NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 26 August 2014

PENEMBAK MH17 HAMPIR-HAMPIR DIKENAL PASTI




Penembak MH17 yang disengajakan hampir-hampir terjawab apabila Rusia mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Luarnya, Sergei Lavrov, tentang kekesalan mereka kerana kelewatan memaklumkan tentang penyiasatan antarabangsa, gagal memaklumkan butiran-butiran siasatan pesawat MH17 ditembak di Grabovo, Donetsk, pada 17 Julai 2014 (Khamis).

Mengapakah pendedahan butiran siasatan pesawat MH17 dilewat-lewatkan? Adakah dajal menembak pesawat MH17 adalah golongan yang sama dengan dajal menyorok pesawat MH370? Atau dajal tersebut baling batu sembunyi tangan? Diarahnya orang lain melakukannya tetapi ia buat-buat tidak tahu, sebaliknya menyalahkan orang lain.

AS-NATO menuduh Rusia mengakibatkan pesawat MH17 ditembak oleh pejuang-pejuang pemisah Ukraine, di Donetsk yang dibekalkan dengan peluru berpandu oleh Rusia. Rusia menyangkal laporan tersebut bahawa pihaknya tidak pernah membekalkan peluru berpandu anti pesawat kepada pemisah dan menafikan tuduhan-tuduhan dengan menunjukkan imej-imej bahawa terdapat pesawat pejuang berhampiran pesawat MH17 sebelum tragedi berlaku. Selepas itu Amerika Syarikat pula mengemukakan bukti-bukti tentang pelepasan peluru berpandu yang dituduh oleh AS dilakukan oleh pejuang-pejuang pemisah dibekalkan oleh Rusia. Rusia dipersalahkan. Kesan daripada itu, Rusia dikenakan sekatan tambahan.

Pada 22 Ogos 2014 (Jumaat), sebahagian mangsa tragedi MH17 telah disemadikan apabila jenazah-jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti, diterbangkan khas kumpulan pertama jenazah seramai 20 mangsa melalui penerbangan khas MAS.

Pejuang-pejuang keamanan tidak akan berkomplot menyorok MH370, melakukan kedajalan dan menceroboh negara lain. Apatah lagi digunakan sebagai umpan kerana ada isu yang diagendakan oleh golongan dajal.

Selepas ini kita akan tahu siapa dajal menyorok MH370. Eposid penyorokan MH370 hampir tamat. Nantikan ya, kita tanya kepada Rusia atau Amerika Syarikat siapakah dajal itu?

---------------------


MH17: Rusia dakwa siasatan 'kurang telus'

AFP | Kemas kini: Ogos 26, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 26, 2014 07:56 MYT)


MOSCOW: Rusia telah menuduh pihak penyiasat antarabangsa sebagai 'kurang telus' apabila mereka gagal mendedahkan butiran siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukriane, Julai lalu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyoal kenapa rakaman kotak hitam pesawat tersebut tidak diedarkan kepada umum sehinggakan beliau membuat tanggapan bahawa orang ramai telah 'hilang minat' terhadap siasatan tersebut.

Menurut laporan, pihak penyiasatan Belanda yang mengetuai siasatan telah memaklumkan pada awal bulan ini bahawa mereka akan mendedahkan laporan awal siasatan 'beberapa minggu lagi'.

"Tiada siapa memberitahu kita apa-apa (sebab) yang masuk akal tentang mengapa rakaman kotak hitam tidak boleh didedahkan sepenuhnya," kata Lavrov pada taklimat menerusi televisyen di Moscow.

Beliau turut menyoal mengapa Ukraine belum memberikan rakaman perbualan antara kawalan trafik udara di lapangan terbang berdekatan Dnepropetrovsk.

Katanya, Rusia telah menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang menubuhkan pasukan petugas berhubung kemalangan pesawat itu, namun ujarnya "setakat ini tiada apa-apa yang telus juga dapat dilihat di sana."

Lavrov merasakan bahawa siasatan gagal mencari bukti penglibatan Rusia dalam kejadian penembakan pesawat itu bulan lepas kerana ia terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.

Beliau berkata, mereka yang dahulunya 'kecoh' membuat tuduhan terhadap Rusia dan pemberontak, kini senyap.

Pencarian mangsa di lokasi kemalangan telah ditangguh sejak awal Ogos atas faktor keselamatan kerana pihak penyiasat tidak dapat meneruskan pencarian di lokasi yang terlibat dengan pertempuran itu.

Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 telah ditembak jatuh di daerah bergolak Donetsk ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membunuh 298 penumpang dan anak kapal.

Kotak hitam pesawat telah dihantar ke Farnborough di Britain untuk diperiksa Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara.
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”