Marilah tuan/puan kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah s.w.t. suatu keberkatan dan keazaman yang padu supaya dapat akal, fikiran dan hati
naluri kita berdampingan dengan amalan-amalan praktikal yang dilakukan oleh
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para penganutnya sehingga akhir zaman.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selapas salat Asar pada
akhir waktunya atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini akan
mendapat Perlindungan Allah s.w.t. dari fitnah, tipu daya syaitan dan mendapat
keampunan dosa yang lalu, Insya Allah.
Allah s.w.t berselawat ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini
daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku
belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya
untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian
daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha
Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan
janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas salat Maghrib pada
malam 1 Muharram ( malam ini ). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas salat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah
akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya
syaitan selama setahun yang mendatang.
Allah s.w.t. berselawat ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang
awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini
adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini
dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga
pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi
dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
No comments:
Post a Comment