Malaysia masih dalam mencari
pesawat MH370, yang membawa penumpang seramai 239 orang dalam penerbangannya
dari Kuala Lumpur - Beijing, China, pada 8 Mac 2014. Kehilangan pesawat
tersebut pada awal pagi ketika makhluk sedang beradu dibuai mimpi setelah
keletihan mencari rezeki halal pada siang harinya. Manakala insan-insan dajal
pula merancang melakukan sesuatu disebabkan kealfaan manusia dan yang mempunyai urusan ketika itu dalam keadaan
mamai kerana waktu malam untuk merehatkan diri.
Berita kehilangan pesawat MH370
hanya dimaklumkan kepada umum selepas berlalunya 6 jam waktu Malaysia dan
menjadi publisiti yang meluas selepas itu. Kesan daripada itu orang awam kurang
memahami tentang sistem penerbangan kerana perancangan-perancangan yang
dilakukan oleh makhluk Allah s.w.t yang bergelar manusia yang faham tentang
system penerbangan dan kaitannya dengan radar/satelit. Sebab itulah Allah
s.w.t. tidak mencipta makhluk lain menjadi khalifah di bumi kecuali manusia
kerana insan ini berakal berbanding makhluk Allah yang lain. Perkara ini juga
menunjukkan bahawa Islam itu agama yang benar, tepat dan jitu. Mereka yang
tidak membuat kajian tentang Islam akan kerugian sepanjang hayat kerana harta,
kuasa dan nafsu yang pelbagai sehingga terbuai-buai dengan pemikiran manusia, semua itu akan musnah. Mati.
Kelibat pesawat MH370 tidak
ditemui kerana sifat halimunannya. Ia membawa kepada penghapusan kod MH370 kepada kod baru MH318. Selepas 15 hari,
ketika catatan ini, menunjukkan bahawa pesawat dan penumpang-penumpangnya
selamat sehingga dibuktikan sebaliknya. Ini adalah spekulasi daripada manusia
biasa. Spekulasi ini akan terus berpusing-pusing, turun naik, menokok merudum,
cergas, mendatar dan statik seperti pasaran saham. CCTV mengimbas dan dengan
bantuan radar/satelit kerana misterinyaa pesawat MH370 yang membangkitkan
semangat ingin tahu penduduk Malaysia khasnya dan manusia sejagat amnya untuk
membuat spekulasi, andaian dan teori bagi merancakkan pencarian pesawat yang
hilang itu. Ia juga membawa kepada
pencarian dan teka-teki yang mencabar minda kita seperti ‘permainan game’,
semakin lama semakin menyeronokkan. Ibarat penjudi dengan pencaturnya, ada
nilai wang dan kuasa di sana.
Tetapi isunya, di mana pesawat
itu? Semasa kehilangannya semua radar/satelit hilang kawalan dan halimunan.
Mengimbas peristiwa kehilangan
pesawat MH370, wajar diteliti perkara-perkara berkaitan scenario yang berlaku
sebelum peristiwa misteri itu:
- Diakui bahawa dalam tempoh tersebut kuasa besar AS/Barat dan Rusia saling memberi tekanan dan provoke antara satu dengan lain disebabkan oleh isu Crimea dalam wilayah Ukraine, termasuk Ukraine itu sendiri dipertikai kesahihan pentadbiranyan oleh Rusia. Pihak Barat dan sekutunya mempertikai pula referendum yang dilakukan oleh Crimea. Sehingga kini ketegangan itu masih berlaku di antara AS/Barat dan Rusia. Tiada penamatnya.
- Timur Tengah, pergolakan merentasi Utara Afrika sehingglah ke Turki masing-masing bergelut dan menumpukan masalah dalaman mereka.
- Israel terus mengganas kerana aroma Saidina Umar al-Khattab r.a. belum bangkit. Rakyat Palestin tetap bertahan.
- Afrika Tengah diasak oleh penglibatan tentera Barat membantu sekutu disebabkan peningkatan kekuatan pejuang-pejuang Al-Shabaab dan al-Qaeda yang boleh melumpuhkan mereka jika tidak ditangani segera.
