NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 23 March 2014

KANAK-KANAK TABIATNYA BERMAIN



Anak-anak yang belum mumaiyiz dikatakan kanak-kanak. Mereka banyak bergantung harap kepada penjaganya. Kanak-kanak tabiatnya suka bermain. Permainan yang digemari yang mempunyai unsur-unsur mencabar, kreatif dan pergerakan agresif. Mereka bukan hanya berminat permainan di taman, padang, masjid, surau, madrasah, sekolah, rumah tetapi juga permainan air dan kapal terbang. Mereka suka permainan kerana naluri kanak-kanak memang terarah kepada perkembangan dan pertumbuhannya. Oleh itu, ibu bapa wajar memahami dan jangan menyekat kreativiti, keaktifan, perkembangan dan keceriaan yang mereka miliki kerana jika dihalang akan membantutkan potensi dan keberaniaan mereka.

Manakala kanak-kanak perempuan suka kepada sifat-sifat keibuan, main masak-masak, berbedak, dimanja, dibelai dan minta perlindungan.

Ada ibu bapa tidak perasan, mereka mengekang potensi anaknya. Mereka beranggapan apabila kanak-kanak bermain, lasak, berkejar-kejar, bergusti, bergaduh; meremaskan, mengganggu dan buang masa - bising. Sebenarnya jangan melarang anak-anak ketika mereka sedang mengasah potensi disamping memang tabiatnya begitu, boleh membantut bakatnya. Jika  melarang juga gunakan inisiatif yang tidak menganggu emosinya. Apabila anak-anak melihat cerita-cerita tahyul dan seram; mereka diugut, ditengking, dimarahi dan ditakut-takutkan dengan cerita-cerita wayang itu. Kesannya psikologi kanak-kanak akan terganggu, emosinya terbantut dan akalnya tersentak. Akibatnya amat dahsyat untuk jangka panjang.
               
Pada satu peringkat, keceriaan anak-anak akan hilang, jiwa, perasaan dan tindakan mereka akhirnya akan mengecut dan menikus. Perkara ini amat membahayakan kepada mereka dan ibu bapa.

Untuk memulihkan potensi kanak-kanak bukanlah kerja yang mudah. Ada ketikanya ia pulih secara semula jadi, ada pula terpaksa melalui proses pemulihan, galakan, bangkitkan semangat semula, bantu kembangkan potensi mereka. Tidak dinafikan kanak-kanak yang menjadi mangsa ibu bapa; didera, tertekan, terpinggir dan pelbagai unsur-unsur negatif yang menjadikan kanak-kanak itu menjadi terlebih nakal dan jahat.

Perangai kanak-kanak dikenali melalui wata-watak mereka:

1.           Aktif
2.           Bengang.
3.           Bergaduh.
4.           Bermain.
5.           Ceria.
6.           Jahat.
7.           Kesakitan.
8.           Ketawa.
9.           Lembab.
10.        Marah.
11.        Menangis.
12.        Mendendam.
13.        Mengacah-acah.
14.        Mengingat.
15.        Merajuk.
16.        Minta simpati.
17.        Nakal.
18.        Pasif - dungu.
19.        Proaktif.
20.        Pucat.
21.        Risau.
22.        Sedih.
23.        Sensitif.
24.        Dan pelbagai watak lagi.























  


























































   



 
 












  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”