"Tuan Dr., apakah yang menyebabkan kita sakit?"
"Sakit disebabkan ada sesuatu yang menimpa badan seseorang dan menimpa jiwanya. Kedua-dua perkara tersebut dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 10, surah al-Muddaththir ayat 31 dan surah an-Nuur ayat 48-50 dan 61 dan banyak lagi termasuk juga daripada hadith Nabi s.a.w. dan pengamal-pengamal perubatan"
"Dalam keadaan atau kaedah perubatan, tiga perkara mestilah dipatuhi, iaitu: pertama memelihara kesihat, kedua mencegah dari segala yang merosakkan dan ketiga mengeluarkan zat-zat yang rosak. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 184 dan 196 dan surah an-Nisaa' ayat 43 dan banyak lagi yang boleh dirujuk di dalam al-Quran dan hadith Nabi s.a.w.."
"Apakah penyebab penyakit tuan Dr.?"
"Banyak sebabnya, walaupun barangkali tidak selalu diketahui, tetapi besar manfaatnya jika diketahui dan menyelidiki sebab-sebabnya supaya penyakit itu dapat diubati dengan tepat. Jika kita ketahui penyakit itu, dua perkara perlu dilakukan: pertama menghilangkan sebab-sebabnya dan kedua menjauhkan diri dari penyakit tersebut."
"Penyebab-penyebab kepada penyakit, kelemahan atau kelesuan dan kematian, bolehlah dikategorikan kepada lima perkara: pertama disebabkan oleh kekurang zat-zat berfaedah untuk tubuh dalam makanan, kedua gangguan jiwa, ketiga akibat panas dan kesejukan yang berlebihan, keempat racun atau keracunan dan kelima luka-luka. Jika dihuraikan lima perkara itu amatlah panjang ceritanya"
"Islam menganjurkan supaya berubat bila sakit. Ubat menjadi mujarab ketika sakit. Ubat adalah penyembuh kepada pesakit dan ubat bukan penyembuh orang sihat. Jika sihat tidak perlu makan ubat. Ubat hanya sesuai untuk mereka yang sakit sahaja. Sabda Nabi s.a.w., yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Zubair, dari Jaabar bin Abdullah, maksudnya: Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla.""
“Apakah ubat yang mujarab itu?”
“Mengosongkan
perut.”
“Bagaimana
caranya?.”
“Berpuasa. Berlapar. Berpantang.”
“Ya,
kerana perut adalah punca penyakit.”
“Berpuasa, lazimkan berlapar, kosongkan perut.”
“Lapar
itu ubat. Nasihat
pun ubat.”
“Makan
dan minumlah, jangan berlebih-lebihan.”
“Jagalah
kesihatan melalui perut.”
"Makanan yang baik?"
"Makanlah makanan yang baik-baik. Tidak memudaratkan. Tidak beracun."
"Elakkan makan binatng-binatang ganas/buas, jangan makan binatang-binatang yang dilarang dalam Islam terutamanya anjing dan babi. "
"Makanan yang baik?"
"Makanlah makanan yang baik-baik. Tidak memudaratkan. Tidak beracun."
"Elakkan makan binatng-binatang ganas/buas, jangan makan binatang-binatang yang dilarang dalam Islam terutamanya anjing dan babi. "
“Baginda s.a.w. sangat menyukai yang
manis-manis dan madu.”
“Baginda
s.a.w. makan roti dengan lauk, jika ada dan adakalanya lauknya adalah daging.”
“Sabda
Nabi s.a.w., maksudnya: Daging adalah penghulu makanan penduduk dunia dan
akhirat.”
“Rasulullah
s.a.w. meletakkan kurma kering di atas roti dan bersabda: Ini lauknya.”
“Baginda
s.a.w. memakan buah-buahan dalam negeri bila telah tiba musimnya. Baginda tidak
berpantang mengenainya. Ini termasuk cara utama bagi memelihara kesihatan.”
“Orang
yang tidak mahu makan buah-buahan kerana takut sakit itulah yang menyebabkan
sakit badannya, jauh dari kesihatan dan kekuatan.”
“Makanlah
dengan sopan, jangan makan sambil bersandar.”
