NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 5 March 2014

RUSIA: POLITIKNYA TENANG



Presiden Rusia Vladimir Putin
Rusia kini dicabar oleh kuasa Barat dalam isu Ukraine. Cabaran  bermula  apabila Presiden Viktor Yanukovych yang memimpin Ukraine diaibkan oleh musuhnya melalui demontrasi jalanan yang berakhir dengan keganansan. Yanukovych akhirnya mengadakan pertemuan dan memohon bantuan daripada sekutunya, Rusia. Di mana-mana negara jika penyingkiran pemerintahan yang sedia ada dilakukan dengan cara kekerasan, rampasan, keganasan dan pertumpahan darah maka pemerintan yang mengambil alih wajar bersedia menghadapi apa juga risiko daripada pemerintah yang dijatuhkan kerana laluannya adalah sukar. Pemerintah yang digulingkan akan berikhtiar memulihkan semula kuasa pemerintahannya. Mengerakkan pengikut, meminta bantuan tentera luar dan melakukan tindakbalas untuk mengembalikan kuasa pemerintahannya. Mereka juga berusaha melemahkan lawannya.

Ada beberapa scenario yang melibatkan pertukaran pemerintahan negara di dunia yang telah dan sedang berlaku, antaranya melalui:

1.      Syura
2.      Demokrasi
3.      Pilihanraya
4.      Mengharu-birukan  pentadbiran negara
5.      Demontrasi ganas dengan penyingkiran pemerintah.
6.      Rampasan tentera
7.      Campuran tangan kuasa asing
8.      Revolusi rakyat
9.      Serangan oleh negara jiran
10.   Persengkongkolan kuasa jahat
11.   Peperangan

Jika berlaku pemerintah digulingkan secara drastik, mengaibkan, diancam hukuman, maka akan berlaku tindakbalas terutama apabila pemimpin tersebut berada dalam kedudukan yang mempunyai sekutu, sepakat dengan jirannya dan kebolehan diplomasi di samping negara tersebut berada dalam kedudukan seperti berikut:

1.      Dalam kedudukan yang strategik
2.      Kaya dengan sumber asli
3.      Menjalin persahabat dengan negara jiran
4.      Mengikat perjanjian pertahanan apabila diceroboh oleh pengganas.
5.      Boleh menjahanamkan negara jiran dan sekutunya.


Kita sebagai umat terbaik lebih memahami perkara tersebut:


A109
A110
A111
A112
A113


“Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).” ( Q.S. A-li'Imraan: 109-113 )





Menteri Luar Rusia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”