Dalam satu majlis ilmu
orang-orang saleh, telah diadakan di Bukit Tur, Mekah dihadiri oleh lebih
daripada 70 orang. Tujuan mereka berhimpun di situ adalah untuk mendekat dan
merendahkan diri kepada Allah Taala, bercambah minda, mendalami ilmu ketauhidan
dan menanamkan sifat supaya diri senentiasa dekat dengan-Nya.
Kaedah pencarian makrifah itu pula berbeza-beza zamannya.
Kaedah pencarian makrifah itu pula berbeza-beza zamannya.
Ketika majlis ilmu tiba-tiba datang
seorang pemuda turut serta menghadiri percambahan minda itu. Walaupun ia
seorang pemuda tetapi perwatakan, gaya
dan gelagatnya menunjukkan beliau seorang anak yang saleh.
Sebagai insan yang takut dengan
dosa-dosa, maka pengabdiannya kepada Allah Taala amat dititik beratkan, pengharapannya 100 peratus sebagaimana pejuang Badar
pengharapan mereka 100 peratus kepada Allah Taala.
Semua aktiviti majlis ilmu itu
diikuti sepenuhnya oleh beliau sama ada majlis ilmunya, percambahan minda,
salat berjamaah, zikir, doa dan membaca Al-Quran. Setiap aktiviti tersebut
beliau pasti ada di dalamnya sepanjang tempoh tersebut.
Setiap majlis ilmu dan
percambahan minda itu, akan terpancar pada wajahnya kesungguhan mengikuti
setiap aktiviti-aktiviti tersebut kerana keprihatinan menghadirinya.
Pada suatu tempoh tertentu,
majlis ilmu dan percambahan minda telah diadakan di bawah pohon rimbun dan rendang daunnya, manakala rumput-rumput
hijau bertebaran di sekitar pokok dengan tumbuh segar menghijau kerana pada ketika itu musim hujan yang
meratai kawasan persekitarannya.
Dalam suasana hening itu, seorang
tok guru bersyarah tentang ilmu, khususnya yang berkaitan dengan makrifah dan
cara-cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Pemuda yang dahagakan ilmu itu
menghadiri majlis dengan tekun, serius dan fokus. Suatu penumpuan yang
meyakinkan, kesungguhan dan mantap. Pada suatu peringkat pemuda itu seolah-olah
seperti terbuai-buai mengikuti dengan tekun syarahan itu.
Tiba-tiba pemuda itu menarik
nafas panjang dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan, tidak semena-mena rumput-rumput
persekitaran terbakar hangus. Lepas itu, pemuda tersebut lalu beredar entah ke
mana daripada situ, tidak pernah ditemui dan tidak kembali lagi selepas itu.
Hebatnya pemuda tersebut kerana
ia adalah salah seorang ahli makrifah menjunjung perintah Allah Taala pada zamannya.
Ibrahim Syaiban menerangkan dalam
bentuk isyarat bahawa ciri-ciri seorang ahli makrifah itu seperti yang
dimiliki oleh pemuda itu.
Wahai pemuda-pemuda, bangkitlah
bersikap agresif bersama pejuang-pejuang Badar sebagaimana pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah bangkit mencontohi mereka
ketika ini.
No comments:
Post a Comment