NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 10 August 2014

AL-IKHWAN AL-MUSLIMIN MENYINAR



Al-Ikhwan al-Muslimin melahirkan ramai tokoh-tokoh yang hebat berwibawa bukan sahaja sejak penubuhannya oleh As-Syahid Hassan al-Banna tetapi sehingga hari ini, di bawah pimpinan Mursyid Am, Muhammad Badi’ Al-Majid Sami, yang kini di penjarakan oleh penguasa rampasan kuasa tentera Mesir. Ketokohan al-Ikhwan al-Muslimin mengepalai kepimpinan kerajaan Mesir terbantut apabila berlaku komplot merampas kuasa dengan menggunakan kuasa tentera yang dilantik oleh Presiden Mesir, Dr. Muhamed Mursi, Kepada Abdel Fattah al-Sisi, belot dan bersekongkol dengan dajal. Hampir semua pimpinan al-Ikhwan al-Muslimin ditangkap, dipenjarakan dan dikenakan hukum kerana menjalankan pentadbiran telus dan bertanggungjawab termasuklah Presiden Mesir, Dr. Muhamed Mursi.  

Manakala al-Sisi dan komplotnya termasuk Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiria Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang menyokong dengan menyalurkan bantuan kewangan secara terbuka, belum menerima balasan di atas kedurjanaan mereka itu.

Manakala ahli-ahli al-Ikhwan al-Muslimin bukan sahaja diperlakukan sebagai rakyat kelas dua, tetapi pengikut-pengikutnya  dimusuhi dan  ditembak mati oleh penembak tepat ketika berlakunya demontrasi aman di seluruh Mesir yang mengorbankan ramai mangsanya.

Scenario seperti itu tidak akan berlaku dan berulang lagi di Mesir pada masa akan datang. Ia mesti dihentikan. Golongan bertamadun tidak akan melakukan pembunuhan membuta tuli seperti yang dilakukan oleh Israel menyerang Gaza Palestin,  secara membabi buta termasuklah mengebom tandas-tandas awam, jalan-jalan raya, bangunan-bangunan kosong, bilik-bilik tidur, ruang rehat orang tua-tua, dan taman-taman permainan kanak-kanak. Itu menunjukkan bahawa Israel tidak memiliki kemahiran berperang, membazir peluru kerana dapat geran tahunan percuma dari AS.

“Tabur sahajalah peluru itu, begitu ya kerana percuma.”  Jika itulah yang ditonjolkan oleh Israel kepada pejuang-pejuang Hamas dan ditonton oleh warga antarabangsa dengan menyatakan bahawa Israel telah menyasarkan kawasan yang sewajarnya, sebenarnya ia tersilap. Israel kena belajar lagi dari AS bagaimana cara-cara bertempur kerana ‘anak jantan’ yang berada di sekitar Palestin belum melakukan rentas sempadan, termasuk untuk melangkah kaki memasuki Tel Aviv. Israel tunggu sahaja. Kalau nak mencabar lagi.

Israel jangan takut. Jangan takut kerana anak jantan tidak akan merentas sempadan, dan selepas ini, jika dicabar lagi, Insya Allah, Israel akan melihat dengan dua biji matanya, tidak terfikir oleh akalnya dan mendengar dari dua cuping telinganya. Ia akan menjadi igauan selama-lamanya.

Hari ini, Mesir diperintah oleh komplot dajal dengan menonjolkan  tentera yang merampas kuasa dan digimikkan pula dengan pilihanraya persiden seolah-olahnya merai sokongan minoriti, dari contengan kertas-kertas yang ditokok tambah untuk  meningkatkan peratusan nombor-nombornya. Meletakkan diri sebagai penguasa yang menerima sokongan dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emiria Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang menyalurkan  bantuan berbilion dolar untuk mengaktifkan ekonomi yang kurang memuaskan. Tak apalah, bagi ia makan dahulu. Makan kenyang-kenyang ya.

Kini pengganas-pengganas, militant-militan dan ekstremis-ekstremis seperti mara menuju meruntuhkan komplot-komplot dajal dan kemunafikan. Ia seperti kemestian bukan sahaja di Palestin, Iraq dan Afghanistan tetapi merebak ke selatan Ukraine sehingga pesawat MH17 menjadi mangsa tembakan puak-puak berkomplot di sana. Itu adalah kisah insan mulia menjadi mangsa golongan dajal.

Demikian juga, pesawat MH370, disorok dajal. Semua pesawat-pesawat yang terlibat dan mengalami kemalangan dalam tempoh 8 Mac 2014 hingga 6 Ogos 2014, seperti pesawat TransAsia di Taiwan, pesawat Air Algerie di Algeria, pesawat MH17 di Donetsk, dalam tempoh 24 jam dapat dikesan. Bukan sahaja dapat dikesan tetapi serpihan dan cebisan-cebisan rangkanya juga turut ditemui termasuk kotak berwarna merah keramat dikenali: ‘Kotak hitam’, tetapi pesawat MH370 disorok. Kenapa disorok? Apa motifnya? Dajal sebenarnya pengecut, lelaki pondan. Main sorok-sorok, sembunyi dan lari.

Malaysia   mesti pandai berurusan dengan AS kerana pengalamannya, pernah sebagai Pengerusi Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).



Gunakan kecerdikan dan diplomasi: ‘Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia’.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”