Malaysia mencipta rekod yang
mungkin sukar ditemui sampai bila-bila antara persamaan peratusan penderma darah dan zakat harta sebanyak 2.5% untuk tahun ini kecuali berlaku persilangan lagi pada masa akan datang kerana ia bersifat subjektif kepada penderma darah dan bersifat tetap kepada pembayar zakat. Walau bagaimanapun pada ketika ini, apabila
peratusan penderma darah tetap di negara kita
sebanyak 2.5 peratus menyamai nisab zakat harta dengan kadar 2.5 peratus
yang tidak berubah nisabnya sehingga kiamat -
tetap sehingga bila-bila. Persamaan peratusan antara penderma darah
tetap di negara kita dengan nisab zakat harta setelah cukup haulnya bukanlah
secara kebetulan tetapi telah ditentukan untuk saya merakamkan keseimbangannya
dalam artikel ini.
Penderma Darah
Penderma-penderma darah tetap di
negara ini yang menyumbang darah suci mereka adalah untuk kemaslahatan jiwa
manusia lain sama ada atas kerelaan diri, nasihat doktor, kempen derma darah
oleh Pusat Darah Negara atau arahan oleh pihak majikan kepada pegawai-pegawai
mereka untuk menderma darah.
Walau bagaimanapun, keempat-empat
elemen tersebut dilakukan untuk niat menyumbang, berjasa dan membantu golongan yang memerlukan darah dalam keadaan
kritikal. Pengorbanan dengan apa juga maksudnya diucapkan tahniah dan
‘Jazakumullahu khairan kathira’.
Maka, adalah wajar sumbangan
mereka yang kecil itu, menderma darah kepada Pusat Darah Negara dinaiktarafkan makamnya dan diberi nilai penghargaan kepada mereka seperti berikut:-
1. Penderma-penderma
darah diberi peluang mendapatkan perkhidmatan rawatan wad kelas 1 di mana-mana
hospital kerajaan termasuk hospital swasta yang mendapatkan bekalan darah
daripada Pusat Darah Negara dengan merekodkan senarai mereka untuk tindakan
hospital jika berlaku sesuatu kepada tubuh badan mereka.
2. Memberi
imbuhan saguhati kepada penderma-penderma sebagai satu intensif daripada pihak
kerajaan kerana setitik darah mereka boleh menyelamat nyawa individu lain yang
memerlukan darah tersebut. Saguhati pula umum kepada semua.
3. Pihak
berwajib juga wajar menjaga kebajikan penderma-penderma setia yang telah
menderma lebih daripada 15 kali dan /atau lebih dari itu.
Pembayar Zakat
Zakat harta dikeluarkan selepas
cukup haulnya 354 hari atau setahun Qamariah oleh golongan yang mendapat
keuntungan dari usaha-usaha tenaga mereka, perniagaan atau aset-aset yang
memberi hasil tambah baginya. Pembayaran zakat tersebut boleh diserahkan kepada
Majlis Agama Islam negeri-negeri di seluruh negara. Resit-resit bayaran zakat
akan dikeluarkan dan diserahkan ketika urusan tersebut. Resit-resit bayaran
zakat tersebut boleh dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk
pengurangan (tolakan) kepada cukai tahunan pada tahun yang dinilai.
Selain Majlis Agama Islam
negeri-negeri, zakat juga boleh dibayar terus kepada 8 golongan ( tetapi tiada
resit dikeluarkan untuk tolakan cukai ) seperti yang dinyatakan oleh Allah
s.w.t. di dalam al-Quran, surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang
fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang
muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Sebagai penghargaan dan
perangsang kepada golongan pembayar zakat dapat kiranya dinyatakan di sini,
adalah dengan doa:-
1. “Mudah-mudahan
Allah memberi pahala kepada engkau pada apa yang engkau telah berikan dan
menjadikannya penyuci dosa bagimu, dan memberkati untuk engkau, pada apa yang
masih di tangan engkau.”
2. “Ya
Allah, berilah kami keimanan yang benar dan keimanan yang tidak ada kekufuran
sesudahnya. Dan berilah kami rahmat yang dengannya dapat
memperolehi kemuliaan karamahMu di dunia dan akhirat.”
3. "Ya
Allah Dzat yang hidup, yang berdiri sendiri,
yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki keagungan dan kemurahan,
sinarilah hati kami dengan cahaya makrifatMu.”
-----------------------
Hanya 2.5 peratus
rakyat Malaysia penderma tetap
18 Mei 2014
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin (kanan) beramah mesra dengan penderma ketika melawat pusat
derma darah selepas Majlis Pelancaran TSM Charity Golf Foundation "Blood
Donation Drive" di Mid Valley Mega Mall di Kuala Lumpur hari ini. - Foto
Bernama
KUALA LUMPUR - Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia menjadi
penderma darah tetap berbanding lima peratus penderma tetap di kebanyakan
negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, walaupun ketika ini bekalan darah di Pusat
Darah Negara berada pada tahap memuaskan namun dalam tempoh mendatang keperluan
itu dipercayai akan meningkat dan bertambah.
"Oleh sebab itu, usaha untuk menambah tabungan darah di
Pusat Darah Negara ini harus diteruskan, saya percaya kalau inisiatif sebegini
dapat dilakukan oleh ramai pihak terutama badan bukan kerajaan ataupun swasta
menerusi apa yang kita panggil tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"(Melalui usaha ini) maka peratusan rakyat yang tampil
ke depan untuk menderma kepada tabung ini akan dapat kita tingkatkan,"
katanya semasa berucap merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Yayasan Tan Sri
Muhyiddin Yassin (TSM) Golf Amal di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden TSM Golf Amal Tan Sri Megat Najmuddin
Megat Khas dan Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara Dr Afifah Hasan. - Bernama
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/hanya-2-5-peratus-rakyat-malaysia-penderma-tetap-1.281392
Quickly this particular excellent website will definitely irrefutably continually be famous among the majority of composing the weblog women and men, for that diligent content material in addition to recommendations.Help Poor People
ReplyDelete