjadikan mereka adalah insan pilihan utama di muka bumi yang tiada tolak bandingnya. Mereka tidak pernah risaukan sesuatu hanya mereka mengharapkan keredhaanNya. Jika golongan ini syahid sekalipun maka akan bermunculan lagi berlipat-ganda penggantinya. Golongan ini tidak akan pupus sebagaimana bayi lahir pada setiap saat.

Keceriaan juga ada pada golongan yang bebas daripada hutang, hidupnya merdeka, tiada risiko dan kerisauan, kehidupannya bebas, tiada riba, tiada caj, tiada faedah dan tiada bayaran perkhidmatan.

Keceriaan juga ada pada golongan ‘sindrom Down’. Sifatnya sama seperti kanak-kanak. Bezanya dia kurang meminta.

Kesemua golongan tersebut adalah antara individu apabila meninggal dunia raut mukanya berseri-seri kerana harapannya besar, cita-citanya melangit, keyakinannya tinggi, akal fikirannya bebas dan fikirannya tidak memikirkan tentang perkara-perkara keduniaan. Merekalah golongan merdeka.
  
Manakala golongan yang bermasalah, murung, hambar dan tidak ceria adalah individu yang berpenyakit  dan bermacam-macam penyakit yang mereka hidap sama ada hubungannya bermasalah dengan Allah s.w.t. pencipta alam ini, bermasalah sesama manusia, menghidap penyakit berjangkit atau berpenyakit disebabkan oleh pemakanan. Keceriaan mereka telah disedut oleh keadaan dan masalah yang mereka hadapi. Segala permasalahan mereka hanya dapat dipulihkan apabila mereka benar-benar ikhlas untuk membebaskan diri daripada belenggu-belenggu tersebut.
  
Ada banyak kaedah yang membolehkan kita ceria. Keceriaan itu terjadi dengan sendirinya kecuali ia dilakukan secara kepura-puraan dan melalui latihan yang praktikal. Antara kaedah-kaedah supaya kita ceria ialah:-

1.                   Mengamalkan hidup mengikut ajaran Islam.
2.                   Melepaskan diri daripada belenggu hutang.
3.                   Zikir dengan bacaan al-Quran.
4.                   Mewakafkan diri menjadi syuhada.
5.                   Bersangka baik sesama umat.
6.                   Bermuzakarah bersama ulama/cerdik pandai.
7.                   Sentiasa berdoa untuk kejayaan Islam dan umat Islam.
8.                   Qiamulail. Bangun malam memohon keampunan Allah s.w.t..
9.                   Megerjakan umrah dan haji
10.               Menziarahi Mekah, Madinah dan Baitulmuqadis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”