NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 10 August 2014

ISRAEL MEMPERTAHANKAN DIRI




Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam satu kenyataannya di Washington, DC, semasa persidangan AS-pemimpin-peminpin Afrika  (US-Africa Leaders Summit) 2014 Washington DC, telah melontarkan pandangan bahawa Israel berhak mempertahankan diri dari serangan pejuang-pejuang Hamas terutama apabila pejuang-pejuang Hamas bertindak balas menggempur tentera Israel yang menceroboh Gaza Palestin, bermula pada 8 Julai 2014, beralasan kerana 3 rakyat Israel telah dibunuh. Siapa pembunuh rakyat Israel itu tidak diketahui tetapi Israel membuat tuduhan bahawa kematian rakyatnya itu angkara musuh-musuhnya lalu Israel  mengarahkan kekuatan angkatan tenteranya menceroboh Gaza Palestin, dengan dimulakan pengeboman udara dan melancarkan peluru berpandu ke Gaza Palestin.

Persoalannya mengapakah Israel menggunakan alasan 3 rakyatnya terbunuh untuk menceroboh Gaza Palestin? Jawapannya kerana Israel sombong.

Alasan yang tepat ialah pemerintah Israel tidak selesa tenterannya bersembang-sembang di kem tentera, makan sedap-sedap, tidur lena, boleh menziarahi keluarga di luar kem, berjumpa dengan couple, cium pasangan, berpeluk-pelukan, tidur, bawa makan dan bersiar-siar, dan perasaan tentera Israel tenang kerana aman damai tiada peperangan. Ketidakselesaan pemerintah Israel kepada tenteranya itu, lalu diarah untuk menceroboh Gaza Palestin, supaya rakyatnya yang hidup aman damai itu dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas. Kesian tentera Israel mati.

Dalam tempoh pertempuran selama 28 hari peperangan, Israel menceroboh Gaza Palestin, maka tersebar di laman siber satu batalion tentera Israel kena ’ambush’ oleh pejuang-pejuang Hamas yang gagah berani itu, pejuang-pejuang yang tidak takut mati, panggilan syahid memanggi-manggil mereka, roh-roh syuhada bersama pejuangan mereka. Itu faktanya.

Menurut rekod Israel dan Hamas; tentera Israel mati hampir 500 orang. Manakala orang awam Gaza Palestin, hampir 2,000 orang terkorban. Ini menunjukkan bahawa nisbah tentera Israel mati berbanding orang awam Gaza Palestin, terkorban, bernisbah pada kedudukan 1:4. Suatu angka yang besar bagi tentera Israel, yang kaya sombong.

Manakala, jumlah korban kepada pejuang-pejuang Hamas tiada maklumat dilaporkan sama ada oleh pihak Hamas atau pemerintah Israel. Ada khabar menyatakan bahawa pejuang-pejuang Hamas syahid kurang dari 100 orang. Jika benar perkhabaran di medan peperangan itu,  menunjukkan bahawa nisbah syahid pejuang-pejuang Hamas berbanding dengan tentera Israel yang mati dengan kedudukan nisbah, 1:5, jauh lebih tinggi daripada yang difikirkan oleh penganalisis-penganalisis ketenteraan jika dibandingkan peralatan persenjataan yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak; pejuang-pejuang Hamas dan tentera Israel.

Maka benarlah kenyataan Barack Obama bahawa Israel menceroboh Gaza Palestin, mempertahankan diri daripada dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas, yang merindui kesyahidan itu. Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada pejuang-pejuang Hamas apa yang mereka hajati.

Perbandingan persenjataan antara tentera Israel dengan pejuang-pejuang Hamas:-


  1. TENTERA ISRAEL

  1. Peralatan canggih dan terkini.
  2. Pesawat tempur udara dan helikopter.
  3. Peluru berpandu berkuasa tinggi.
  4.  Kereta kebal.
  5. Logistik terbaik.
  6. Satelit pengintipan pelbagai negara terutamanya milik AS.
  7. Talibarut memberi arahan dari daratan.
  8. Alat komunikasi terkini.
  9. Mendapat nasihat ketenteraan dari AS.
  10. Geran tahun percuma dari AS.
  11. Bebas membeli senjata tanpa sekatan.
  12. Makan sedap-sedap.
  13. Tentera dipaksa berperang.
  14. Disokong oleh pemimpin negara penjajah.
  15. Semangat perang tentera rendah.

  1. PEJUANG-PEJUANG HAMAS

  1. Peralatan canggih M16, AK47 dan RPG.
  2. Tiada - Pesawat tempur udara dan helikopter.
  3. Peluru berpandu ciptaan sendiri.
  4.  Tiada - Kereta kebal.
  5. Tiada - Logistik terbaik.
  6. Tiada - Satelit pengintipan.
  7. Tiada - Talibarut.
  8. Alat komunikasi ciptaan tersendiri.
  9. Mendapat nasihat daripada para syuhada.
  10. Geran tahunan sumbangan orang ramai.
  11. Disekat ekonomi dan persenjataan.
  12. Makan sekadar menguatkan ibadah.
  13. Pejuang-pejuang mengintai peluang.
  14. Disokong oleh masyarakat antarabangsa.
  15. Semangat perang tinggi melangit.
  














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”