TRAGEDI MH370: APA SEBENARNYA
TERJADI?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak telah mengumumkan bahawa kelibat pesawat MH370 telah dapat dikesan
melalui satelit Inmarsat milik Britain tetapi belum dibuktikan dan disahkan
secara spesifik, begitu juga tentang status penumpang-penumpang di dalam
pesawat MH370, sama ada masih hidup, halimunan, ghaib atau mati semuanya.
Jejak-jejak pesawat MH370 walaupun dikesan melalui satelit Inmarsat, Britain
tetapi pencarian pesawat MH370 sedang diusahakan secara intensif. Untuk sampai
ke kawasan tragedi pesawat MH370 terpaksa menempuh jalan-jalan kesukaran kerana
masalah ativiti alam semulajadi yang sifatnya begitu, seperti; gelombang, arus
laut tidak menentu, angin kencang bertukar arah, ombak, jarak tragedi daripada
pusat operasi di Kuala Lumpur melebihi 2,000 batu dan dengan keluasan pencarian 70,000 km
persegi, kawasan terpencil, luas dan lautannya dalam, kawasan jin bertandang
dan pusat halimunan.
Para pakar, pemikir, penganalisa
dan mereka yang terlibat secara langsung dalam pencarian tragedi MH370, masih
mencari kaedah terbaik bagi memudahkan
pencarian dan jika ada, mengutip sisa-sisa pesawat MH370 yang diperakui
oleh Perdana Menteri melalui maklumat satelit Inmarsat milik Britain.
Kanak-kanak berbicara
tentang tragedi MH370. Apa sebenarnya
yang berlaku kepada pesawat MH370 yang berakhir dengan tragedi. Setelah
melalu ipencarian selama dua minggu. Barangkali kerana siasatan masih
dijalankan terutama untuk mengenal pasti tragedi MH370 yang belum terungkai,
maka, perkara-perkara tersebut boleh membantu siasatan:
- Pesawat MH370 hilang kawalan sehingga ia menjadi halimunan dan mencari kawasan pendaratan yang terpencil yang jauh daripada tamadun manusia. (Dengan istilah lain menyisih diri, kecewa, terjunam, terhempas, meletup).
- Pesawat MH370 diterbangkan oleh dajal sehingga manusia tidak dapat mengesannya dan hanya diketahui setelah menjadi serpihan - itupun melalui teropong satelit Inmarsat, Britain.
- Dajal telah merancang kawasan pendaratan, manakala pemandu berpengalaman MH370 dan pembantunya didinginbekukan oleh angin sejuk dan hembusan sihir yang digunakan oleh golongan dajal sehingga mencengkam penglihatan, lidah dan anggota badan mengakibatkan penerbangan pesawat MH370 halimunan dalam kawasan Laut China Selatan, yang dipenuhi oleh radar tentera daripada pelbagai negara serantau. Memahami keadaan tersebut, pesawat MH370 mengubah arah laluan berpatah balik bergerak jauh menarawang di sana sini dan berakhir di Lautan Hindi di kawasan jin. Setelah berada di kawasan tersebut baharulah dapat dikesan kehilangan dan halimunannya oleh satelit Inmarsat milik Britain. Semasa terbang, dalam keadaan halimunan, bila tragedi berlaku, baharu dapat dikesan.
- Dajal membawa lari pesawat untuk tujuan mencabar pencarian MH370 kerana ada unsur-unsur wang, kuasa dan kecerdikan. Di sana juga ada harta difaraidkan.
- Para dajal akan terus melakukan kerja-kerja mereka kerana ketegasan umat Islam masih berdiam diri (statik). Mereka pula mengambil pendekatan berkecuali dalam isu-isu yang samar-samar.
Untuk pencerahan dan memutihkan
lagi pencarian tragedi MH370, dan supaya tidak keletihan dalam pencarian yang
dijangka mengambil masa bertahun-tahun nanti kerana untuk melengkapkan
serpihan-serpihan pesawat MH370, yang bertaburan di sana sini, di kawasan luas,
lautan dalam, dan anggota-anggota pencari terhad. Adalah wajar diberi perhatian
elemen-elemen berikut:
- Pemikiran manusia mudah terbuai, terarah, terpimpin kerana Islam mengkehendaki manusia menjadi baik tetapi ada juga golongan manusia keliru, dibisik-bisikkan dan terdesak seperti Qabil membunuh adiknya, Habil.
- Manusia akan terus melakukan pelbagai perangai sama ada mereka adalah golongan dajal atau golongan yang diberkati Allah s.w.t..
- Orang bukan Islam jika mengetahui tentang ketelusan Islam, ibadahnya, amalan hidup dan keprihatinan kepada nyawa manusia nescaya mereka berbondong-bondong meneliti, belajar, ingin tahu tentang Islam. Keistimewaan dan kehebatannya.
- Manusia merancang tetapi Allah s.w.t. lagi perancang yang maha hebat.
- Islam menjadi pilihan kerana ia membawa rahmat kepada semua makhluk.
Maka tragedi MH370 walaupun telah
dikesan oleh satelit tetapi belum terungkai lagi misterinya. Dajal mahir dalam
pelbagai teori tetapi kaum muslimin lagi hebat bukan sahaja menggunakan teori
tetapi firasatnya tepat dan amalan tauhidnya dipraktiskan.
Hidup dengan kebenaran lebih
bermaruah daripada kabur dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment