Oleh
itu; ingatlah, ambil ingatan dan tindakan segera bahawa:-
1.Sihir tidak dapat memudarat seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t..
2.Orang yang mengamalkan sihir sebenarnya telah memudaratkan diri mereka sendiri tanpa disedari.
3.Apabila mereka mengikuti jalan syaitan, bermakna mereka telah mengarahkan diri ke jalan kekufuran dan ia mengundang laknat.
4.Antara jalan syaitan adalah sihir kerana tujuannya adalah untuk memporak-perandahkan keluarga dan masyarakat sedangkan perkara tersebut amat dimurkai.
5.Kepada ahli sihir dan mereka yang bersekongkol dengannya, sedarlah!
6.Jika kamu tidak sedar, kemudaratan dan masalah akan menimpa kamu semua.
7.Oleh itu bertaubatlah. Sebelum musibah bala berlaku.
1.Sihir tidak dapat memudarat seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t..
2.Orang yang mengamalkan sihir sebenarnya telah memudaratkan diri mereka sendiri tanpa disedari.
3.Apabila mereka mengikuti jalan syaitan, bermakna mereka telah mengarahkan diri ke jalan kekufuran dan ia mengundang laknat.
4.Antara jalan syaitan adalah sihir kerana tujuannya adalah untuk memporak-perandahkan keluarga dan masyarakat sedangkan perkara tersebut amat dimurkai.
5.Kepada ahli sihir dan mereka yang bersekongkol dengannya, sedarlah!
6.Jika kamu tidak sedar, kemudaratan dan masalah akan menimpa kamu semua.
7.Oleh itu bertaubatlah. Sebelum musibah bala berlaku.
Sabda
Nabi s.a.w., maksudnya:
“Sesiapa yang mendatangi sihir atau bomoh
lalu dia mempercayai kata-kata mereka, maka sesungguhnya dia telah mengkufuri
apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” (H.R. Bazzar dar Ibnu Mas’ud r.a.)
"Sesiapa yang mengambil ilmu daripada ilmu
ramalan (nujum), maka ia telah terjerumus ke dalam kategori sihir.” (H.R.
Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a.)
“Tidak akan masuk syurga para penagih arak,
orang yang mempercayai sihir dan orang yang memutuskan silaturrahim.” (H.R.Ibnu
Hibban daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a.)
Sihir
adalah sesuatu mentera yang diucap, dilafaz, dihembus atau diletakkan pada suatu tempat dengan
tujuan supaya orang di sihir itu akan berubah tindakannya daripada sedia ada
kepada ikut naluri penyihir bagi maksud mengkhayal atau mengelirukan dan
memecahbelahkan manusia. Penyihiran itu bagi mengalih perhatian daripada
perkara realiti kepada khayalan supaya kekeliruaan menjadi nyata.
Firman
Allah s.w.t.:
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan
mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir
(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah
mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan
isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap
beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala
dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.” (Q.S.
al-Baqarah: 102-103)
Bagi
mereka yang telah di sihir tidak dapat membezakan antara hakikat dan sihir
kerana mereka dalam keadaan mamai dan tidak dapat menguruskan diri; berlebih-lebihan
dalam tindakan, bertindak diluar sifat kebiasaan, mudah terlalai, tanggungjawab
diabai disebabkan mereka dikhayalkan oleh sihir tersebut.
Ahli
sihir pula walau bagaimanapun kuatnya sihir mereka tetap tidak boleh mengubah
ketetapan yang telah ditentukan di Lauh Mahfuzh lagi. Tidak boleh mengubah qada
dan qadar. Tidak boleh mengubah pertukaran siang dan malam. Tidak boleh
mengubah petukaran masa hari-hari silih berganti.
Kefahaman
hanya diperolehi dengan usaha gigih dan pemikiran jernih agar cahaya ilmu
pengetahuan memenuhi seluruh kalbu dan sesuatu ilmu, fakta diingini, jawapan
dan penyelesaiannya dicapai melalui kebenaran.
Perlu
diingatkan bahawa golongan zalim-orang zalim, menganiayai orang, berwirid
kedustaan, menyebarkan fitnah, meuar-uarkan kepalsuan, agen pemusnah, perosak
kedamaian, ligat dalam mengadu-domba, tamak dan mereka akan menerima balasannya.
Bila?
Masa
akan menentukan balasannya kerana ia akan berlaku dalam pelbagai kaedah dan keadaan, amat
malang bagi mereka jika kesedaran tidak berlaku sehingga nyawa dihujung halkum.
Kita mesti ingat bahawa bergantinya musim akan berlakulah sesuatu perubahan.
Sila
layari pautan berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sihir
http://id.wikipedia.org/wiki/Lauh_Mahfuzh
http://id.wikipedia.org/wiki/Lauh_Mahfuzh
No comments:
Post a Comment