Musuh
adalah diri kita sendiri. Tetapi kita tidak akan mencederakan diri sendiri
di-sebabkan ego, kebodohan, kejahilan, me-mandang ringan dan mempermain-mainkan
ajaran Islam, menonjol dan menguar-uarkan kepada orang fasik bahawa Islam
adalah agama kesederhanaan. Tafsiran yang tidak mencerminkan kehendak ajaran Islam,
menjadikan diri kita sentiasa bertentangan, berkonfrontasi dan melakukan
provokasi kepada ajaran Islam.
Bukan
salah ibu mengandung dan buka juga salah agama Islam tetapi kesalahan itu
adalah pada pandangan kita, kefahaman kita, latarbelakang pendidikan kita,
didikan kita, pergaulan kita, ketamakan kita, keegoan kita, kekuasaan kita,
budaya hidup kita dan barangkali oleh kerana kita terlalu banyak makan garam
menjadikan kita lupa bahawa di celah-celah dinding sana ada insan memerhati dan
melihat telatah kita, kadangkala kita tentang, halang dan mentohmah ajaran
Islam dan kepura-puraan kita itu selalu diketawakan oleh golongan orang kurang
upaya (OKU) melalui senyuman sinisnya atau kita terlalu selesa dengan keadaan ketika
ini.
Musuh,
apabila melakukan tindakan jahatnya ia tidak memberi amaran, tiada tanda-tanda
serang hendap, atau isyarat-isyarat pengisytiharan provokasi, tetapi ia
menyerang seperti kilat, berhembus lembut dan dingin memasuki liang roma,
menyerap seperti nila yang dimasukkan ke dalam besen berisi air jernih lalu
meresap dan sebati bersamanya atau seperti semburan racun di mana setiap
laluannya akan dibinasakan. Belitannya menyukarkan tumbuhan melalui proses
fotosintesis atau menyesakkan nafas dan akhirnya memusnahkan.
Mengapa
kita menjadi musuh kepada kebenaran? Menidakkan keadilan, menafikan
keikhlasan-kejujuran, menokoh tambah perkara-perkara kebatilan, melakukan
perkara-perkara melekakan bangsa, menjerumuskan kampung kepada huru-hara,
memberi ruang dan peluang kepada penjahat dan pengganas menerobos keselamatan
pejabat dan akhirnya akan merugikan diri sendiri. ( Qutbah Ashif )
Diri
kita adalah musuh kita, kerana kita tidak mengendalikannya sebaik-baiknya. Kita
tidak perlu menyalahkan orang lain tentang kesilapan yang dilakukan, kealfaan,
lalai, tentang ruang dan peluang yang kita buka kepada
penjahat menyusup masuk dan memainkan peranannya di dalam rumah kita. Yang
penting kita ada ketakwaan. Padu imannya. Menginsafi kebobrokan yang lalui dan
bina azam baru sempena Maal Hijrah 1434.
Kita
ada kekuatan tetapi kekuatan tersebut terdedah dan didedahkan kepada penjahat.
Jangan salahkan musuh kerana kita memusuhi diri kita sendiri sebagaimana kita
memusuhi ajaran agama Islam. Panglima yang gagah bukan dilihat semasa menentang
dan mengalahkan musuhnya tetapi panglima sebenarnya ialah disukai oleh kawan
dan musuhnya serta menjulang ajaranh Islam.
No comments:
Post a Comment