“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu)
tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk
menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan
kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai
Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum
kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang
pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari
pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)."
( Al-Quran surah An-Nisaa’ ayat 75 )
“Dan apabila mereka mendengar Al-Quran
yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka
mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka)
dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami
beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah
kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi
Muhammad s.a.w).” (Al-Quran surah
al-Maidah ayat 83 )
Islamic State of Iraq and Syam
(ISIS) atau pejuang-pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam telah
membuktikan tentang kehebatan mereka di medan lapangan berhadapan dengan
tentera Iraq pimpinan Nouri Al-Maliki dan tali-barutnya di medan pertempuran
semasa bermulanya menyambut Nifsu Syaaban 1435H, pihak ISIS dan sekutunya telah
melakukan serangan mengejut sehingga menguasai utara Iraq dan sempadan
Iraq-Syria menjadi taklukan kawalan
mereka. Suatu scenario yang sukar difikirkan oleh pemerintah Iraq dan
sekutu-sekutunya. Bagi golongan cerdik ia perkara biasa, bahkan ia boleh
menguasai seluruh alam. Persoalannya bagaimana mereka melakukannya?
Apabila ISIS melakukan
penggempuran di kawasan-kawasan tentera Iraq, suatu kejutan berlaku dengan
kehadiran pejuang-pejuang singa berpakaian hitam amat menggerunkan, menjadikan
tentera-tentera Iraq dalam keadaan kelam-kabut, terperanjat dan ketakutan
sehingga dikhabarkan tentera-tentera Iraq lari lintang-pukang dan membuang
pakaian tentera mereka dengan menukar kepada berpakaian awam.
Semasa serangan Amerika Syarikat
ke atas Iraq, dibawah pimpinan Saddam Hussein, pengeboman dan tembakan peluru
berpandu bertalu-talu tanpa henti,
beribu-ribu tan bahan ledakan terpaksa digunakan untuk memecahkan kekuatan tentera Iraq ketika itu, serangan tentera darat melalui sekutu-sekutu yang
diselaraskan, persekongkolan tali-barut di dalam Iraq dan sekatan pelbagai
sekatan dikenakan untuk melumpuhkan ekonomi dan persenjatan Iraq tetapi itu pun
sukar untuk dikalahkan untuk tempoh sebulan. Manakala ISIS walaupun miskin
tetapi berjiwa besar dapat menawan utara Iraq yang kaya dengan minyak hanya
dalam tempoh seminggu sahaja. Hebat. Hebat.
Bagi menyeronokkan hati dan
perasaan yang terluka maka ditunjukkan gambar-gambar merekrut
sukarelawan-sukarelawan yang jumlahnya boleh dihitung bagi mempertahankan
Baghdad dari kemaraan ISIS yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Footage-footage latihan dan berlatih menembak kepada sukarelawan dengan
gagahnya dan imej-imej serangan udara yang melakukan serangan dikatakan tempat persembunyian
ISIS menepati sasaran. Hebat. Hebat.
Ditunjukkan juga pejuang-pejuang
dari Iran berbondong-bondong ingin menyertai kerahan tentera, pertunjukan
perarakan ketenteraan dan antara pejuang-pejuang Iran itu ada juga yang
berpakaian hitam yang menggerunkan seperti yang dipakai oleh ISIS. Mereka pula
berikrar akan mempertahankan Iraq. Hebat. Hebat.
Lalu, negara-negara lain dari
Kesatuan Eropah terbelalak mata melihat situasi ISIS itu walaupun hanya
mengetahui melalui perkhabaran, dan disahkan oleh pimpinan Nouri Al-Maliki.
Maka mereka pun memanggil mesyuarat bagi membincangkan tentang isu-isu
berkaitan ISIS, Syria dan Ukraine. Bagaimana menggunakan strategi yang sesuai,
kaedahnya dan ketika perlu digunakan bagi mendapat manfaat daripada peristiwa-peristiwa
di negara-negara terbabit. Yang penting menggunakan kaedah SWOT. Hebat. Hebat.
Dalam masa yang sama Israel
mengambil peluang menyerang Bukit Gholan dengan alasan-alasan yang remeh tidak
ada kewajarannya. Tetapi bagi strategi ketenteraan, ia bagi menyiapsiagakan
orang-orang Israel dalam keadaan bersedia pada bila-bila masa untuk kerahan
ketenteraan. Dengan itu penduduk Israel tiada alasan untuk menolak dan
melarikan diri daripada kerahan tenaga untuk ketenteraan. Kita hendak lihat
setakat mana permainan Israel kerana singa-singa masih tidur. Jangan kejutkan
mereka. Hebat. Hebat.
