NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 15 June 2014

KECERDIKAN AKAN MEMENANGI PEPERANGAN



Penganalisa politik menyatakan bahawa Iraq kini di ambang peperangan. Ada pula yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) sebagai polis dunia yang mengujudkan pengganas-pengganas di Iraq dan tidak kurang juga beberapa pemerhati politik melihat kewujudan militant dan ekstremis di Iraq itu sehingga kini menguasai bandar kedua terbesar di Iraq, Mosul dan kawasan utara Iraq boleh menggugat negara-negara jiran. Ada agensi berita menyatakan bahawa lelaki misteri mengetuai serangan di Iraq. Benarkah semua itu? 

Sebenarnya, jika diimbas sepintas lalu, Iraq telah lama berperang, sedang berperang dan memang berperang kerana pengisytiharan kemenangan perang sebelah pihak oleh AS tanpa dipersetujui oleh pemerintahan bekas Presiden Saddam Hussein. Maka serangan terbaru daripada pejuang-pejuang itu adalah kesinambungan daripada peperangan yang panjang yang pernah diisytiharkan oleh Presiden Iraq, Saddam Hussein selepas AS menyerang Iraq. Pejuang-pejuang baharu keluar dari persembunyian mereka.

Beberapa hari yang lalu AS telah mengarahkan Armada-Armadanya di kawasan Pasifik jika mereka berada di situ menuju ke kawasan berhampiran dengan Iraq bagi memudah dan mengurangkan kos-kos penyelenggaraan pesawat-pesawat dapat diminimumkan ketika melakukan tindakan di kawasan-kawasan yang hendak disasarkan setelah mendapat isyarat melalui pemantauan satelit atau derun yang imej-imejnya dibesarjelaskan dan jarak sasaran yang wajarannya ditetapkan.

Keupayaan AS menggunakan satelit, pesawat-pesawat peninjau, pegebom, penyerang, derun, helikopter, pengangkut, peluru berpandu dan gabungan keseluruhan persenjataan jarak jauhnya itu diakui hebatnya di samping sekutu-sekutunya daripada NATO dan negara-negara Arab yang boleh dimanipulasikan untuk menanggung bersama kos-kos menggempur musuh-musuh AS dari kalangan pengganas-pengganas, militant-militant dan ekstremis-ekstremis di Iraq, jika AS menganggap mereka sebagai musuh dan kawan jika berlaku sebaliknya.

Jika ditakdirkan AS terlibat secara langsung berhadapan dengan pejuang-pejunag ISIS di Iraq, ia seperti mengulangi peperangan di Afghanistan menentang Taliban selepas peristiwa serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Washington D.C. Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Ada lima perkara misteri dalam tempoh satu setengah dekad itu:-

  1. Sehingga hari ini Amerika Syarikat belum mendapat jawapan misterinya serangan WTC di Washington D.C itu kerana pelakun-pelakunnya semua mati seperti ditunjukkan dalam video melanggar menara bangunan tetapi dalam masa yang sama dibahagian bawah bangunan turut meletup serentak seperti orang pitam rebah kebawah. Yang pastinya selepas peristiwa serangan WTC, AS tergesa-gesa menyerang Afghanistan, negara miskin dibawah pimpinan Taliban dengan menjustifikasikan melalui serangan WTC atas nama pengganas.

  1. Dikhabarkan oleh lidah AS tentera-tentera mereka telah berjaya melakukan serangan kilat hebat kepada Osama bin Laden di kawasan persembunyiannya di rumah terpencil dan membunuh orang tua itu bersama pengawal-pengawalnya. Serangan tersebut terancang setelah menerima maklumat dari risikan. Mayat Osama bin Laden pula dicampak ke dalam laut supaya dimakan oleh ikan.

  1. Selepas beberapa hari setelah Osama bin Laden dibunuh yang mukanya mirip dengan ahli Parlimen Eropah, dikhabarkan lagi penyerang-penyerang yang berjasa kepada AS itu terbunuh ketika mereka diangkut beramai-ramai menaiki helikopter untuk satu tujuan misi dan kesian helikopter mereka meletup di udara kerana kemalangan. Pingat-pingat berjasa, surat penghargaan dan majlis keraian merayakan membunuh bapa pengganas tidak sempat diadakan kepada pejuang-pejuang itu.

  1. Pada peringkat awal serangan AS ke atas Afghanistan, seorang lelaki misteri dikatakan memimpin Taliban yang menguasai Afghanistan kerana tidak diketahui siapa orangnya. Selepas beberapa tahun baharu dikenali lelaki tersebut adalah Mullah Omar. Walau bagaimanapun sehingga kini gambarnya yang jelas masih misteri. Selepas bertukargantinya beberapa orang Presiden Amerika Syarikat, dan kini Barack Obama, Mullah Omar masih hidup dan berpengaruh, gerakannya tersusun dan pada bila-bila masa boleh bertindakbalas ke atas musuh-musuhnya.

