Al-Quran
adalah perlembagaan muslimin dan hujah Allah s.w.t. kepada umat manusia
keseluruhannya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mengukuhkan keyakinan
supaya ada organisasi dan diperintah
supaya mengorganisasi, memerhati,
mengambil ingatan, mematuhi perintah dan melaksanakannya. Begitu juga
dengan pesanan Rasulullah s.a.w. berkaitan pengukuhan organisasi dalam
menegakkan syariat Islam di muka bumi. Setelah itu para ulama saleh menafsir
pula ayat-ayat Al-Quran dengan al-Quran
dan menghuraikan tafsiran Al-Quran berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
Manakala
kita sebagai manusia cetek ilmunya, memplagiat
di sana sini hujah bahasannya, menebuk di sana sini ayat al-Quran dan
Hadith Nabi s.a.w., menghafaz dan
mengingati kata-kata hikmah untuk dijadikan hujah meng’kondem’kan para mujahid
yang mereka sendiri tidak duduk semeja dalam organisasi yang mendaulatkan Islam
lalu melalui ilmunya yang diplagiat itu berbangga dengan sikapnya yang tidak
malu kepada ummah.
Kaum
muslimin diseru ke arah mewujudkan kepimpinan di kalangan mereka dan diperintah
berhukum serta mematuhi hukumannya supaya mereka tidak tersasar, tersimpang,
terkeliru dan tertipu oleh fahaman yang salah. Oleh sebab itulah mereka
dikehendaki duduk dalam majlis kepimpinan bertauhid.
Kepimpinan
dan ketaatan adalah urusan organisasi yang padu kerana ia melibatkan
sifat-sifat yang berhubungan antara penguatkuasaan undang-undang, tentera dan pimpinannya.
Firman
Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan
adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat." (Q.S.
An-Nisa: 58)
Dalam
mengemukakan sifat-sifat untuk mengemas dan mengukuhkan hubungan antara orang muslimin,
khususnya ketika menghadapi musuhnya. Asas sesebuah bangunan yang kemas, kukuh
dan teguh adalah setelah ianya disusun
atur, dirancang rapi, dibincang teliti, dilulus dan dibangunkan supaya menjadi
kenyataan. Maka selepas itu berdirilah bangunan gagah sebagaimana kaum muslimin
mengukuhkan pendirian mereka untuk mendirikan perundangan tauhid melalui
organisasi.
Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Q.S. As-Saf: 4)