Ubat adalah untuk melakukan
penyembuhan yang dialami oleh pesakit. Sakit yang boleh dilihat dengan
mata, dirasai oleh lidah, perasaan dan perubahan sikap, dinilai oleh akal dan
naluri illahi.
Kecacatan pula bukan sahaja
disebabkan oleh kecacatan fizikal tetapi juga kecacatan disebabkan oleh
percakapan, perbuatan, tindakan, perancangan, niat atau lintasan dalam hati dan
akal.
Salah satu daripada kecacatan
adalah gangguan fikiran, stress/tekanan hidup, kemurungan, kecederaan pada
otak, masalah urat saraf, perasaan, was-was, ragu-ragu, ketidakyakinan dan
tingkah laku. Perlakuan tersebut dikenali sebagai jiwa. Dalam bahasa perubatan
dikenali sebagai psikiatri.
Manakala ubat bukan hanya
bersifat fizikal tetapi juga berbentuk nasihat, kaunseling, praktikal atau
suatu objek yang boleh difahami oleh akal sihat dan naluri rabbani bagi proses penyembuhan.
Ubat tidak menjelma secara
spontan. Ia terpaksa melalui proses pemerhatian, penelitian dan berinteraksi
secara langsung antara pengamal perubatan dengan pesakit.
Apabila seseorang bertindak
diluar daripada norma kemanusiaan; akan kelihatan perubahan sikap yang dilakukan; seperti bersifat pemencilan atau ancaman dan kadang-kadang ugutan. Kadang-kadang berlaku pakatan untuk menjahanamkan orang
lain sama ada disedari atau disengajakan dilakukan untuk menghalalkan matlamat
psikiatrinya. Maka adalah wajar kita
sebagai manusia yang berakal bersiapsiaga dalam apa juga keadaan, memantau
gerak-geri, kelibat dan melihat perubahan-perubahan sikap yang barangkali ada
sesuatu isyarat tentang perkara yang akan berlaku. Kita juga mesti mengambil
ingatan tentang tingkah laku manusia melalui:
1. Al-Quran
2. Sirah
Nabi
3. Iktibar
sahabat
4. Perjalanan
ulama muktabar
5. Sejarah
pemerintahan panglima-panglima tersohor
6. Kisah
perjuangan para mujahid
7. Sejarah
antarabangsa
8. Sejarah
dalam negara
9. Berpedomankan
golongan yang senentiasa bertaubat
10. Biografi
individu yang takut kepada Allah s.w.t.
11. Individu
yang keyakinannya mutlak kepada Allah s.w.t.
12. Hidup
mati ‘Laa ilaaha illallah’
Kita yang dianugerahkan akal yang sihat patut juga
meneliti dan mengambil kira keperluan teknologi semasa menurut perkembangannya
supaya kita tidak mudah dibuli.
Allah s.w.t. mengingatkan kita:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan
Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” ( Q.S. Al-Anfaal:60 )
No comments:
Post a Comment