  1. Kini, di Iraq, dilapurkan seorang lelaki misteri mengetuai serangan yang tidak diketahui siapa orangnya, daripada mana asal-usulnya dan izzah yang dimilikinya. Apakah melalui lelaki misteri itu AS akan mengalami nasib yang sama seperti di Afghanistan ketika berhadapan dengan Taliban atau AS menunjukkan kecemerlangannya tanpa bantuan negara sekutu kerana kawasan Iraq telah, dalam peta mindanya, keluasan kawasanya dan seluk belok tanahnya difahami kerana ia pernah menakluki Iraq beberapa tahun? Tentera-tentera Veteran perlu dipanggil semula membantu merungkai masalah terkini supaya dapat ditamatkan dengan segera militant tidak dikenali itu.

Dalam strategi peperangan, Amerika Syarikat tidak akan melakukan serangan secara solo ke atas pejuang-pejuang misteri yang hebat itu, kerana jika berlaku juga dan ditakdirkan AS berseorangan menyerang pejuang-pejuang singa itu, AS akan menerima padah seperti yang pernah dialami oleh Kesatuan Soviet apabila menyerang Afghanistan secara bersendirian, yang akhirnya, Kesatuan Soviet tumbang. Kesannya Kesatuan Soviet berpecah. Mengambil daripada semangat dan peristiwa tersebut, kini Rusia, berhati-hati dalam urusan menentang manusia-manusia misteri yang tidak diketahui asal-usulnya.

Peperangan AS dengan saki baki tentera Saddam Hussein, walaupun dalam keadaan mereka kekurangan peralatan persenjataan, mereka tidak mengaku kalah, sama seperti Taliban di Afghanistan dikatakan kalah, tetapi sehingga kini masih menyengat dan sekali-sekala memusnahkan sasaran dan mengucar-kacirkan musuh-musuhnya. Semasa catatan ini direkodkan, tentera-tentera Iraq pimpinan Nouri Al-Maliki lari lintang-pukang daripada pos-pos mereka dan menyelinap menjadi orang awam apabila berlaku serangan oleh pejuang-pejuang ISIS.

Hari ini, AS sedang dihasut untuk berperang di Iraq, diperhatikan oleh sekutu-sekutunya kerana secara tersuratnya mereka menyokong serangan ke kubu-kubu militant yang kini sedang mengganas tetapi sekutu-sekutu AS berfikir dua kali untuk menghantar tentera kombat di medan pertempuran. Manakala pejuang-pejuang misteri pula ingin menuntuk dikembalikan hak-hak mereka yang telah dirampas apabila Iraq diserang oleh AS bersama pakatannya yang mengeroyok Iraq semasa dipimpin oleh Saddam Hussein ketika itu. Walaupun Saddam Hussein pada ketika itu bersetuju dan bekerjasama untuk perlucutan senjata pemusnah besar-besarannya; tetap juga diserang apabila rahsia-rahsianya diketahui, musuh-musuhnya pula bersekongkol menjatuhkannya maka Iraq diserang habis-habis tanpa belaskasihan.

Pejuang-pejuang ISIS, pejuang-pejuang misteri, pejuang-pejuang singa telah keluar dari persembunyian mereka, pejuang-pejuang bekas tentera Saddam Hussein, pejuang-pejuang Kurdis dijangka bergabung menghadapi ketumbukan tentera AS di Iraq. Maka suasana perjuangan di Iraq dijangka akan berpanjangan.

Dalam tempoh yang sama keadaan di Ukraine dan Laut China Selatan akan berkurangan provokasinya kerana AS terpaksa menghadapi pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis di Iraq, kerana jika lambat ditangani dikhuatiri minyak daripada Iraq tidak menitik ke AS, dan perkara tersebut akan mengusarkan AS di samping suasana ekonomi dunia yang kini tidak menentu dan melalui jalan sukar pada masa hadapan.

Jika ditakdirkan juga AS dan sekutu-sekutunya, terlibat peperangan di Iraq ia terpaksa membayar harga yang mahal dengan pengarahan tentera dan kerahan-kerahan paksaan kepada rakyatnya untuk berkhidmat kepada negara seperti yang berlaku di Vietnam untuk memerangi pengganas-pengganas misteri yang dikehendaki di Iraq.

Apabila AS memulakan peperangan melalui serangan jarak jauh; bom lari, tembak dari udara, peluru berpandu dan derun. Ia tidak menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan meningkatkan pengaruh pengganas-pengganas, kerana rakyat tempatan bersimpati dan akan bangkit mengangkat senjata bersama militan. Akhirnya AS akan rugi.

Untuk memenangi peperangan, AS mesti mengarahkan tenteranya berperang di darat berhadapan dengan pengganas-penganas seperti singa itu, setelah mereka bertapa dan keluar daripada persembunyiannya. Selepas ini kita nak lihat siapa lelaki jantan di Iraq.

Diandaikan AS memenangi peperangan dengan pejuang-pejuang ISIS ia juga dalam keadaan sukar kerana berada di tengah-tengah antara Syria dan Iran, yang dilabelkan oleh AS sebagai paksi kejahatan dan terlibat secara tidak langsung dalam provokasi di Syria.

Walau bagaimanapun, sekiranya AS berpakat dengan pejuang-pejuang ISIS suatu scenario politik yang berbeda akan berlaku. Kita tunggu dan lihat, bagaimana mencorakkan masa depan Iraq yang menarik sejarahnya.

Kecerdikan akan memenangi peperangan.  






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”