Jika
Nabi s.a.w. menerima wahyu dan dibimbing pula dengan hidayah Allah s.w.t. pun
mengambil langkah-langkah tersusun, proaktif, diatur rapi, dirangka tepat, dirancang
berjadual, ikhtiar berani, maka bagaimana pula kita sebagai insan yang daif ini
dan dengan petugas-petugas Islam yang terputus daripada wahyu menghadapi pelbagai
ragam, taktik, teknik, rayuan diplomasi, tawaran, ugutan, tekanan yang dilakukan oleh
lawan.
Tidak berpedomankan ajaran Islam, leka dengan pujian, bangga dengan
pendidikan, segan/takut melontarkan pandangan berkaitan ajaran Islam, tidak
mengikut jejak-jejak Rasul yang diingati
dan yang boleh dijadikan alat pandang dan dengar, maka bagaimanakah kita, tidak
memahami, meneliti, memerhati daripada telatah musuh yang teratur, rapi dan
mampu berbuat kejutan secara peraturan dan berorganisasi. Dungukah kita?
Islam
menghendaki supaya kita berada di atas segala agama dan dalam segala urusan
dunia. Adalah dangkal jika kita tidak mengenal urusan-urusan kehidupan kita
sedangkan perkara keduniaan itu adalah perantaraan menuju akhirat. Jika kita tidak membetulkan
metodologi tersebut untuk kepentingan Islam, pastinya segala manfaat yang sedia
ada itu akan digunakan oleh musuh untuk melawan kita dan melawan Islam sebagaimana
yang telah dan sedang berlaku sekarang.
Sebenarnya tidak ada yang sempurna dan rapi tanpa penyusunan
sehinggalah kepada kekuatan dan kekuasaan
kerana yang penting adalah kualiti bukan kuantiti. Perancangan dan
penyusunan adalah penting kepada kualiti dan perkara-perkara yang tedapat di
dalamnya adalah sangat utama dan penting untuk kejayaan.
Petugas yang berada dibarisan
hadapan sama penting dengan petugas-petugas di medan tengah dan demikian juga petugas di bahagian
gerakan belakang. Kombinasi dan saling menyokong dari segi gerakkerjanya akan
melahirkan bakat-bakat yang terpendam
yang belum disentuh lagi. Bakat-bakat terpendam itu dapat dimanfaatkan supaya
segala yang terhasil dari akal fikiran
mereka, berupa media, teori dan teknik dalam seni terancang, mengatur,
menyusun, menyimpan dan lain-lain lagi sebagaimana yang diungkapkan oleh
Rasulullah s.a.w.:
“Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang
hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” (H.R. Imam
At-Tirmizi)
“Ambillah Kamu hikmah dari pundi mana dia
keluar.”
Sesungguhnya usaha untuk mencari kekuatan fizikal dan
kemudahan kerja adalah suatu perkara yang amat penting. Ia merupakan fardu
dalam agama Islam, tidak boleh dibiarkan dan ditiadakan.
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."
(Q.S.
Al-Anfal; 60)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya Allah mengasihi seseorang dari kamu yang apabila mengerjakan suatu amalan hendaklah dia sempurnakannya.” (H.R. tks. Pen)
No comments:
Post a Comment