Manusia yang tidak bertakwa menurut al-Quran dan as-Sunnah tetapi tekun beribadat, zuhud, penyair dan zalim bukanlah dari golongan hamba-hamba Allah yang diredhai. Mereka adalah sahabat-sahabat syaitan berwajahkan manusia. Mereka boleh menzahirkan sesuatu perkara-perkara luarbiasa yang menyalahi adat kebiasaan bersesuaian dengan keadaannya, suasana dan keperluan pada ketika itu.
Perkara-perkara tersebut
berlaku kerana:
1. Ia terhasil daripada pendustaan dari kejahilan mereka.
1. Ia terhasil daripada pendustaan dari kejahilan mereka.
2. Kejadian yang dilakukan tanpa disengajakan.
3. Dari dosa-dosa bersesuaian dengan sifat kesyaitan yang mendampinginya.
4. Akibat sifat kesyaitanan melampaui menjadikannya akrab dengan syaitan.
5. Urat nadi dan pemikirannya merencanakan kepalsuaan kepada kekuasaan Allah.
Allah s.w.t. menjelaskan
kepada kita antara dua golongan hamba Allah yang berlainan sifat ciri-cirinya melalui
surah As-Syuaara ayat 221 sehingga akhir.:
“Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan
itu selalu turun?
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan
itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan
hala.
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak
berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan
penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta
mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang
melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka
akan kembali.”
Antara unsur yang menyerap, meresap
dan menguatkan sifat-sifat kesyaitanan di dalam batang tubuh manusia adalah melalui
mendengar pukulan gendang, rebana, seruling atau peralatan yang boleh dibunyikan;
membuai jiwa, mengkhayalkan akal, melalaikan ibadat dan menjauhkan diri dengan
amalan-amalan tauhid.
Para sahabat, tabi’in, ulama
dan yang mengikuti mereka dengan ikhlas tidak pernah menjadikannya sebagai
jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Mereka tidak menganggap
perkara tersebut berkumpul untuk tujuan mendengar muzik, nyanyi-nyanyian,
pukulan gendang, gerakan kesihatan, perhimpunan yang meluputkan ibadat kepada
Allah s.w.t. Mereka, apabila melakukan perhimpunan, perkumpulan, perjumpaan
maka mereka akan menyuruh salah seorang dari kalangan mereka untuk membaca al-Quran sementara yang lainnya
mendengar dengan penuh keinsafan dan menekuni bait-bait ayat yang dibacakan
kepada mereka.
Imam Syafie berkata:
“Telah dicipta di Baghdad sesuatu oleh para zindiq yang dinamakan ‘Ta’qhir’ yang menghalang
manusia dari membaca al-Quran.”
Umar Al-Khatab pernah menyuruh
Abu Musa As-Shahrir untuk membaca al_Quran.
Suatu hari Rasulullah s.a.w.
telah berjalan berhampiran Abu Musa dan
bersabda kepada beliau:
“Aku telah melintas
berhampiran dengan kamu semalam dan ketika itu kamu sedang membaca Al-Quran. berkata Abu Musa; jika saya tahu bahawa tuan
….. saya sudah tentu saya akan memperelokkan bacaan saya …..
Sabda Nabi s.a.w.:
“Allah s.w.t. mendengar dengan
penuh perhatian kepada lelaki yang
memperelokkan bacaan al-Qurannya dengan
suaranya lebih perhatian seorang tuan
yang mendengar hamba sahaya perempuannya menyanyi."
Rasulullah s.a.w. bersabda
kepada Ibnu Mas’sud r.a., bermaksud:
“Bacalah al-Quran kepadaku,
Ibnu Mas’ud pun berkata: Kepada Tuan dibacakan sedangkan kepada Tuan ia
diturunkan? Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan
dari orang lain. Setelah selesai Ibnu Mas’ud membacanya Rasulullah s.a.w. telah
menangis hingga bercucuran airmatanya.”
Oleh itu, pendengaran, sentuhan
perasaan, tindakan dan amalan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca
oleh nabi s.a.w., para sahabat, tabi’in, ulama dan kaum muslimin menguatkan
ketakwaan kepada Allah s.a.w.t, sebagaimana dirakamkan oleh Allah s.w.t. di
dalam surah Maryam ayat 58:
“Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah
nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari
keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan
dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah
dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta
menangis.”
“Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada
Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata
disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran
(Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada
Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama
orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).”
( Q.S. Al-Maaidah: 83 )
Perhimpunan dan pendengaran
seumpama itu menambah keimanan,
mengukuhkan keyakinan, mengulang-ulangi ikrar setiap kali dibacakan ayat-ayat
al-Quran dan kesannya ialah hati akan menjadi tenang akibat rahmat Allah.
Perkara tersebut juga dapat dilihat
melalui tubuh-tubuh yang mengigil, kulit badan yang gementar dan air
mata ketakwaan yang bercucuran menginsafi kehambaan insan. Allah merakamkan
peristiwa tersebut dalam surah Az-Zumar ayat 23:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran
yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya
dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang
(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut
kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut
serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci
itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran
itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang
salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya.”
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)
ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah
hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan
mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan
mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta
limpah kurnia yang mulia (di Syurga).” ( Q.S. Al-Anfaal: 2-4 )
Ini juga menunjukkan bahawa
kelalaian telah menghalang manusia dari mendengar ayat-ayat al-Quran dan sunnah
Nabi s.a.w.. Kesannyan roh ketakwaan itu telah terlurut daripada genggaman.
Hamba Allah yang arif, ikhlas dan tawakalnya mutlak kepada Allah s.w.t.
mengetahui bahawa syaitan mempunyai bahagian
yang besar di dalamnya.
Permainanan dan mendengar
muzik, melaungkan suara dan nyanyian, berpesta-pestaan hiburan yang melalaikan,
mendengar siulan dan bisikan syair memukau dan keseronokan melalui tepukan para
musyrikin di dalam ibadat mereka juga menyumbang kepada kepalsuan.
Suatu ketika, orang-orang
musyrikin menjadikan siulan dan tepukan tangan sebagai ibadat mereka di Baitul
Haram dan peristiwa tersebut dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfaal
ayat 35:
“Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan
bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir)
akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.”
No comments:
Post a Comment