NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 29 July 2015

DAUN-DAUN SEGAR DICANTAS



Taman-taman surgawi yang rimbun pohonnya menarik pandangan apabila melihatnya, menceriakan, perasaan terasa lapang, tindakan bersifat proaktif dan kehidupan merasainya tenang. Puncanya kerana hidup berwawasan.

Kebiasaannya daun-daun kering pada pohon di taman-taman surgawi itu akan gugur dengan sendirinya  apabila tangkai-tangkainya telah mula menua, mengering, melemah dan gugur sehelai demi sehelai, seperti seorang tua penghujung hayatnya, mati. Daun-daun kering itu akhirnya menyembah bumi. Daun-daun tersebut menjadi sampah-sampah berserakan apatah lagi apabila datang angin sepoi-sepoi bahasa menolaknya terbang bersama kepelbagai penjuru.

Nun di sana pencarian MH370 masih kosong-kosong kerana para panglipur lara  telah mengerdipkan  mata  dan berbisik-bisik bahawa  dalam tempoh terdekat, MH370 akan ditemui setelah melalui lakunan-lakunan yang penuh dramatik sistematik dan penceritaannya berliku sukar sehingga pada satu peringkat ceritanya berlebih-lebihan dalam pahatan ilusi-ilusi kehidupan, namun orang-orang yang beriman memahami komplot dajal.

Walau bagaimanapun, pada akhir episodnya 1MDB menggegar kredibiliti kegeligaan anak-anak bangsa menangani kegoncangannya kerana potensi perniagaannya untung tingi-tinggi melangit tetapi disedut-sedut melayang-layang hilang terperosok bersama MH370 mengakibatkan 1MDB menanggung hutang diserap sebagaimana kabus-kabus pada waktu pagi  hilang disedut-sedut oleh pancaran matahari kerana diserapnya, akhirnya bumi yang terkena gerimis mengering disebabkan hebatnya matahari.

Bagi mengekalkan kecantikan taman-taman surgawi itu, ia pula senentiasa dalam keadaan ‘aman, tenang, segar berpanjangan’ maka dicantaslah daun-daun segar itu kerana ia menghalang kehidupan dan pandangan.

Pereka-pereka lanskap meneruskan pencantasannya kepada daun-daun, ranting-ranting,  dan jika perlu ditebangnya pokok itu dan digantikan dengan pokok baru. Kadang-kadang pokok-pokok besar ditanam dengan akar-akarnya, maka segar-bugar pada pandangan seolah-olah telah lama ditanam.

Taman-taman surgawi adalah kehidupan masa hadapan.





 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”