NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 8 June 2014

QUEEN ELIZABERTH II MENARIK PERHATIAN



Hari memperingati perang dunia kedua dikenali dengan D-Day dituanrumahkan oleh Perancis dengan dihadiri oleh pihak-pihak yang pernah terlibat dalam peperangan tersebut sama ada oleh pihak kuasa-kuasa bersekutu terdiri daripada negara-negara Komanwel, United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Kesatuan Soviet dan China serta sekutu-sekutunya atau/dan berhadapan dengan pakatan kuasa-kuasa paksi terdiri daripada negara-negara Jerman, Itali dan Jepun serta sekutu-sekutu mereka. Peperangan telah memusnah nilai kemanusiaan dan ketamadunan. Setelah peristiwa tersebut berlaku maka wujudlah beberapa negara mempersiapkan diri dan memiliki teknologi pemusnah besar-besaran yang diakui hebatnya seperti yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, Britain dan beberapa negara lain.

Pada hari D-Day yang diraikan pada 6 Jun 2014, sehari lebih awal, sempena meraikan hari penetapan Keputeraan Yang Di-Pertuan Agung Malaysia, Dirgahayu Tuanku, telah juga menjemput para tentera veteran yang terlibat dalam peperangan tersebut, sama-sama meraikan sempena mengenang berlalunya 70 tahun peperangan tersebut. Para veteran memakai pakaian yang disediakan menurut rekabentuk corak warna yang pernah menjadi pakaian seragama tentera pada ketika itu. Tidak dilupakan juga memampangkan pingat-pingat dan pangkat disisipkan dibaju para veteran yang telah berjasa kepada negara tercinta.

Para koresponden daripada pelbagai sumber maklumat berita telah mengadakan sesi temuramah mengimbau kembali tentang pengalaman para veteran ketika tahun-tahun yang sukar 1944. Lalu berceritalah orang tua-tua itu tentang pahit maung hidup yang dialami ketika semasa dan setelah berakhir peperangan tersebut. Sungguh menghibakan cerita mereka.

Yang menjadi fokus catatan ini ialah tentang comelnya Queen England Elizaberth II, Raja Britain, daripada jarak jauh telah dapat dilihat kelibatnya berbanding dengan tetamu-tetamu yang hadir pada hari itu termasulah tuan rumah. Kenapa? Kerana pakaiannya berwarna hijau muda menyerlah dan menyerikan di tengah-tengah kelompok ribuan jemputan yang berpakaian bush jaket hitam dan di dalamnya berlapiskan baju berwarna putih bertali leher. Mengapa mereka berpakaian sedemikian? Kerana ia pakaian rasmi. Suasana dan kawasanya pula sejuk.

Di negara kita juga ada yang berpakaian bush jaket hitam dan di dalamnya berlapiskan baju berwarna putih bertali leher. Mengapa mereka berpakaian sedemikian? Kerana pakaian rasmi. Suasana dan kawasannya pula panas.

Tahniah kepada semua yang meraikan dan mengenang kembali peristiwa tahun 1944, termasuklah saya berkesempatan mengikutinya melalui siaran televisyen secara langsung yang dipancarkan dari Perancis, negara yang hebat.

Semoga Allah s.w.t. memberkati golongan ikhlas dan benar dalam tindakannya.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”