Mesilau mula malap. Tetapi ia
mula diingati oleh penduduk negara ini amnya dan warga Kundasang khususnya
kerana kekerapan banjir lumpur yang mengalir daripada kedukaan Gunung Kinabalu
dibadai oleh gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter 5 Jun 2015 (Jumaat). Kesannya
menangislah Gunung Kinabalu tanpa henti membasahi buminya sama ada dalam bentuk
hujan gerimis, hujan lari atau sekali sekala
hujan turun tanpa mengikut jadual mencurah-curah memasuki
rekahan-rekahan Gunung Kinabalu
mengakibatkan banjir lumpur berlaku dimulai dari puncak Gunung Kinabalu
menyelusuri gunung dan lurah memasuki sungai-sungai
sehingga alirannya melemah di hulu Sungai Mesilau.
Walaupun tiada langsung setitik hujan
turun di hulu Sungai Mesilau tetapi banjir lumpur tetap meredah sungai Mesilau
yang suatu ketika dahulu airnya jernih, kini berlumpur selut dan merbahaya kepada
makhluk di bumi terutamanya yang duduk berhampiran sungai Mesilau.
Apakah benar ilusi-ilusi
kedajalan Pengganasan Lahad Datu tempias di Gunung Kinabalu lalu meredah dan
mengganas di kawasan persekitaran dan lembah-lembahnya?
Mungkinkah ia memberi isyarat
bahawa pilihanraya umum ke-14 akan menghapuskan Pengganasan Lahad Datu dilambai-lambai
melalui perintah berkurung?
Melihat kepada senario ketika ini
di Mesilau, Kudangsang seperti menuruti Pengganasan Lahad Datu yang senentiasa
berjaja-jaga daripada marabahaya terutamanya kepada penduduk setempat.
Jika sepanjang Pantai Timur Sabah
telah diawasi rapi dengan ‘perintah berkurang’ oleh pihak keselamatan.
Barangkali di Mesilau tidak kurang
hebatnya dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya
penduduk kampong; terutamanya yang tinggal di lereng-lereng gunung dan sepanjang Sungai Mesilau bersiapasiaga menghadapi
musibah diluar jangkaan.
Perbezaan di antara banjir lumpur
Mesilau dengan Pengganasan Lahad Datu, antaranya ialah:
Bil
|
Perbincangan isu
|
Banjir Lumpur
Mesilau
|
Pengganasan Lahad
Datu
|
1
|
Tarikh kejadian
|
5 Jun 2015
|
9 Februari 2013
|
2
|
Hari
|
||
3
|
Masa kejadian
|
7.15 am
|
-
|
4
|
Peristiwa berlaku
|
Gempa bumi
|
Serangan pengganas
|
5
|
Respon menteri
|
TPM
|
Menteri pertahanan
|
6
|
Jangka masa berlaku
|
Beberapa hari
|
Sepanjang tahun
|
7
|
Jumlah kematian
|
19 orang
|
6 orang
|
8
|
Golongan mati
|
Majoritinya
kanak-kanak
|
Prajurit negara
|
9
|
Cara-cara kematian
|
Ditimpa batu-batu
|
Ditembak
|
10
|
Keadaan kejadian
|
Suspens
|
Gempak
|
11
|
Punca peristiwa
|
Perubahan alam
|
Tangan-tangan manusia
|
12
|
Tragis mayat
|
Cebisan-cebisan mayat ditutup
|
Jantung dicungkil dipertontonkan
|
13
|
Isu sensasi semasa
|
1MDB
|
Ambang pilihanraya ke-13
|
14
|
Situasi semasa
|
Banjir lumpur kerap
|
Perintah berkurung berterusan
|
15
|
Jangka masa peristiwa
|
Suatu tempoh yang sukar
|
Setiap 5 tahun pilihanraya umum
|
16
|
Persiapan terkini
|
Pemulihan
|
Siap pilihanraya ke-14
|
17
|
Rancangan hadapan
|
Sentiasa waspada
|
Siapsiaga (Ribath)
|
18
|
Harapan semangat
|
Hari ini lebih baik dari semalam
|
Esok lebih baik dari hari ini
|
19
|
Cogankata
|
Hari ini bulan mengembang
|
Esok matahari bersinar jaya
|
20
|
Rumusan
|
Alam mula murka kepada manusia mendajal
|
Allah berkuasa membolak-balikkan akal, perasaan manusia
|
Binalah kehidupan sebagai hamba Allah, bukan menjadi tuhan
membunuh nyawa manusia melalui pengganasan-pengganasan, seperti:
1. Pengganasan Lahad Datu
2. Kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit selori
senjata canggih dilarikan
3. Peristiwa Memali
No comments:
Post a Comment