Susunan : A BAKAR RASHID, CABARAN
SEJAK
membunuh 300 orang di Lakota pada tahun 1890, tentera Amerika
Syarikat telah menceroboh negara demi negara di dunia ini sehingga
beratus-ratus kali. Amerika telah menghantar tentera ke luar negara
atau mengambil tindakan ketenteraan sebanyak 216 kali sejak ia
merdeka dari Britain. Sejak 1945, Amerika telah menceroboh dan masuk
campur dalam lebih dari 20 negara di seluruh dunia.
Sejak Perang
Dunia Kedua, Amerika telah mengebom 23 negara. Antaranya termasuk
China 1945-1946, Korea 1950-1953, China 1950-1953, Guatemala 1954,
Indonesia 1958, Cuba 1959-1960, Guatemala 1960, Congo 1964, Peru
1965, Laos 1964-1973, Vietnam 1961-1973, Cambodia 1969-1970,
Guatemala 1967-1969, Grenada 1983, Lebanon 1984, Libya 1986, El
Salvador 1980-an, Nicaragua 1980-an, Panama 1989, Iraq 1991-1999,
Sudan 1998, Afghanistan 1998 dan Yugoslavia 1999. Selepas Perang
Dunia Kedua, Amerika telah memainkan peranan dalam 20 rampasan kuasa
di seluruh dunia dan agensi perisikannya, CIA, bertanggungjawab dalam
pembunuhan enam orang ketua negara.
Berikut
ialah ringkasan strategi imperialis Amerika sejak dari kurun
kesembilan belas:
- Argentina (1890) - Tentera dihantar ke Buenos Aires untuk melindungi kepentingan perniagaan.
- Chile (1891) - Marin Amerika dihantar ke Chile dan bertempur dengan pemberontak nasionalis.
- Haiti (1891) - Tentera Amerika mematahkan pemberontakan pekerja kulit hitam di Pulau Navassa yang didakwa Amerika sebagai miliknya.
- Hawaii (1893) - Tentera laut Amerika dihantar ke Hawaii untuk menggulingkan raja dan kerajaan di pulau itu dan kemudiannya menakluki pulau itu dan menjadikannya wilayah Amerika.
- Nicaragua (1894) - Tentera Amerika menduduki Bluefields, kota di Laut Caribbean selama sebulan.
- China (1894-95) - Tentera laut, darat dan marin memasuki China semasa Perang Cina-Jepun.
- Korea (1894-96) - Tentera Amerika terus ditempatkan di Seoul semasa perang.
- Panama (1895) - Tentera darat, laut dan marin mendarat di pelabuhan Corinto.
- China (1894-1900) - Tentera Amerika menduduki China ketika berlakunya pemberontakan (Boxer Rebellion).
- Filipina (1898-1910) - Tentera laut dan darat memasuki Filipina selepas Filipina kalah dalam Perang Spain-Amerika; 600,000 rakyat Filipina terbunuh.
- Cuba (1898-1902) - Tentera Amerika merampas Cuba dalam Perang Spain-Amerika; Amerika masih lagi menempatkan tenteranya di Guantanamo Bay sehingga hari ini.
- Puerto Rico (1898 - hingga sekarang) - Tentera merampas Puerto Rico dalam Perang Spain-Amerika dan masih menjajah Puerto Rico sehingga hari ini.
- Nicaragua (1898) - Marines Amerika memasuki pelabuhan landed San Juan del Sur.
- Samoa (1899) - Tentera Amerika memasuki pulau itu berikutan perang perebutan kuasa.
- Panama (1901-14) - Tentera laut Amerika menyokong revolusi apabila Panama menuntut kemerdekaan dari Colombia. Tentera Amerika menakluki Canal Zone sejak 1901 apabila pembinaan terusan itu bermula.
- Honduras (1903) - Marin Amerika memasuki Honduras untuk masuk campur semasa revolusi.
- Republik Dominica (1903-04) - Tentera Amerika memasuki negara itu untuk melindungi kepentingan Amerika semasa berlakunya revolusi.
- Korea (1904-05) - Marin Amerika memasuki negara itu ketika tercetusnya perang Russia-Jepun.
- Cuba (1906-09) - Tentera memasuki negara itu ketika pilihanraya sedang diadakan.