“Menyuap
makanan dengan sederhana, jangan gelojoh, cepat dan kelam kabut.”
“Nabi
melarang tidur sebelum makan malam kerana ia boleh mengeraskan hati dan
membahayakan kesihatan. Sabda
Nabi s.a.w.: Meninggalkan makan malam itu menyebabkan lekas tua.”
“Sebaik-baiknya
selepas makan malam hendaklah berjalan-jalan beberapa langkah atau mengerjakan salat
supaya makanan itu masuk semuanya ke dalam perut dan memudahkan pencernaannya.”
“Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencelah makanan. Jika berselera di makannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
“Nabi pernah bersabda: Barangsiapa berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
"Bagaimana pula tentang minuman?"
"Minuman adalah yang paling sempurna, untuk pemeliharaan kesihatan."
“Baginda minum madu dicampur dengan air.”
“Kadang-kadang Nabi s.a.w. minum susu asli tanpa dicampur apa-apa dan kadang-kadang dicampur air.”
“Baginda
s.a.w. tidak pernah minum ketika sedang makan, sama ada minuman sejuk atau
panas kerana ia boleh merosakkan dan tidak sesuai dengan keadaan perut.”
"Minuman adalah yang paling sempurna, untuk pemeliharaan kesihatan."
“Baginda minum madu dicampur dengan air.”
“Kadang-kadang Nabi s.a.w. minum susu asli tanpa dicampur apa-apa dan kadang-kadang dicampur air.”
“Dilarang
minum kerana tidak baik untuk kesihatan selepas berolahraga, sukan, berenang, jogging, selepas melakukan kerja-kerja berat, sesudah jimak, sebelum dan selepas makan, selepas makan
buah-buahan kerana ia tidak baik untuk kesihatan.”
“Nabi s.a.w. minum sambil duduk dan dilarang minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan terpaksa.”
“Jangan
minum sambil bernafas dalam gelas.”
“Jangan
minum sambil bercakap. Jangan
minum sambil berlari.”
“Jika
minum hendaklah dihirup dan jangan minum yang banyak sekali teguknya, ia
menyebabkan penyakit hati.”
“Nabi s.a.w. minum dengan tiga kali bernafas kerana ia melega dan lebih menyihatkan.”
“Nabi s.a.w. minum dengan tiga kali bernafas kerana ia melega dan lebih menyihatkan.”
“Jimak adalah paling terpuji di antara sebab-sebab pemeliharaan kesihatan.”
"Berapa
kalikah kekerapan jimak yang baik?"
“Seminggu
sekali, atau dua kali, jika lebih daripada dua kali dikhuatiri akan
mendatangkan mudarat kepada lelaki.”
"Bagaimana
pula jika beristeri empat?
“Menurut
Imam al-Ghazali: Hendaklah lelaki itu jimak dengan isterinya empat hari sekali
dan itu dianggap pekerjaan yang adil kerana menimbangkan bahawa dihalalkan oleh Allah Taala bagi lelaki itu empat isterinya, tetapi harus dia mengurangi atau
melebihkan kekerapan itu.”
“Menurut
Imam al-Ghazali lagi: "Nafsu syahwat itu, apabila mengeras dan tidak dapat
disanggah oleh kekuatan takwa, nescaya dapat mengheret kepada perbuatan keji.” Dan
katanya lagi: “Demi sesungguhnya, pada waktu syahwat itu ada hikmah yang lain
lagi, selain dari memberi beban untuk memperolehi keturunan, iaitu memperolehi
kesenangan pada perlaksanaan nafsu syahwat itu, yang tiada bandingan dengan
kesenangan itu, oleh kesenangan mana pun jua, apabila kesenangan itu boleh
kekal.”
“Sebutlah
nama Allah ‘Bismillah’ ketika makan minum dan pujilah ‘Alhamdulillah’ setelah selesai.”
Qutbah terfikir selama ini beliau makan dan minum tidak menurut peraturan. Umpamannya ketika menghadiri seminar atau kursus, jamuan, majlis kahwin, berbuka puasa kecuali jika makan di rumah sendiri masalah peraturan/disiplin pemakanan tersebut boleh diatasi. Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment