Sinaran matahari
menjanjikan ketaatan. Kesetiaan. Keceriaan. Menyerlah keterangan,
membongkar kemunafikan, menyuluh penipuan, menjelaskan kesamaran yang
diwujudkan oleh wajah-wajah yang sinonim dengan pendustaan dan
keingkaran, kerana kononnya membicarakan sesuatu kebenaran yang
akhirnya akan dileburkan atas nama menentang pengganas-pengganas,
militant-militant dan ekstremis-ektremis oleh pejuang-pejuang
keadilan dan kesejahteraan.
Matahari tidak pernah
menipu manusia kerana kezahirannya memberi manfaat kepada semua
makhluk. Tidak berdusta dalam kehidupan, meremeh-remehkan nyawa
manusia terbilang, lalu bersekongkol dengan peminta-peminta sedekah
yang mengisi perut-perut mereka hasil penipuan, perampasan,
peragutan, perompakan dan pembunuhan untuk merebut hasil mahsul bumi
merdeka.
Lalu berlakulah
pengeroyokan dengan mengajak konco-konco bersama-sama menentang
bahayanya pengganas-pengganas, militant-militant dan
ekstremis-ektremis yang berkubang di bumi yang subur itu, kepada
penduduk asal bumi melalui persekongkolan oleh manusia-manusia
munafik yang dahagakan hasil mahsul bumi merdeka.
Dalam catatan rekod,
ada beberapa kawasan yang pernah dilakukan perlanggaran peraturan
bagi merai kejayaan, merampas negara tersebut kerana hasil buminya
subur, antaranya:-
- Mongul pernah melakukan serangan ke kawasan-kawasan Asia Tengah untuk melakukan, merebut kawasan dan perluasan empayar merentasi sempadan daripada kawasan pergunungan turun ke lembah-lembah merembat kawasan dan harta-harta yang terdapat di kawasan ditakluki itu. Walau bagaimanapun, perluasan kuasa mereka terhalangan dengan bermunculannya pahlawan-pahlawan Islam terbilang mempertahankan negara. Mereka sedang tidur dikejutkan, menyingalah mujahid-mujahid itu. Perluasan kuasa mongul terbantut, dan anak cucunya pula bangkit dengan memeluk Islam dan membina empayar kemudiannya. Kegemilangan Islam terpancar selepas itu.
- Amerika Syarikat membentuk negara merdeka setelah melalui peperangan, revolusi dan persefahaman di kalangan suku bangsa yang menghuni negara tersebut. Sebelum terbentuknya Amerika Syarikat pendatang-pendatang daripada Eropah terpaksa melakukan revolusi secara drastik dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai kepada penduduk asal. Tujuannya supaya dapat menakluknya dengan selesa. Menurut rekod dalam tempoh sebulan sejuta nyawa penduduk asal dibunuh bagi memudahkan wujudnya negara merdeka, setelah melalui peristiwa-peristiwa sukar maka penyatuan dilakukan dengan terbentukannya negara bangsa.
- Kewujudan Israel adalah hasil persekongkolan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu melalui PBB yang boleh dimanipulasi menurut keadaan semasa dengan; menyekat, menghalau dan membunuh anak-anak watan Palestin dan kawasan-kawasan sempadannya untuk merebut negara tersebut dijadikan penempatan kaum Israel yang terpisah-pisah disebabkan oleh pelbagai faktor, tentang sejarah mereka, banyak dicatatkan di dalam Al-Quran. Ajaran-ajaran ketauhidan menjadi topek perbincangan diturunkan kepada mereka termasuk nabi-nabi paling ramai dari kalangan kaum Yahudi untuk menerangkan ajaran Islam. Suatu kaum yang cerdik, degil dan mementingkan komunitinya.
Manusia munafik akan
melagu-lagukan lirik-lirik yang membuai-buai perasaan dan akal sampai
ke tahap individu yang mendengarnya terlena dalam pelukan kesayuan
yang mendambakan. Bagi meyakin dan memberi nilai tambah kepada
kebuaian perasaan, maka dipancarkan bersamanya gambar-gambar menarik
bagi menerangkan maksud bait-bait lagu-lagu tersebut supaya lebih
meyakinkan melalui visual-visual pandang dengar, lakunan-lakunan,
objek-objek, suara-suara dan muzik-muzik supaya tersentuh perasaan.
