“Sesungguhnya
kami menawarkan amanah (penyembahan) ini kepada langit-langit, bumi, dan
gunung-gunung, akan tetapi mereka semua enggan menerimanya dan merasa berat
dengannya. Lalu kemudian amanah ini diterima oleh manusia, sungguh manusia
adalah makhluk yang zalim lagi bodoh.” (Q.S. Al-Ahzab: 72)
Dari
Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:
بَيْنَما النبيُّ صلى الله عليه وسلم فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ, جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يحدثُ. حَتَّى إِذا قَضَى حَدِيْثَهُ قال: أَيْنَ السّائِلُ عَنِ الساعةِ؟ قالَ: هَا أَنا يَا رسولَ اللهِ. قالَ: إِذا ضُيِّعَتِ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السّاعَةَ، قال: كَيْفَ إِضاعَتُها؟ قال: إِذا وُسِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السّاعَةَ
“Ketika
Nabi shallallahu alaihi wasallam (s.a.w.) berada dalam sebuah majlis dan berbicara
kepada sekelompok orang, ada seorang Arab Badui yang datang lalu bertanya,
“Bila hari kiamat?” Tapi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam terus saja
berbicara. Setelah beliau selesai berbicara, beliau bertanya, “Dimanakah orang
yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Dia menjawab, “Saya di sini wahai
Rasulullah.” Beliau bersabda, “Jika amanah telah ditelantarkan maka tunggulah
hari kiamat.” Dia kembali bertanya, “Bagaimana amanah ditelantarkan?” Beliau
menjawab, “Jika urusan sudah diserahkan kepada selain ahlinya maka tunggulah
hari kiamat.” (H.R. Imam Al-Bukhari)
Dari
Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata: Sangat jarang Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami kecuali beliau bersabda
di dalamnya:
لا إِيْمانَ لِمَنْ لا أَمانَةَ لَهُ، ولا دِيْنَ لِمَنْ لا عَهْدَ لَهُ
“Tidak
ada iman orang yang tidak mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang
tidak menepati janjinya.” (H.R. Imam Ahmad dan sanadnya dinyatakan Hasan oleh
Al-Albani dalam Al-Misykah)
Amanah
adalah sesuatu yang amat berat untuk dilaksana dan ditunaikan. Disebabkan beban
yang besar itu lalu Allah s.w.t. mencela manusia tatkala mereka menerima amanah
tersebut sedangkan mereka adalah makhluk
yang lemah. Apabila sahaja ikrar menerima amanah ditetapkan sama ada amanah itu
datangnya daripada Allah atau sesama makhluk, maka amaanah tersebut wajar
dikotakan walaupun kesukaran terpaksa ditempo untuk menjaga dan melaksanakan
amanah itu.
Walau
bagaimanapun, kelalaian, alfa dan kurangnya sifat ketakwaan menjadikan sehari
ke sehari ikrar untuk memegang amanah
tersebut semakin longgar dan berkurangan. Nabi s.a.w. mengkhabarkan bahwa di
antara tanda dekatnya hari kiamat adalah ketika setiap urusan diserahkan kepada
orang khianat kepada agamanya. Contohnya pencuri diamanahkan untuk mengumpul
harta kaum muslimin, orang zalim diserahkan amanah menjaga dan melindungi kaum
muslimin, golongan pelawak dan artis diberi tanggungjawab mengajar agam melalui
lawakan dan gelagatnya, orang jahil ditempatkan di posisi mengawasi dan pemberi
fatwa, dan seterusnya tindakan dan pelaksanaan ke arah memartabkan agama Islam
itu diletakan pada posisi yang bawah. Persoalannya ialah adakah mereka itu
layak digelar pembela agama?
Sebaliknya
pula mereka yang menerima dan menjaga amanah dengan seamanahnya, maka Allah
s.w.t. memujinya dan mereka adalah golongan yang bertakwa dan mendapat
kemenangan. Semoga kita termasuk golongan ini. Amin.
“Tidak ada iman orang yang tidak
mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” (H.R. Ahmad dan sanadnya dinyatakan hasan oleh Al-Albani
dalam Al-Misykah)
No comments:
Post a Comment