- Nicaragua (1907) - Tentera Amerika memasuki negara itu dan mewujudkan kawasan lindungan Amerika (protectorate).
- Honduras (1907) - Marin Amerika memasuki negara itu semasa perang dengan Nicaragua.
- Panama (1908) - Marin Amerika dihantar semasa pilihanraya Panama.
- Nicaragua (1910) - Marin Amerika memasuki Bluefields dan Corinto untuk kali kedua.
- Honduras (1911) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika ketika perang saudara Honduras.
- China (1911-41) - Tentera laut dan darat Amerika dihantar ke China ketika berterusannya ketegangan.
- Cuba (1912) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika di Havana.
- Panama (1912) - Marin Amerika memasuki Panama ketika berlangsungnya pilihanraya.
- Honduras (1912) - Tentera Amerika dihantar untuk melindungi kepentingan Amerika.
- Nicaragua (1912-33) - Tentera Amerika menduduki Nicaragua dan memerangi gerila dalam perang saudara 20 tahun di negara itu.
- Mexico (1913) - Tentera laut Amerika masuk untuk membawa keluar rakyat Amerika semasa berlaku revolusi.
- Republik Dominica (1914) - Tentera laut Amerika bertempur dengan pemberontak bagi merebut Santo Domingo.
- Mexico (1914-18) - Tentera laut dan darat untuk menentang nasionalis Mexico.
- Haiti (1914-34) - Tentera Amerika menduduki Haiti selepas berlakunya revolusi dan menjajah Haiti selama 19 tahun.
- Republik Dominica (1916-24) - Tentera Marin menduduki Republik Dominica selama lapan tahun.
- Cuba (1917-1933) - Tentera Amerika masuk dan menduduki Cuba selama 16 tahun; Cuba menjadi kawasan lindungan ekonomi Amerika(economic protectorate).
- Perang Dunia I (1917-18) - Tentera laut dan darat dihantar ke Eropah untuk menentang kuasa berikat (Axis powers).
- Russia (1918-22) - Tentera laut dan darat dihantar ke timur Russia selepas Revolusi Bolshevik Revolution; tentera darat melakukan lima pendaratan.
- Honduras (1919) - Marin Amerika dihantar ke Hondutas semasa berlakunya pilihanraya nasional.
- Guatemala (1920) - Tentera Amerika menduduki Guatemala selama dua minggu ketika kesatuan sekerja melancarkan mogok.
- Turki (1922) - Tentera Amerika bertempur dengan nasionalis di Troops Smyrna.
- China (1922-27) - Tentera laut dan darat Amerika ditempatkan ketika pemberontakan nasionalis.
- Honduras (1924-25) - Tentera Amerika masuk dua kali ketika pilihanraya nasional.
- Panama (1925) - Tentera Amerika masuk untuk mematahkan mogok umum.
- China (1927-34) - Marin Amerika dihantar dan ditempatkan selama tujuh tahun di China.
- El Salvador (1932) - Kapal-kapal perang tentera laut ditempatkan ketika berlakunya pemberontakan FMLN di bawah Marti.
- Perang Dunia II (1941-45) - Amerika berperang menentang kuasa berikat (Axis powers: Jepun, German dan Itali).
- Yugoslavia (1946) - Tentera laut Amerika ditempatkan dekat pantai Yugoslavia sebagai tindak balas apabila pesawat Amerika ditembak jatuh.
- Uruguay (1947) - Pasukan pengebom Amerika ditempatkan untuk menunjukkan kekuatan tentera Amerika.
- Greece (1947-49) - Operasi Amerika memastikan kemenangan pelampau kanan dalam “pilihanraya” nasional.
- German (1948) - Tentera ditempatkan sebagai tindak balas kepada sekatan Berlin; pesawat mengangkut secara beramai-ramai dan berlanjutan sehingga 444 hari.
- Filipina (1948-54) - CIA mengarahkan perang saudara ke atas pemberontak Filipino Huk.
- Puerto Rico (1950) - Tentera Amerika mematahkan pemberontakan untuk kemerdekaan di Ponce.
- Perang Korea (1951-53) - Tentera Amerika dihantar semasa perang.
- Iran (1953) - CIA mengatur penggulingan kerajaan Mossadegh yang dipilih secara demokratik dan menabalkan semula Shah.
