NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 8 February 2013

Musuh Adalah Diri Kita Sendiri


Musuh adalah seteru kita sama ada secara nyata atau tersembunyi. Perseteruan itu berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Kadangkala ia berlaku disebabkan oleh perselisihan faham, berhubung kait dengan akidah, perebutan jawatan, perniagaan, tanah dan bermacam-macam lagi yang sukar untuk diperincikan, tetapi yang penting ialah musuh adalah diri kita sendiri kerana:


Kita menolak perintah Allah s.w.t..
Kita menolak arahan Rasul s.a.w..
Kita menolak nasihat ulama ikhlas.
Kita menolak pandangan sahabat.
Kita menolak keluhan orang awam.
Kita menolak permintaan isteri/suami.
Kita menolak rayuan anak-anak.
Kita menolak cadangan musuh.


Kita menolak  kerana persepsi  kita yang salah dalam memahami isu  yang dibangkitkan  atau memang budaya  kita tidak mesra teguran dan kritikan, disebabkan oleh kedegilan dan kepala batu yang terpahat dalam diri kita. Bila kita ditegur atau dikritik maka akan datanglah bisikan lembut atau mungkin bernada keras daripada iblis menyatakan bahawa si polan itu adalah musuh kamu. Itulah belitan iblis.

Kita menolak perintah Allah s.w.t. kerana kita terhijab daripada ajaran Islam yang murni, latar belakang kita yang tidak beragama, budaya hidup kita yang kebendaan, berpoya-poya, keseronokan dan sibuk dengan keduniaan yang akhirnya kita terlepas daripada memahami ajaran Islam. Kita sebenarnya menipu diri sendiri sebagaimana kita menipu rukun negara.    

Sabda Nabi s.a.w.:


“Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah, datangilah hidangan Allah selagi kamu berkuasa.


"Sesungguhnya Al-Quran ini tali Allah, cahaya yang terang dan penyembuh yang bermanfaat, pengawas bagi orang yang berpegang dengannya dan jalan kejayaan bagi mereka yang mengikutinya."


“Engkau mestilah membaca Al-Quran, kerana al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit.”


Kita menolak arahan Rasulullah s.a.w. kerana kita telah ditinggalkan sejak 1434 tahun yang lalu. Jarak masa yang begitu lama menjadikan kita lalai, tak ambil kesah, banyak sangat sekatan pada ajarannya, halangan dan tidak suka kepada kongkongan. Kita nak hidup bebas kerana kebebasan bagi kita adalah segala-galanya

Kita menolak nasihat ulama yang ikhlas kerana mereka duduk dibawah perintahan. Duduk di jajahan taklukan. Dia makan gaji, berharap kepada makhluk dan mengeluarkan fatwa berdasarkan isu. Manakala ulama yang berwibawa, berilmu, kaya, ramai pendokong dan amat dihoramati oleh masyarakat amat sedikit bilangannya. Mereka disegani, dipatuhi dan arahannya diambil tindakan.

Kita menolak pandangan sahabat kerana kedudukan martabatnya yang rendah berbanding kita. Gemar berhutang, suka berpoya-poya, membazir, mengharapkan simpati, ilmunya rendah, ulasannya meleret-leret, banyak menimbulkan masalah, khuatir dia akan menjejaskan peluang kita untuk mengekalkan kuasa dan barangkali pada fikiran kita terpahat bahawa dia adalah pencabaran jawatan kita. Dengan sifatnya sedemikian itu menjadikan kita hambar menerima pandangan sahabat kita.

Kita menolak keluhan orang awam kerana statusnya .

Kita menolak permintaan isteri atau suami kerana kita telah lali dengan sikap/celotehnya, pandangan yang  keras atau lembutnya, ikut citarasa, atau ada sesuatu keperluan. Kadangkala kita pula takut kepada arahan isteri atau, apabila terdengar suaranya menjadi menikus, sehinggakan jadual aktiviti kita disusun atur olehnya. Jika perkara seumpama itu berlaku sebenarnya tiada masalah. Yang menjadi isunya ialah semua pergerakan suami dikawal oleh isteri seperti kata orang; dia ikut telunjuk isteri, takut pada isteri, isterinya berstatus, isterinya garang,  kena nasi kangkang, kena jampi atau guna-guna dan pelbagai istilah lagi yang menunjukkan bahawa suami itu mengikut arahan isterinya; yang sifatnya negatif. Mengapa perkara seperti itu berlaku?

Kita menolak rayuan anak-anak kerana kita memiliki kuasa veto. Jangan gunakannya. Kita sewajarnya mendengar rayuannya, meneliti rintihannya, bersimpati dengan luahannya dan memerhati bait-bait yang terpancar daripada mulutnya yang penuh dengan keikhlasan. Hari ini kita menggunakan kuasa mutlak tersebut tetapi pada suatu hari nanti kita pula akan kena veto. Hukum qisas akan berlaku.

Kita menolak cadangan musuh kerana dalam fikiran kita semuanya bersifat negatif. Meletakkan hukuman kesalahan sebelum dibicara dan diputuskan oleh hakim. Bila berlaku peristiwa seperti itu maka ia dianggap sebagai suatu kezaliman kerana memutuskan hukuman sebelum dibicarakan. Perkara seumpama itu sepatutnya tidak berlaku kepada negara yang bertamadun yang mendaulatkan undang-undangnya. Permusuhan tidak semestinya berpanjangan. Perutusan, orang tengah, dialog, diskusi,  perdebatan adalah medium yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut permusuhan yang berpanjangan dan akhir sekali jika enggan bersemuka maka kita menggunakan saluran sehala iaitu melalui ucapan, ceramah, kuliah, radio, sidang akhbar, akhbar dan televisyen. Tiada kemelut yang sukar diselesaikan. Terpulang kepada kita dari  sudut mana kita hendak menyelesaikannya.

Mengapa kita memandang musuh sebagai musuh sedangkan kita tidak melihat bahawa diri kita adalah musuh kita sendiri?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”