Ketika catatan ini disediakan,
tentera-tentera Iraq berharap Amerika Syarikat melakukan serangan udara kepada
ISIS dan penghantaran beribu-ribu pejuang-pejuang Iran bagi membantu
tentera-tentera Iraq menentang ISIS yang miskin tetapi berhati singa. Apabila
kerahan tentera Iraq dan pejuang-pejuang Iran bertempur di perbatasan yang
gersang menghadapi ISIS maka kita akan lihat pihak mana yang akan diserang oleh
pesawat-pesawat AS dan peluru berpandunya. Walaupun peluru-peluru dipanduselia
tetapi ia fobia dengan istilah paksi kejahatan, yang akhirnya sama ada
muncungnya terarah kepada tentera gabungan yang dituduh oleh AS sebagai paksi
kejahatan atau tentera Syria yang diasak oleh pejuang-pejuang. Siapa yang
terkena bedilan? Yang pastinya senjata kimia Syria akan ditaburkan lagi apabila
keadaan mendesak tetapi pada ketika itu sukar untuk dinyatakan strategi
pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan pelbagai penjuru.
Kerana kecerdikan akan memenangi peperangan.
Kerana kecerdikan akan memenangi peperangan.
ISIS kini sedang berkubu di utara
Iraq dan sepanjang sempadan Iraq-Syria. Mereka pula berikrar akan mara ke
Baghdad untuk mempastikan bahawa ISIS - Islamic State of Iraq and Syam menjadi
kenyataan. Adakah Iraq dan Syria dapat dicekup serentak? Atau cekup Syria
dahulu kemudian Iraq atau cekup Iraq dahulu kemudian Syria. Yang penting
kedua-duanya akan dicekup. Maka bendera ISIS berkibar-kibar di dua jajahan yang
terpisah dan dicantumkan semula menjadi satu dikenali sebagai ISIS. Apabila dua
negara ini menyatu maka suatu scenario politik akan berbeza di timur tengah.
Maka pasaran saham akan berubah-ubah; menokok atau menyusut.
Sepintas lalu suasana di Asia
barat:
Israel: Israel mengambil peluang
di atas pergolakan di Syria dan Iraq dengan mengarahkan tentera Israel mengebom
dan menyerang Bukit Gholan. Pada ketika ini Israel menang kerana tiada
tentangan. Melakukan pengebomanan dahulu, sebelum tentera darat dikerahkan ke
sana. Pada ketika ini Israel tidak dicabar secara mutlak kerana pihak-pihak
bersengketa sibuk bertempur antara mereka: pejuang-pejuang dengan tentera
Assad. Israel akan menerima cabaranya apabila pejuang-pejuang menghalakan
senjata mereka kearah Israel, jika Israel mencabar mereka. Pihak-pihak terlibat: Israel,
Syria, pejuang-pejuang dan manakala Hezbollah bersiap siaga.
Mesir: AS melalui Setiausaha Negara, John Kerry
telah mengunjungi pemerintah rampasan kuasa tentera untuk meluluskan bantuan
ketenteraan berjumlah USD650 juta supaya jalinan persahabatan yang sedia wujud
berkekalan bagi menghadapi dan mengekang militant-militan, pengganas-pengganas
dan ektremis-ektremis.
Syria: Pertempuran sengit berlaku
dipelbagai medan antara tentera Assad yang disokong oleh Hezbollah dan Iran
menghadapi pejuang-pejuang pelbagai nama. Pejuang-pejuang kurang agresif kerana
mereka menggunakan senjata ringan, senjata yang diubah suai dan hasil ghanimah.
Pihak-pihak terlibat: tentera Assad, pejuang-pejuang Iran, Hezbollah menentang
pejuang-pejuang gabungan.
Iraq: Hasrat tentera Iraq
melakukan serangan balas kepada ISIS terbantut kerana masih menunggu bantuan
serangan udara dari AS dan tentera darat dari Iran. Jika AS dan Iran telah
menghulurkan sumbangan maka pengerahan tentera darat besar-besaran akan dilakukan oleh tentera Iraq. Pihak-pihak terlibat ketika ini antara tentera Iraq
dan ISIS.
Kurdis: Pihak Kurdis walaupun
mempunyai kuasa outonomi tetapi mereka akan menyebelahi pihak yang tidak
menjejaskan kepentingan mereka di rantau tersebut sama ada oleh pemerintahan
Iraq atau oleh ISIS. Mereka masih memiliki kekuatan yang minimum.
