Rusia telah menunjukkan
kecemerlangannya untuk kali kedua selepas memeluk Crimea yang comel itu pada
April 2014. Kecemerlangan itu kerana pada Mei 2014, rakyat Donetsk dan
Luhansk telah melambai-lambai kepada
Rusia dalam referendum yang dilakukan semalam ( 12 Mei 2014 ), menunjukkan bahawa
rakyat yang keluar mengadakan referendum melebihi 80% bersetuju bersama-sama
Rusia. Ibarat nila dalam air ia menyerap perlahan-lahan menjauhkan diri dari
titik pusat - pimpinan pusat dan bergerak ke pusat Rusia kerana pimpinan
Ukraine bersengketa yang memberi keuntungan kepada Rusia.
Tahniah kepada rakyat Donetsk dan
Luhansk yang mengadakan referendum untuk menyatakan dan menyertai Rusia tanpa
provokasi. Yang kedengaran dari jauh seperti suara-suara sumbing menyatakan
bahawa referendum itu tidak diakui, sama seperti referendum yang menjatuhkan
kerajaan pimpinan Muhammad Mursi di Mesir, bukan sahaja pimpinan Dr. Mursi
dijatuhkan, lalu dilibatkan pula rakyat jelata dan pengikut-pengikut Ikhwanul
Muslimun; ditembak mati, dibunuh, ditangkap, didera, dipenjarakan, didakwa di
mahkamah dan sekaligus rampasan tentera di sana. Dalam referendum di Mesir itu
tidak pula kedengaran suara-suara sumbing dan jongang untuk menentang
manipulasi referendum di Mesir. Tiada suara-suara supaya kerajaan pimpinan Dr.
Mursi dikembalikan. Pelik tapi benar.
Kini rakyat Donetsk dan Luhansk
telah menyatakan pendirian mereka dalam kemelut ketidaktentuan ekonomi pusat
yang sedang dihulurkan pelbagai tawaran penyelamat ekonomi; geran, pinjaman dan
hutang yang menjanjikan perubahan yang belum pasti dalam keadaan ekonomi Ukraine
yang lemah pada ketika ini. Untuk melonjakkan ekonominya akan mengambil masa
beberapa tempoh untuk pulih dan diseimbangkan semula.
Di Rusia pula, setelah tawaran
pakej penyelamat ekonominya ditolak, ia
seperti cemerlang kerana tanpa memuntahkan sebutir peluru negeri Donetsk dan
Luhansk datang kepangkuannya minta
dipeluk, dicium dan dimanjai sebagaimana yang dilakukan kepada Crimea yang
comel itu. Jika dibuat pernilaian dari segi hartanah dan potensinya, maka nilai
pakej yang ditawarkan oleh Rusia sebelum krisis keruntuhan Ukrine adalah kecil
sahaja. Kini kita menghitung hari, untuk tempoh masa hadapan Ukraine.
Walaupun kedua-dua negeri;
Donetsk dan Luhansk berada bersempadan dengan Rusia, menjelaskan bahawa
keyakinan mereka kepada Rusia jauh lebih baik berbanding pihak pusat dan
negara-negara lain. Kehidupan sukar boleh fahami dan mengelak, lebih baik
daripada berpaut dengan cengkaman ekonomi yang membahayakan diri dan rakyat.
Sebelum menghadapi masalah dan musibah, lebik baik mereka bertindak segera.
Ibarat gempa bumi cepat-cepat keluar dari bangunan jika tidak akan tertimbus di
dalamnya.
Selepas ini kita ingin melihat
negeri mana pula akan mengikut jejak rakan-rakan mereka dari Crimea, Donetsk
dan Luhansk
Seperti yang pernah dinyatakan
sebelum ini, kebergantungan ekonomi
Ukraine kepada Rusia boleh melumpuhkan kehidupan rakyat. Kita boleh memilih,
hidup bermasalah atau berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik. Kehidupan ini
perlu kepada perkongsian. Keamana. Bukan mengikut telunjuk dajal.
Akhirnya, Rusia hanya perlu
membuka pintu memberi laluan kepada negeri-negeri yang ingin bergabung
dengannya. Apabila Ukrine mengecil dan hutang semakin meningkat bagaimana
hendak mengatasi hutang-hutang yang banyak itu? Satu cara ialah meminta rakyat
sama-sama berkorban, atau meminta
negara-negara kaya tolong membayar, atau minta hutang dilupuskan, atau terpaksa
melipatgandakan kerja untuk membayar hutang-hutang, atau menstrukturkan semula
pembayaran hutang-hutang tersebut.
Yang penting, Rusia Menang
diplomasi lagi.
No comments:
Post a Comment