NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 6 November 2013

Golongan Kafir Buta


Sebelum seseorang itu disabitkan tergolong kepada sifat tersebut terlebih dahulu dinyatakan ciri-ciri individu tersebut dari segi iktikad, perbuatan dan niatnya, antaranya:

1. Tidak beriman kepada Al-Quran:

a.  Tidak membenarkan perkara difirmankan oleh Allah s.w.t.:
b.  Tidak beriktikad akan kewajipan mentaatinya
c.    Ia telah berpaling daripadanya

2. Tidak beriman kepada Rasulullah s.a.w.:

a.     Tidak membenarkan ajaran Nabi
b.     Ragu-ragu mengakuinya
c.      Memperlekehkannya

Jika manusia yang melafazkan tentang keislamanya, amalannya, kezuhudannya dan zikirnya melampaui daripada amalan manusia biasa tetapi tidak mengikut ajaran al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. maka ia tergolong bertopengkan manusia tetapi berwajahkan syaitan. Sebenarnya ia adalah syaitan, bersifat syaitan dan temannya pun syaitan.

Jika diandaikan ia boleh terbang di udara, berjalan di atas air, api menyejuk dan bersifat halimunan itu sebenarnya tidak menjadi masalah kerana syaitan bersifat seperti itu dan menggerakkan manusia seperti sifat tersebut. 



A017

“Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” ( Q.S. Muhammad: 17 )


A010

“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” ( Q.S. Al-Baqarah: 10 )


A050

“Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?” ( Q.S. Al-Anbiyaa': 50 )


A124
A125
A126

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.” ( Q.S. Taha: 124-126 ) 


Maka, sebelum seseorang itu disabitkan tergolongan kepada sifat tersebut terlebih dahulu dinyatakan ciri-ciri individu tersebut dari segi iktikad, perbuatan dan niatnya, antaranya:

1. Tidak beriman kepada Al-Quran:

a.  Tidak membenarkan perkara difirmankan oleh Allah s.w.t.:
b.  Tidak beriktikad akan kewajipan mentaatinya
c.    Ia telah berpaling daripadanya

2. Tidak beriman kepada Rasulullah s.a.w.:

a.     Tidak membenarkan ajaran Nabi
b.     Ragu-ragu mengakuinya
c.      Memperlekehkannya

Jika manusia yang melafazkan tentang keislamanya, amalannya, kezuhudannya dan zikirnya melampaui daripada amalan manusia biasa tetapi tidak mengikut ajaran al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. maka ia tergolong bertopengkan manusia tetapi berwajahkan syaitan. Sebenarnya ia adalah syaitan, bersifat syaitan dan temannya pun syaitan.

Jika diandaikan ia boleh terbang di udara, berjalan di atas air, api menyejuk dan bersifat halimunan itu sebenarnya tidak menjadi masalah kerana syaitan bersifat seperti itu dan menggerakkan manusia seperti sifat tersebut. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”