ISIS: Pejuang-pejuang ISIS diakui
oleh pemerintahan Iraq dan AS telah menguasai utara Iraq. Cengkaman mereka
cukup tajam. Jika tiada aral melintang bayang-bayang Baghdad sedang dalam minda
mereka maka ibarat peribahasa sirih pulang ke gagang. Kuasa
pemerintahan yang dirampas oleh AS dan sekutunya daripada pemerintahan Saddam
Hussein sedang dalam proses diambil balik. Jika zaman Saddam Hussein, tenteranya telah
berpecah dan melakukan persiapan tetapi kini ISIS adalah manusia-manusia yang
tidak takut mati. Nak lawan orang tak takut mati. Silakan.
Scenario di Iraq amat menarik
kerana ia bukan hanya berlaku di Iraq tetapi berpaut dengan Syria yang menjadi
inspirasi kepada kewujudan ISIS. Manusia yang memiliki cita-cita dan ia
bertekad merealisasikan cita-cita murni itu, Allah s.w.t. akan memperkenankan
hajat mereka, sebaliknya manusia dungu yang mengharapkan hidup untuk makan
sahaja akan mendapatkan hasratnya itu. Manusia yang tiada keazaman seperti
orang mati sebelum mati.
Jika para strategi dan otak
bergeliga ISIS dapat memerintah Iraq dan Syria, mereka pula menyusun gerakan
bersifat kontemporari meluaskan kawasan kawalan, manakala tempat-tempat dikuasai oleh mereka dapat dipertahankan
dan menggempur saki-baki penentang, maka adalah sukar untuk melumpuhkan mereka.
ISIS yang boleh menguasai utara
Iraq dalam tempoh seminggu menjadi persoalan media masa,
penganalisa-penganalisa gelagat manusia, pakar-pakar ketenteraan dan
pakar-pakar strategik, kaedah yang
digunakan oleh ISIS merai kejayaan sebegitu mudah.
Selepas ini para pencatur dunia
keamanan ingin melihat keutamaan pilihan antara:-
1. Mempertahankan
pemerintahan Iraq yang lemah tetapi senang dibuli
Atau
2. Membuat
persefahaman dengan ISIS.
Selepas ISIS menguasai Utara Iraq
dan Syria ia boleh membuat persefahaman sama ada dengan Amerika Syarikat atau Rusia atau negara-negara sahabat jika diandaikan
bahawa negara-negara tersebut tidak terlibat secara terang-terangan menyerang
mereka dan tidak bersikap permusuhan.
Menjadi lumrah bahawa ada
pihak-pihak yang tidak mendapat apa-apa manfaat dari kejayaan ISIS, akan
membuat pelbagai tohmahan, melontarkan pandangan negatif dan melakukan
provokasi. Pada akhirnya mereka akan rugi kerana permusuhan yang berlaku
sebelah pihak.
Sebab itu nyawa manusia perlu
dipelihara sama ada nyawa itu penyokong
atau tidak. Yang penting mereka tidak menentang yang melibatkan pembunuhan atau nyawa terancam. Perbedaan pandangan hanya
berlaku dari segi fahaman politik sahaja. Kerana nyawa itu berharga. Jika ada
beranggapan bahawa nyawa orang lain tidak berharga, maka akan bangkit manusia
berhati singa mempertahankan nyawa, maruah dan tanah air mereka. Mereka itulah
insan mulia.
Kita berharap selepas ini tidak ada mana-mana negara yang akan tumbang,
runtuh dan porak-peranda kerana terlibat secara langsung menafikan hak-hak dan nyawa orang
lain. Mereka-reka cerita dongengan. Negara yang diberkati menghargai
nyawa manusia lain sebagaimana ia menghargai nyawanya sendiri. Kita berharap
selepas ini dajal yang melari dan menyorok MH370 bertaubat. Taubatlah sebelum
terlambat.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah
kami keimanan yang benar dan keimanan yang tidak ada kekufuran sesudahnya. Dan
berilah kami rahmat yang dengannya dapat memperolehi kemuliaan KaramahMu di
dunia dan di akhirat.
Ya Allah Dzat yang hidup, yang
berdiri sendiri, yang mencipta langit dan bumi, yang memiliki keagungan dari
kemurahan, sinarilah hati kami dengan cahaya makrifatMu.”
No comments:
Post a Comment