Masjid Al-Haram di Mekah Arab Saudi |
Masjid Al-Aqsa di Palestin |
“Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’: 1)
"Dan
demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk
rupanya yang asal) sekali lagi, di
sisi "Sidratul-Muntaha"; yang
di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi
Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah)
semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari
alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan
(Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan
pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas. Demi
sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang
membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya." ( Q.S.
An-Najm: 13-18)
Isra
dan Mi'raj berlaku setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah, pada 27 Rejab
pada tahu ke-12 dari kenabian Rasulullah s.a.w. Ia merupakan peristiwa penting yang diraikan setiap tahun oleh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun,.
Sila lihat juga:
No comments:
Post a Comment