- Vietnam (1954) - Amerika menawarkan senjata kepada Perancis dalam perang menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.
- Guatemala (1954) - CIA menggulingkan Arbenz yang dipilih secara demokratik dan memberikan kuasa kepada Colonel Armas.
- Mesir (1956) - Marin Amerika ditempatkan untuk mengangkut warga asing selepas Nasser memiliknegarakan Terusan Suez.
- Lubnan (1958) - Tentera laut dan darat Amerika menduduki Lubnan semasa perang saudara berlaku di negara itu.
- Panama (1958) - Tentera Amerika masuk apabila rakyat Panama menunjuk perasaan mengancam Canal Zone.
- Vetnam (1950-an – 75) - Perang Vietnam.
- Cuba (1961) - Pencerobohan Bay of Pigs yang diarahkan CIA gagal menjatuhkan kerajaan Castro.
- Cuba (1962) - Tentera laut Amerika mengkuarantinkan Cuba ketika berlaku krisis peluru berpandu Cuba.
- Laos (1962) - Tentera Amerika menduduki Laos dalam perang saudara menentang gerila Pathet Lao.
- Panama (1964) - Tentera Amerika masuk dan menembak rakyat Panama yang menunjuk perasaan menentang kehadiran tentera Amerika di Canal Zone.
- Indonesia (1965) - CIA mengatur rampasan kuasa tentera.
- Republik Dominica (1965-66) - Tentera Amerika ditempatkan ketika berlangsungnya pilihanraya nasional.
- Guatemala (1966-67) - Tentera Green Berets Amerika dihantar.
- Cambodia (1969-75) - Tentera Amerika dihantar setelah Perang Vietnam merebak hingga ke Kemboja.
- Oman (1970) - Marin Amerika mendarat untuk mengarahkan kemungkinan menceroboh Iran.
- Laos (1971-75) - Tentera Amerika melakukan pengeboman keseluruhan kawasan luar bandar (carpet-bombing) semasa perang saudara Laos.
- Chile (1973) - CIA mengatur rampasan kuasa, membunuh Presiden Allende yang dipilih secara demokratik dan menubuhkan rejim tentera di bawah General Pinochet.
- Cambodia (1975) – 28 orang dari pasukan penyelamat Amerika terbunuh dalam usaha menyelamatkan anak kapal Mayaquez yang dirampas.
- Angola (1976-92) - CIA menyokong pemberontak Afrika Selatan menentang Marxist Angola.
- Iran (1980) - Amerika gagal dalam percubaan untuk membebaskan 52 tahanan di dalam kedutaan Amerika di Tehran yang ditawan pelajar yang menyokong Imam Khomeini.
- Libya (1981) - Pesawat pejuang Amerika menembak jatuh dua pesawat Libya.
- El Salvador (1981-92) - CIA, tentera dan penasihat Amerika terlibat dalam perang El Salvador menentang FMLN.
- Nicaragua (1981-90) - CIA dan Majlis Keselamatan Nasional Amerika (NSC) mengarahkan Perang Contra menentang gerila Sandinista.
- Lubnan (1982-84) - Marin Amerika menduduki Beirut ketika tercetusnya perang saudara Lubnan; serangan berani mati pejuang Hizbullah membunuh 241 orang dan Presiden Reagan “menempatkan semula” Marin Amerika ke Mediterranean.
- Honduras (1983-89) - Tentera Amerika dihanta untuk membina pengkalan dekat sempadan Honduras.
- Grenada (1983-84) - Pencerobohan Amerika menjatuhkan kerajaan Maurice Bishop.
- Iran (1984) - Pesawat pejuang Amerika menembak jatuh dua kapal terbang Iran di Teluk Parsi.
- Libya (1986) - Pesawat pejuang Amerika menembak sasaran-sasaran di dalam dan di sekitar ibu kota Libya, Tripoli.
- Bolivia (1986) - Tentera Amerika membantu tentera kerajaan Bolivia menyerbu kawasan-kawasan kokain.
- Iran (1987-88) - Amerika mempersenjatai dan memberikan pelbagai bantuan kepada Iraq untuk memerangi Iran dalam Perang Iran-Iraq.
- Libya (1989) - Tentera laut Amerika menembak jatuh dua lagi jet Libya.