- Pejuang-pejuang Taliban di Afghanistan sedang dilambai-lambai oleh pemerintah Afghanistan dan Pakistan kerana kehebatan mereka, cuma mereka kekurangan logistik dan persenjataan.
- Iraq berterusan bermandikan darah.
- Iran memperkukuhkan genggamannya tanpa takut dengan gertakan musuh-musuhnya disamping mengusahakan jalan diplomasi bagi memperbaiki hubungan antarabangsanya dengan AS/Eropah.
- Asia Timur, dua negara Korea, atau semenanjung Korea, atau Korea Utara di satu pihak dan Korea Selatan, Jepun dan kehadiran tentera Amerika di pihak lain, kerap mengundang berulangkalinya provokasi-provokasi antara mereka.
- Thailand, negara jiran mengalamai masalah politik.
- Myanmar mengusir dan menafikan rakyat yang bermasalah dengannya.
- Negara-negara miskin memohon simpati dan akan menadah tangan untuk memberi sokongan 100% sekiranya ada negara kaya yang membantu.
- Dalam tempoh yang sama negara kita pula diselubungi oleh jerebu dan keputusan kes penghakiman ketua pembangkang berkaitan kes liwat II.
Scenario di atas seolah-olah
memberi isyarat bahawa akan berlakunya sesuatu tragedi tetapi orang-orang
beriman telah pun mengetahuinya kerana
akal, hati, perasaan dan tindakan mereka tidak lekang dengan wahyu Allah s.w.t.
disamping petunjuk Rasulullah s.a.w., dizahirkan pula oleh Para Sahabat r.a..
Ketika pelbagai negara, kawasan
dan tempat tidak stabil dan masing-masing menumpukan perhatian kepada tempat
mereka maka wujudlah kehilangan pesawat MH370 kerana ada agenda yang sedang dan
akan berlaku yang ia akan meletakan negara dalam keadaan bahaya, bukan sahaja
akan merugikan negara tetapi turut merugikan rakyat yang daif yang pada ketika
ini mengharapkan kerajaan membantu kesan kenaikan kos hidup. Kita berdoa semoga
keinsafan ada pada orang-orang beriman. Kita mohon ampun kepada Allah s.w.t. supaya
kita terhindar daripada dajal kerana mereka tidak tahu kehebatan orang-orang
muslimin. Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampuni kami.
Misteri pesawat MH370 selepas
beberapa minit berlepas telah dimaklumi oleh pihak MAS tetapi hanya dimaklumkan
dan diuar-uarkan kepada umum setelah selesai sarapan, perut kenyang dan akal
sihat walafiat. Ini mengundang kepada pelbagai spekulasi termasuklah ‘Spekulasi
MH370: CCTV Mengimbas Dajal’. Bagi membantu mengimbas, mengamati dan jangan
seronok, adalah dicadangkan supaya elemen-elemen berikut diambil kira:
- Malaysia adalah negara kaya, maka ia fokus si miskin. Bila kita ada harta, banyak aktiviti dilakukan dan dicemburui.
- Malam adalah masa sesuai melakukan dajal dan siang rehat.
- Komplot memiliki rangkaian dan sistem penerbangan digodam manakala orang awam mencari rezeki halal.
- Pesawat MAS hilang, intai juga pesawat-pesawat yang beroperasi di KLIA.
- Barisan pesawat MAS dan lain-lain di KLIA sukar untuk menentukan kelibatnya.
- MAS milik negara, perniagaannya untung; manakala lain-lain penerbangan milik syarikat, jangan disebabkan misterinya MH370 ada udang disebalik mee.
- Keilmuan kita ditumpukan kepada kebajikan rakyat bukan dajal.
- Kebenaran tidak boleh ditutup, kefasikan akan terbongkar.
- Pelbagai spekulasi kehilangan pesawat MH370 dan lagi lama, banyak isu terungkai.
- Umat Islam, yakin kepada Allah s.w.t. bukan kepada manusia.
Ibarat semut hitam, berjalan di
atas batu hitam, pada malam kelam ditambah pula dengan jerebu. Bagaimana
tuan/puan mengesannya. Boleh kesan tak?
No comments:
Post a Comment