Islam mengambil berat terhadap
jiwa, harta dan kebebasan individu. Mereka dilahirkan di dunia ini bukan untuk
dilarikan, disorok dan dijadikan orang tebusan. Orang merdeka tidak akan
melakukan perbuatan tersebut. Orang merdeka juga tidak boleh menerima perlakuan golongan dajal
tersebut walapun ia dilakukan oleh
bapa-bapa mereka sendiri. Melari, menyorok individu yang tidak berdosa lalu ia
dilibatkan dalam isu MH370 yang dianggap terpencil, isunya kecil kerana
kecerdikan Inmarsat dikhayalkan, dan golongan sindrom down tidak terlibat dalam
isu-isu yang kecil itu kerana ia tiada kepentingan tentang, sedang dan akan
berlaku untuk harta dan kuasa. Yang penting baginya ceria.
Allah s.w.t. memberi amaran
kepada golongan dajal melalui firmanNya yang dirakamkan dalam surah al-Maidah
ayat 33 dan 34:
“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta
melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau
mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka
membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka
merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia
bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya,
(mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Hukum-hakam dalam Islam sungguh
teliti. Hukuman sabitan bersesuaian dengan perlakuan dan tindakan pelakunya.
Ada beberapa perlakuan melibatkan hukum-hakam yang wajar diteliti kerana
perlakuan ringan tidak melangkaui sabitan berat. Demikian juga sabitan yang
berat dibuang tanpa proses tatacara kendalian piawaian yang ditetap. Isunya
ialah siapa berkuasa akan mempengaruhi pasaran saham, tetapi dajal memainkan
peranannya:-
- Melakukan
Bersendirian
Perlakuan ini
dilakukan oleh individu. Dilakukan atas kapasiti peribadi. Oleh diri sendiri.
Perlakuannya sama ada terdesak atau apa alasan pun ia dilakukan kerana tabiat
peribadinya.
Contoh:
- Mencuri gula-gula.
- Mencungkil tabung masjid.
- Meniru tandatangan untuk tujuan tertentu.
- Melakukan dua orang atau berkumpulan
Perlakuan
dilakukan oleh dua orang atau lebih. Dilakukan secara berkumpulan. Perlakuan
dilakukan atas dasar bersama, bersekongkol, berpakat untuk merancang masa
hadapan dan manfaat bersama. Risikonya ditanggung bersama. Yang penting mereka
adalah pelakunya. Mereka melakukan sama ada secara spontan, dirancang atau
telah difikirkan kesan akibatnya daripada tindakan tersebut.
Contoh:
- Serangan pengganas World Trade Centre di Amerika Syarikat.
- Merompak senjata di kem tentera Grik, Perak Darul Ridzuan.
- Serangan pengganas Lahad Datu, Sabah Bawah Bayu.
- Melakukan berkumpalan terancang dan berangkaian
Perlakuan
dirancang rapi oleh mereka yang tahu mengaburi pandangan, menentukan masanya,
dalam keadaan berlaku isu-isu yang
menguntung dan merugikannya, merapat dan meruangrangkaikan aktivitinya walaupun
terpaksa berbelanja daripada terus ‘kosong’. Kerana hidup ini wajar digunakan
untuk merebut peluang seperti dalam strategi pengurusan menggunakan
pendekatan: S W O T.
Contoh:
- Abang-abang Yusuf melakukan kecelakaan kepadanya dengan merancang melalui permintaan terhormat kepada bapa mereka, Yaakob untuk membawa Yusuf bermain-main lalu Yusuf dihilangkan di tanah gersang berpenghuni jin ( keterangan lanjut sila lihat al-Quran, surah Yusuf ).
- Bank Maybank Cheras, pernah dipecah masuk dan dilarikan wang dan harta-harta berharga miliknya dan penyimpan di bank tersebut. Pada hari kejadian bertepatan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tempoh masa tiga hari telah digunakan semaksimumnya oleh dajal melakukan penggalian dan penggerudian terowong sehingga sampai ke lokasi bank tersebut. Banyak harta wang yang dibawa lari.
- Pada pagi 8 Mac 2014, pihak MAS mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 hilang kerana tidak mendarat ke destinasi yang dituju, Beijing. Kenyataan dikeluarkan selepas berlalunya 6 jam. Sehingga catatan ini ramai terpinga-pinga kerana sumber-sumber yang tepat sukar menjelaskan seperti:
i. Siapa dajalnya.
ii.
Bagaimana perancang melakukannya.
iii. Kenapa pilih MAS.
iv. Di mana pesawat MH370 sekarang.
v.
Apa motifnya.
vi. Yang penting Si Luncai terjun dengan
labu-labunya.
Biarkan! Biarkan!
Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak perbuatan dan tindakan pulihkan semula
dan bebaskan penumpang-penumpang MH370. Sebelum lakunan-lakunan dajal
dibocorkan.
No comments:
Post a Comment