- Virgin Islands (1989) - Tentera Amerika masuk ketika berlaku huru-hara di kalangan penduduk Virgin Island.
- Filipina (1989) - Tentera udara Amerika memberikan perlindungan kepada kerajaan ketika berlakunya rampasan kuasa.
- Panama (1989-90) - 27,000 anggota pasukan Amerika menyerang Panama untuk menggulingkan Noriega; lebih dari 2,000 penduduk awam Panama terbunuh.
- Liberia (1990) - Tentera memasuki Liberia untuk membawa keluar warga asing ketika tercetusnya perang saudara.
- Arab Saudi (1990-91) - Tentera Amerika dihantar ke Saudi, yang merupakan pengkalan perang untuk menentang Iraq.
- Kuwait (1991) - Tentera Amerika dihantar ke Kuwait untuk menghalau Saddam Hussein.
- Somalia - 1992-94 - Tentera Amerika menduduki Somalia ketika tercetusnya perang saudara.
- Bosnia (1993-95) - Jet-jet tentera udara Amerika mengebom “zon larangan terbang” ketika tercetusnya perang di Bosnia.
- Haiti (1994-96) - Tentera darat dan laut Amerika mengenakan sekatan ke atas kerajaan tentera Haiti. CIA mengembalikan kuasa Aristide.
- Zaire (1996-97) - Marin Amerika dihantar ke kem pelarian Hutu di Rwanda ketika revolusi Congo mula tercetus.
- Albania (1997) - Tentera Amerika ditempatkan ketika berlakunya proses membawa keluar warga asing.
- Sudan (1998) - Peluru-peluru berpandu Amerika memusnahkan kilang ubat di Sudan berikutan tuduhan yang direka-reka oleh Amerika bahawa kilang itu kononnya memproses senjata kimia.
- Afghanistan (1998) - Peluru berpandu ditembak ke arah sasaran yang dianggap oleh Amerika sebagai kem latihan pengganas.
- Yugoslavia (1999) - Amerika dan Nato melancarkan serangan bom dan peluru berpandu sempena 11 minggu perang ke atas ketua pengganas Serbia, Slobodan Milosevic.
- Iraq (1998-sekarang ) - Baghdad dan lain-lain bandar besar Iraq diserang peluru berpandu Amerika selama empat hari. Jet-jet Amerika memaksakan apa yang mereka tetapkan sebagai “zon larangan terbang” dan terus menyerang sasaran-sasaran di Iraq sejak Disember 1998.
Kesemua 100
kejadian campur tangan tentera Amerika ini tidak termasuk apabila
Amerika:
1.
menempatkan polis tentera di luar negara;
2.
mengerahkan pengawal nasional (National Guard);
3.
menghantar kapal-kapal tentera laut berhampiran pantai beberapa
negara untuk menunjukkan kekuatan Amerika;
4.
menghantar tentera tambahan di tempat-tempat di mana tentera Amerika
telah pun ditempatkan;
5.
menjalankan operasi rahsia di mana pasukan bersenjata Amerika tidak
berada di bawah pemerintahan panglima Amerika sendiri;
6.
menggunakan unit-unit kecil untuk menyelamatkan mereka yang ditawan;
7.
menggunakan juruterbang Amerika untuk menerbangkan pesawat negara
luar;
8.
menjalankan latihan ketenteraan dan program perunding yang tidak
melibatkan penglibatan langsung tentera Amerika.
Plot
pembunuhan kerajaan Amerika
Berikut
ialah senarai pemimpin-pemimpin negara yang terkenal yang mana
pembunuhan atau cubaan membunuh mereka dilakukan oleh kerajaan
Amerika atau terlibat merancangkannya. Senarai ini tidak termasuk
pembunuhan di pelbagai tempat di dunia yang dilakukan orang-orang
Cuba yang anti-Castro yang diupah oleh CIA atau beribupejabat di
Amerika Syarikat:
Senarai
A: Bukan Islam
- 1949 - Kim Koo, pemimpin pembangkang Korea
- 1950-an - CIA/Neo-Nazi menyenaraikan beberapa tokoh politik di German barat untuk dibunuh.