Matahari taat kepada
tuannya, Allah Rabbul Jalil. Ketaatannya seratus peratus. Ia menurut
perintah, taat setia, ikut arahan, patuh pada undang-undang dan ia
tidak akan berganjak daripada kedudukannya selagi tuannya tidak
memberi arahan yang wajar dilakukan. Kerana kesetiaannya adalah
mutlak. Hamba yang setia kepada tuannya. Tetapi hamba yang telah
dimerdekakan akan menentang tuannya, tuan yang menciptanya kerana
manusia mudah lupa. Manusia adalah makhluk yang hebat pada zahirnya
dan kosong pada diri batinnya.
Kemunafikan,
persekongkolan, berpakatan melakukan kejahilan, menyembunyikan
sesuatu kebenaran sedangkan perkara tersebut diketahui,
mencampuradukkan antara kebenaran dan kebatilan. Maka, sifat
kemunafikan itu menyenangkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.
Hasil dari
persekongkolan melahirkan golongan-golongan; pengganas-pengganas,
militant-militant dan ektremis-ektremis yang berselindung atas nama
keamanan dan kebebasan kerana di dalam dirinya ada sifat kemunafikan,
antaranya:-
- Pengganas-pengganas telah melakukan serangan-serangan di WTC Amerika Syarikat dengan perancangan rapi. Menakjubkan. Hebat.
- Susulan daripada aktiviti pengganasan di WTC Amerika Syarikat lalu dimanfaatkan oleh pengganas di sebelah timur benua dengan melakukan rompakan senjata di kem tentera Grik Perak, sehingga memukau senyap mengnganga dengan melarikan senjata selori dalam tempoh lima minit. Hebat.
- Melihat kejayaan pengganas-pengganas di WTC dan kem tentera Grik, melalui pengalaman pengganasan, dilakukan lagi keganasan-keganasan di Lahad Datu, Sabah. Dengan menggunakan kuasa halimunan dua bulan sebelum pembubaran Parlimen Malaysia, ia wujud dengan melakukan aktiviti keganasan dan sebulan sebelum pencalunan pilihanraya ditetapkan tiba-tiba ghaib, tidak dapat dikesan seperti jerebu datang dan pergi. Hebat.
- Setelah melalui pengganasan di WTC Amerika Syarikat, kem tentera Grik, Perak dan Lahad Datu, Sabah, dan belajar dari penggalaman peristiwa-peristiwa pengganasan-pengganasan di tiga lokasi tersebut ( sebenarnya banyak lagi cuma tiga peristiwa itu dijadikan contoh perbandingan ), mereka melakukan lagi keganasan dengan membuat dajal melari dan menyorok pesawat MH370. Bersama pesawat itu terdapat 239 nyawa manusia dan tidak dapat dipastikan sama ada dajal termasuk di dalam 239 orang itu atau berlaku penyusupan kerana dajal-dajal itu golongan halimunan. Ia boleh mengubah wajah; memek muka, sedih, gembira, riang, ceria, serabut, garang, ganas, menangis, simpati dan membunuh diri. Keajaiban MH370 tidak diketahui kerana makhluk manusia diberi mata lalu dibutakan, diberi pendengaran lalu dipekakkan, diberi mulut lalu dibisukan, maka ramailah makhluk menjadi syaitan-syaitan: syaitan buta - syaitan pekak - syaitan bisu. Hebat.
Dajal-dajal.
Bertaubatlah. Ikut ajaran Islam yang akan memercu martabat umat.
Jangan jadi pengganas-pengganas, militant-militant dan
ektremis-ektremis, sebagai contoh ikutan seperti yang dilakukan di
empat lokasi di atas. Jadilah umat yang bertamadun. Jangan jadi
pengganas yang diperangkap oleh pengganas. Akhirnya pengganas dan
pengganas-pengganas mengganas berbunuhan sesama pengganas-pengganas
kerana berebut duit-duit fakir miskin, lalu menjadi mangsa adalah
golongan fakir miskin. Jangan mudah diugut. Islam adalah kekuatan.
Manakala insan-insan
mulia memerhati gelagat pengganas-pengganas, militant-militant dan
ektremis-ektremis di seluruh pelusuk alam. Insan mulia bila bangkit
membela kebenaran mereka tidak bersekongkol dengan kemunafikan.
Persekongkolan munafik
adalah pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis.
Katakan ya jika anda
bukan orangnya.
Selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment