Tauhid adalah persatuan dan
kesatuan umat manusia. Keadilan, kebijaksanaan dan kesejahteraan baru wujud
jika dijiwai dengan tauhid. Jika tidak, maka slogan pembangunan manusia menuju
masyarakat adil dan makmur hanyalah slogan sahaja.
Kita digalakan untuk melakukan
kebajikan, dengan berdasarkan pada landasan akhlak dan iman, membuang segala
macam dan bentuk syirik, unsure-unsur yang berkaitan dengannya dan membasmi
semua kepercayaan yang palsu. Sesat dan mengelirukan.
“Dan bahawa
sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari
Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa.” ( Q.S. Al-An'aam:153 )
No comments:
Post a Comment