- 1955 - Jose' Antonio Remon, president Panama
- 1950-an - Chou En-lai, perdana menteri China, beberapa percubaan membunuhnya telah dilaksanakan
- 1951 - Kim Il Sung, perdana menteri Korea Utara
- 1950-an (pertengahan) - Claro M. Recto, pemimpin pembangkang Filipina
- 1955 - Jawar Lal Nehru, perdana menteri India
- 1959 dan 1963 - Norodom Sihanouk, raja Kemboja
- 1950an-70an - Jose Figueres, presiden Costa Rica, dua percubaan untuk membunuhkan telah dilaksanakan
- 1961 - Francois “Papa Doc” Duvalier, pemimpin Haiti
- 1961 - Patrice Lumumba, perdana menteri Congo
- 1961 - Jeneral Rafael Trujillo, pemimpin Republik Dominica
- 1963 - Ngo Dinh Diem, presiden Vietnam Selatan
- 1960-an - Fidel Castro, presiden Cuba, lebih dari 15 percubaan untuk membunuhnya
- 1960-an - Raul Castro, adik presiden Cuba yang juga dianggap orang nombor dua di Cuba
- 1965 - Francisco Caamanao, pemimpin pembangkang Republik Dominica
- 1965 - Pierre Ngendandumwe, perdana menteri Burundi
- 965-6 - Charles de Gaulle, presiden Perancis
- 1967 - Che Guevara, pemimpin pembebasan Cuba
- 1970 - Salvadore Allende, presiden Chile
- 1970 - General Rene Schneider, panglima pemerintah tentera Chile
- 1970-an dan 1981 - Gen. Omar Torrijos, pemimpin Panama
- 1972 - General Manuel Noriega, pada masa itu ketua perisikan Panama
- 1975 - Mobutu Sese Seko, presiden Zaire (Congo)
- 1976 - Michael Manley, perdana menteri Jamaica
- 1983 - Miguel d'Escoto, menteri luar Nicaragua
- 1984 - Sembilan panglima Sandanista National Directorate
- 1980-an - Dr. Gerald Bull, ahli sains balistik Cana yang dijalankan oleh Mossad di Belgium
Sebahagian
senarai pemimpin beragama Islam yang dibunuh atau cuba dibunuh oleh
kerajaan Amerika
- 1950-an - Sukarno, Indonesia
- 1957 - Gamal Abdul Nasser, presiden Mesir
- 1960 - Brigadier General Abdul Karim Kassem, pemimpin Iraq
- 1980-86 - Muammar Qaddafi, pemimpin Libya, beberapa percubaan dilakukan untuk membunuhnya
- 1982 - Imam Khomeini, pemimpin Revolusi Islam Iran
- 1983 - General Ahmed Dlimi, panglima tentera Maghribi
- 1985 - Sheikh Mohammed Hussein Fadllallah, ulama Shiah Lubnan yang rapat dengan pejuang Hizbullah (80 orang terbunuh dalam cubaan bunuh ke atasnya)
- 1991 - Saddam Hussein, diktator Iraq
Rujukan:
Blum, William, “KILLING HOPE - U.S. Military and CIA Interventions
Since World War II,” Appendix III U.S. Government Assassination
Plots, page 453, Common Courage Press, Monroe, Maine 1995. ISBN
1-56751-052-3
Mereka
yang dianggap mangsa pembunuhan Amerika
- April 4, 1979 - Zulfiqar Ali Bhutto, perdana menteri Pakistan, kerana meneruskan rancangan membuat bom nuklear
- Ogos 1988 - General Ziaul Haq, pemerintah Pakistan.
- 1995 - Murtaza Bhutto, anak Zulfiqar Ali Bhutto, tokoh anti-Amerika yang dijangka berpotensi menjadi pemimpin Pakistan
- Mac 25, 1975 - Faisal, raja Arab melalui anak saudaranya kerana melaksanakan sekatan minyak pada 1973
- Ogos 24, 1999 - Mohammad Omar, di Kandahar, Afghanistan.
Senarai
“A” rancangan pembunuhan yang diketahui
- 1950an - Sukarno, presiden Indonesia
- 1957 - Gamal Abdul Nasser, presiden Mesir
- 2001 - Sejak awal tahun ini lebih dari 40 pemimpin Palestin dibunuh dengan kerjasama Israel
Tarikh
artikal diterbitkan : 3
Oktober 2001
No comments:
Post a Comment