Malaysia negara subur. Ia bukan
sahaja subur tetapi kawasan yang strategik. Pernah dicatatkan bahawa kayu kayan
dikeluarkan dari buminya antara yang terbaik di dunia terletak di Malaysia.
Jika pokok-pokok balak sebesar lori pun terdapat di sini, menunjukkan bahawa
kawasannya subur daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Isunya bagaimana
memanfaatkan kesuburan tanah-tanihnya itu?
Malaysia juga subur kerana ia
dikelilingi oleh lautan yang kaya dengan sumbernya. Daripada sekecil-kecil ikan
sehinggalah kepada sebesar-besarnya. Pelbagai makanan laut, di samping ikan; di
situ juga terdapat rumpai laut, makanan laut, mutiara, siput, kerang, ketam dan
gamat. Beribu-ribu jenis dan bilangan hidupan laut yang menghuni kawasan
tersebut kerana ia dikelilingi oleh lautan. Di
kawasan timurnya Laut Pasifik,
kawasan tengahnya Laut China Selatan dan kawasan baratnya Laut Hindi, tidak termasuk kawasan teluk, pentas-pentas subur
dengan plankton dan pulau-pulau yang mengkagumkan.
Walaupun laut dan tanah-tanihnya
subur, tetapi tidak dimanfaatkan, tidak diolah mengikut keutamaan, tidak
diprodukkan hasil-hasilnya, barangan pertanian sedikit diolah dan sebahagian
besarnya dilakukan mengikut tradisi nenek moyang yang diwarisi. Sehingga kini
kita masih melihat terdapat produk-produk berpotensi masih dalam pembungkusan
tradisi.
Baiklah, jika produk-produk yang
berpotensi pun masih dalam pembungkusan tradisi, maka tanah-tanih yang subur
pun akan terlepas pandang untuk diusahakan secara komersial. Ia adalah satu
kesilapan yang besar, di mana tanah-tanih yang subur menjadi kawasan industri
dan perumahan, sedangkan untuk mendapatkan tanah yang subur dijadikan pertanian
adalah suatu yang sukar. Kadang-kadang tanah yang gersang untuk dijadikan
kawasan pertanian adalah mengecewakan dan tidak produktif, ia membantutkan
pertanian-tumbuhan, kontot buahnya dan hasilnya mengecewakan. Jika hendak
diusahakan juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Upahan kepada perunding
pakar, kajian makmal dan pemantauan yang berterusan.
Meletak dan mengkategorikan tanah
tidak sesuai dengan keutamaannya amat malang. Kadang-kadang tanah-tanah yang
strategik, boleh diusahakan, berpotensi dibangunkan diberi kepada proksi-difaraidkan, dirugikan pemilik tanah dan harta tersebut, disebabkan ada nilai
wang ia tergadai menurut peredaran zaman, walaupun tanah-tanah tersebut boleh
diusahakan secara kerjasama, perkongsian, pembahagiaan keuntungan dan penetapan
agihan. Ia tidak dilakukan kerana pulangannya lambat.
Antara kebaikan perubahan
tersebut adalah boleh kaya secara mudah. Bebarapa contoh yang boleh difikirkan
untuk pencerahan tentang kesuburan tanah:-
- Lembaga Letrik Negara adalah memberi pulangan yang lumayan jika dimanfaatkan semaksimumnya. Ia boleh rugi, untung sedikit, untung sederhana dan dimaksimumkan keuntungannya. Pernah berlaku negara bergelap semalaman, kerana pusat janakuasa diceritakan mengalami kerosakan sedangkan setiap kawasan, daerah, negeri ada janakuasa tersendiri. Tetapi hendak dijadikan cerita seluruh negara bergelap. Tidak sampai sebulan selepas peristiwa tersebut terwujudlah beberapa syarikat janakuasa swasta, difaraidkan kawasan-kawasanya untuk mengatasi dan mengelak berulangnya peristiwa yang malang itu. Sehingga kini kos-kos penggunaan elektrik isi rumah meningkat saban tahun. Perkara ini berlaku kerana kegelapan semalaman.
- Keretapi Tanah Melayu pernah merekodkan keuntungan yang memuaskan. Tetapi oleh kerana negara kearah ‘kemajuan’ maka kelembaban dan agihan keuntungan tidak seragam, maka, berlakulah kerugian dalam kewangan keretapi tersebut. Pihak berwajib terpaksa ‘mengepam pitis’ jika tidak kuli-kuli tidak akan bergaji. Untuk menyelesaikan masalah kebergantungan keretapi kepada pihak berwajib maka distrukturkanlah kakitangannya dan harta-hartanya difaraidkan dan sehingga hari ini kita melihat kesannya tanah-tanah Keretapi Tanah Melayu bangkit dengan bangunan pencakar langit tertegak di sana sini.
- Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) adalah antara tanah subur yang agak liat sehingga catatan ini dilakukan. Keliatannya kerana ia dirancang oleh insan-insan yang ikhlas untuk melihat bahawa negara ini memerlukan tanda mercu sebagi negara yang hebat, membanggakan dan berpotensi untuk melakukan apa sahaja kerana ia negara merdeka sama ada pada fikiran, tindakan, teknologi, harta dan aset-asetnya. Banyak negara menyendeng kepadanya termasuk negara jiran tetapi kita tidak mampu bersaing dipersada antarabangsa kerana kekangan yang kita cipta. Isu MH370 jika lambat dimuktamadkan kita akan kerugian. Bertindak segera sebelum terlambat.
Tanah subur yang kita miliki
tidak digarap menurut piawaiannya amat merugikan. Ia bukan sahaja merugikan
kepada diri, keluarga, rakyat tetapi juga untuk generasi akan datang. Asas dah
ada, operasi dah berlaku/berjalan, hanya menambah baik dan pertingkatkan
potensinya. Jadilah manusia berjaya bukan ikut telunjuk dajal, kerana kita
dilahirkan oleh ibu-ibu merdeka.
No comments:
Post a Comment