Penganalisa
politik menyatakan bahawa Iraq kini di ambang peperangan. Ada pula
yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) sebagai polis dunia yang
mengujudkan pengganas-pengganas di Iraq dan tidak kurang juga
beberapa pemerhati politik melihat kewujudan militant dan ekstremis
di Iraq itu sehingga kini menguasai bandar kedua terbesar di Iraq,
Mosul dan kawasan utara Iraq boleh menggugat negara-negara jiran. Ada
agensi berita menyatakan bahawa lelaki misteri mengetuai serangan di
Iraq. Benarkah semua itu?
Sebenarnya, jika diimbas sepintas lalu,
Iraq telah lama berperang, sedang berperang dan memang berperang
kerana pengisytiharan kemenangan perang sebelah pihak oleh AS tanpa
dipersetujui oleh pemerintahan bekas Presiden Saddam Hussein. Maka
serangan terbaru daripada pejuang-pejuang itu adalah kesinambungan
daripada peperangan yang panjang yang pernah diisytiharkan oleh
Presiden Iraq, Saddam Hussein selepas AS menyerang Iraq. Pejuang-pejuang baharu keluar dari
persembunyian mereka.
Beberapa
hari yang lalu AS telah mengarahkan Armada-Armadanya di kawasan
Pasifik jika mereka berada di situ menuju ke kawasan berhampiran
dengan Iraq bagi memudah dan mengurangkan kos-kos penyelenggaraan
pesawat-pesawat dapat diminimumkan ketika melakukan tindakan di
kawasan-kawasan yang hendak disasarkan setelah mendapat isyarat melalui pemantauan
satelit atau derun yang imej-imejnya dibesarjelaskan dan jarak
sasaran yang wajarannya ditetapkan.
Keupayaan
AS menggunakan satelit, pesawat-pesawat peninjau, pegebom, penyerang, derun,
helikopter, pengangkut, peluru berpandu dan gabungan
keseluruhan persenjataan jarak jauhnya itu diakui hebatnya di samping
sekutu-sekutunya daripada NATO dan negara-negara Arab yang boleh
dimanipulasikan untuk menanggung bersama kos-kos menggempur
musuh-musuh AS dari kalangan pengganas-pengganas, militant-militant dan ekstremis-ekstremis di Iraq, jika AS menganggap mereka sebagai musuh dan kawan
jika berlaku sebaliknya.
Jika
ditakdirkan AS terlibat secara langsung berhadapan dengan
pejuang-pejunag ISIS di Iraq, ia seperti mengulangi peperangan di
Afghanistan menentang Taliban selepas peristiwa serangan pengganas
Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Washington D.C. Amerika Syarikat pada
11 September 2001.
Ada lima
perkara misteri dalam tempoh satu setengah dekad itu:-
Sehingga
hari ini Amerika Syarikat belum mendapat jawapan misterinya
serangan WTC di Washington D.C itu kerana pelakun-pelakunnya semua
mati seperti ditunjukkan dalam video melanggar menara bangunan
tetapi dalam masa yang sama dibahagian bawah bangunan turut meletup serentak seperti orang pitam rebah kebawah. Yang pastinya selepas peristiwa
serangan WTC, AS tergesa-gesa menyerang Afghanistan, negara miskin
dibawah pimpinan Taliban dengan menjustifikasikan melalui serangan
WTC atas nama pengganas.
Dikhabarkan
oleh lidah AS tentera-tentera mereka telah berjaya melakukan serangan kilat
hebat kepada Osama bin Laden di kawasan persembunyiannya di rumah
terpencil dan membunuh orang tua itu bersama pengawal-pengawalnya.
Serangan tersebut terancang setelah menerima maklumat dari risikan.
Mayat Osama bin Laden pula dicampak ke dalam laut supaya dimakan oleh ikan.
Selepas
beberapa hari setelah Osama bin Laden dibunuh yang mukanya mirip dengan ahli Parlimen Eropah, dikhabarkan lagi penyerang-penyerang
yang berjasa kepada AS itu terbunuh ketika mereka diangkut
beramai-ramai menaiki helikopter untuk satu tujuan misi dan kesian
helikopter mereka meletup di udara kerana kemalangan. Pingat-pingat berjasa, surat penghargaan dan majlis keraian merayakan membunuh bapa pengganas tidak sempat diadakan kepada
pejuang-pejuang itu.
Pada
peringkat awal serangan AS ke atas Afghanistan, seorang lelaki
misteri dikatakan memimpin Taliban yang menguasai Afghanistan kerana
tidak diketahui siapa orangnya. Selepas beberapa tahun baharu
dikenali lelaki tersebut adalah Mullah Omar. Walau bagaimanapun
sehingga kini gambarnya yang jelas masih misteri. Selepas
bertukargantinya beberapa orang Presiden Amerika Syarikat, dan kini
Barack Obama, Mullah Omar masih hidup dan berpengaruh, gerakannya
tersusun dan pada bila-bila masa boleh bertindakbalas ke atas
musuh-musuhnya.
Kini, di Iraq, dilapurkan seorang lelaki misteri mengetuai serangan
yang tidak diketahui siapa orangnya, daripada mana asal-usulnya dan
izzah yang dimilikinya. Apakah melalui lelaki misteri itu AS akan
mengalami nasib yang sama seperti di Afghanistan ketika berhadapan dengan
Taliban atau AS menunjukkan kecemerlangannya tanpa bantuan negara
sekutu kerana kawasan Iraq telah, dalam peta mindanya, keluasan
kawasanya dan seluk belok tanahnya difahami kerana ia pernah
menakluki Iraq beberapa tahun? Tentera-tentera Veteran perlu
dipanggil semula membantu merungkai masalah terkini supaya dapat
ditamatkan dengan segera militant tidak dikenali itu.
Dalam
strategi peperangan, Amerika Syarikat tidak akan melakukan serangan
secara solo ke atas pejuang-pejuang misteri yang hebat itu, kerana
jika berlaku juga dan ditakdirkan AS berseorangan menyerang
pejuang-pejuang singa itu, AS akan menerima padah seperti yang pernah
dialami oleh Kesatuan Soviet apabila menyerang Afghanistan secara
bersendirian, yang akhirnya, Kesatuan Soviet tumbang. Kesannya
Kesatuan Soviet berpecah. Mengambil daripada semangat dan peristiwa
tersebut, kini Rusia, berhati-hati dalam urusan menentang
manusia-manusia misteri yang tidak diketahui asal-usulnya.
Peperangan
AS dengan saki baki tentera Saddam Hussein, walaupun dalam keadaan
mereka kekurangan peralatan persenjataan, mereka tidak mengaku kalah, sama seperti Taliban di Afghanistan dikatakan kalah, tetapi sehingga
kini masih menyengat dan sekali-sekala memusnahkan sasaran dan
mengucar-kacirkan musuh-musuhnya. Semasa catatan ini direkodkan,
tentera-tentera Iraq pimpinan Nouri Al-Maliki lari lintang-pukang
daripada pos-pos mereka dan menyelinap menjadi orang awam apabila
berlaku serangan oleh pejuang-pejuang ISIS.
Hari ini,
AS sedang dihasut untuk berperang di Iraq, diperhatikan oleh sekutu-sekutunya kerana
secara tersuratnya mereka menyokong serangan ke kubu-kubu militant
yang kini sedang mengganas tetapi sekutu-sekutu AS berfikir dua kali
untuk menghantar tentera kombat di medan pertempuran. Manakala
pejuang-pejuang misteri pula ingin menuntuk dikembalikan hak-hak
mereka yang telah dirampas apabila Iraq diserang oleh AS bersama
pakatannya yang mengeroyok Iraq semasa dipimpin oleh Saddam Hussein
ketika itu. Walaupun Saddam Hussein pada ketika itu bersetuju dan
bekerjasama untuk perlucutan senjata pemusnah besar-besarannya; tetap
juga diserang apabila rahsia-rahsianya diketahui, musuh-musuhnya pula
bersekongkol menjatuhkannya maka Iraq diserang habis-habis tanpa
belaskasihan.
Pejuang-pejuang
ISIS, pejuang-pejuang misteri, pejuang-pejuang singa telah keluar
dari persembunyian mereka, pejuang-pejuang bekas tentera Saddam
Hussein, pejuang-pejuang Kurdis dijangka bergabung menghadapi
ketumbukan tentera AS di Iraq. Maka suasana perjuangan di Iraq
dijangka akan berpanjangan.
Dalam
tempoh yang sama keadaan di Ukraine dan Laut China Selatan akan
berkurangan provokasinya kerana AS terpaksa menghadapi
pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis di Iraq,
kerana jika lambat ditangani dikhuatiri minyak daripada Iraq tidak
menitik ke AS, dan perkara tersebut akan mengusarkan AS di samping
suasana ekonomi dunia yang kini tidak menentu dan melalui jalan sukar
pada masa hadapan.
Jika
ditakdirkan juga AS dan sekutu-sekutunya, terlibat peperangan di
Iraq ia terpaksa membayar harga yang mahal dengan pengarahan tentera
dan kerahan-kerahan paksaan kepada rakyatnya untuk berkhidmat kepada
negara seperti yang berlaku di Vietnam untuk memerangi
pengganas-pengganas misteri yang dikehendaki di Iraq.
Apabila
AS memulakan peperangan melalui serangan jarak jauh; bom lari, tembak
dari udara, peluru berpandu dan derun. Ia tidak menyelesaikan
masalah. Bahkan ia akan meningkatkan pengaruh pengganas-pengganas, kerana rakyat tempatan bersimpati dan akan bangkit mengangkat
senjata bersama militan. Akhirnya AS akan rugi.
Untuk
memenangi peperangan, AS mesti mengarahkan tenteranya berperang di
darat berhadapan dengan pengganas-penganas seperti singa itu, setelah
mereka bertapa dan keluar daripada persembunyiannya. Selepas ini kita
nak lihat siapa lelaki jantan di Iraq.
Diandaikan
AS memenangi peperangan dengan pejuang-pejuang ISIS ia juga dalam
keadaan sukar kerana berada di tengah-tengah antara Syria dan Iran,
yang dilabelkan oleh AS sebagai paksi kejahatan dan terlibat secara tidak
langsung dalam provokasi di Syria.
Walau
bagaimanapun, sekiranya AS berpakat dengan pejuang-pejuang ISIS suatu
scenario politik yang berbeda akan berlaku. Kita tunggu dan lihat, bagaimana mencorakkan masa depan Iraq yang menarik sejarahnya.
Kecerdikan
akan memenangi peperangan.