“Segala puji milik Allah s.w.t., selawat dan
salam semoga selalu tercurah kepada penghulu orang-orang dahuludan orang orang
kemudian, kekasih allah, Tuhan semesta alam, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang
jujur dan dipercayai. Semoga dicurahkan juga kepada
keluarganya,sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang berjihad meneruskan
perjuangannya dan mengikuti sunnahnya sampai datangnya hari kemudian
(pembalasan).”
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Q.s.
al-Israk: 1)
Peristiwa
Israk Mikraj merupakan peristiwa yang senentiasa diingati oleh umat Islam
setiap tahun. Bagi mengenang peristiwa tersebut, umat Islam akan mengadakan
pelbagai program sebelum, semasa dan selepas tarikh tersebut. Walaupun sambutan
tersebut diadakan pada tarikh tertentu tapi ia tiada had tempoh masanya kerana
tarikh masa dan tempoh tahun itu kita yang adakan bagi memudahkan mengingati
dan mengulangi peristiwa-peristiwa yang lepas. Peristiwa-peristiwa tersebut
senentiasa diulangi saban hari Cuma bezanya kita menyebut istilah ‘Israk
Mikraj’. Memandangkan peristiwa Israk Mikraj amat panjang perbahasaannya dan
kadangkala kita tidak sepakat dalam masalah-masalah yang diperselisihkan namun
kita bertemu pada satu asas iaitu beriman kepada nas al-Quran dan al-Hadith
serta mengelakkan diri dari penafsiran yang pelik-pelik. Di sini hanya beberapa
perkara dibicarakan daripada banyak peristiwa yang Nabi s.a.w. lalui ketika
Israk mikraj.
Ketika
membahaskan peristiwa Israk Mikraj, beberapa syariat islam belum lagi diamalkan
oleh masyarakat ketika itu (ia) terutama yang berkaitan dengan hokum dan
perkara-perkara yang diharamkan seperti: melihat orang yang meninggalkan
memakan daging masak yang sedap dan memakan daging mentah yang busuk. Peristiwa
ini adalah dalam bentuk perlambangan bagi individu
Yang
meninggalkan isteri-isteri mereka yang dihalalkan oleh allah s.w.t. tetapi
melakukan perzinaan yang diharamkan oleh allah s.w.t.. ini menggambarkan
bahawa zina dan akibatnya buruk menimpa pelakunya. Hukum zina hanya
diturunkan di peringkat Mekah sedangkanperistiwa israk mikraj berlaku pada
peringkat Madinah sebelum Hijrah.
Agak
sukar juga membahas sebuah hadith dan peristiwa-peristiwa Israk Mikraj itu
dengan penuh ketelitian serta pemikiran yang mendalam apatah lagi untuk
menggali ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya seperti ibarat-ibarat,
perumpamaan-perumpamaan dan peristiwa-peristiwa dalam peristiwa Israk Mikraj
kerana bagi memaparkan sesuatu peristiwa dengan terang dan jelas, kecerdikan
mengolah bagi memantapkan huraiannya, kelogikkan ilmiahnya dan kaitannya dengan
peristiwa Israk Mikraj. Ia bukan sekadar
melontarkan idea yang berkisar mengisi ruang masa sahaja, tetapi yang
penting adalah kehadiran batang tubuh individu dengan roh peristiwa Israk
Mikraj tersebut.
Pada
mukadimah ini dikemukakan beberapa hadith yang berhubungan dengan peristiwa
Israk Mikraj sebagai berikut:1
Imam
Bukhari mengatakan di dalam Kitab Sahihnya: Babul Mikraj, telah diceritakan
kepada kami oleh Hadibah Ibnu Khalid (katanya): Telah diceritakankepada kami
oleh Hammam bin Yahya (katanya): Telah diceritakan kepada kami oleh Qatadah
dari Anas bin Malik dari Malik bin Sha’sha’ah r.a. bahawa Nabi
s.a.w. telah bercerita kepada mereka tentang malam di mana beliau diisrakkan.
Nabi
s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Ketika aku sedang berada di Hathim dan ada
pula beliau berkata: di Hijir-sedang berbaring, tiba-tiba aku didatangi oleh
seseorang, lalu ia memotong. Berkata Qatadah:
Aku mendengar Anas berkata: Lalu ia (pendatang) itu membelah di antara
ini dan ini. Aku bertanya kepada Jarud, yang berada di sampingku. Apakah yang
dimaksudkan dengan itu? Ia menjawab: Dari bawah lehernya sampai ke bulu
ari-arinya. Dan aku mendengar ia berkata: Dari atas dadanya sampai ke bulu ari-arinya. Sabda Nabi s.a.w.:
Lalu orang itu mngeluarkan hatiku. Kemudian aku dibawakan sebuah bejana dari
emas berisi iman. Lalu dicuci hatiku, lantas disi kemudian dikembalikan.
Kemudian didatangkan seekor binatang yang tubuhnya lebih kecil daripada Baghal
dan lebih besar daripada Himar (Keldai), putih rupanya. Lalu Jarud berkata
kepadanya: Itu ialah Buraq, Ya Abu Hamzah. Anas berkata: Ya, binatang itu
sekali melangkah sejauh mata meandang. Lalu
aku kata Nabi-dinaikkan ke atasnya.
Kemudian Jibrail membawa aku sampai ke
langit dunia (pertama), lantas ia minta dibukakan. Penjaga langit itu bertanya:
Siapakah ini? Jawab Jibrail: Jibrail. Dia ditanya lagi: Siapa yang bersammu? Jibrail
menjawab: Muhammad. Penjaga itu bertanya lagi: Apakah ia telah dipanggil
mengadap? Jibrail menjawab: Ya. Maka diucapkan oleh penjaga itu kata sambutan:
Selamat datang baginya, sebaik-baik orang yang datang telah datang. Lalu
penjaga itu membuka langit itu. Ketika aku melalui langit itu, maka di sana
terdapat Adam. Maka Jibrail berkata: Ini ayah engkau Adam. Ucapkanlah salam
kepadanya. Lalu aku mengucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab salamku, lantas berkata: Selamat datang anak
yang saleh dan Nabi yang saleh.
Kemudian Jibrail bersama akau naik sampai
langit kedua dan Jibrail pun meminta supaya langit itu dibuka. Jibrail
ditanya: Siapakah ini? Jibrail menjawab:
Jibrail. Dia ditanya lagi oleh penjaga: Siapayang bersamamu? Ia menjawab: Muhammad. Ia ditanya lagi: Apakah
ia telah dipanggil untuk mengadap? Jawabnya:
Ya. Lalu disambut dengan ucapan: Selamat datang sebaik-baik orang yang datang.
Lalu penjaga itu membuka langit. Maka ketika aku telah melalui langit itu, aku
melihat Yahya dan Isa, bereka berdua ini anak lelaki Misanan dari pihak emak
saudara mereka. Jibrail berkata: Ini
yahya dan Isa, maka berilah salam salam kepada mereka berdua. Maka aku pun mengucapkan
salam kepada keduanya dan mereka pun membalas
salamku. Lalu mereka berkata: Selamat datang bagi saudara yang saleh dan
Nabi
Kemudian Jibrail membawaku ke langit yang
ketiga, lalu ia meminta langit itu dibuka. Ia ditanya oleh penjaga: Siapakah ini? Jibrail menjawab: Jibrail. Jibrail
ditanya lagi: Siapakah beserta engkau? Jawabnya:
Muhammad. Jibrail ditanya lagi: Apakah ia dipanggil untuk mengadap? Ia menjawab:
Ya, benar. Lalu penjaga itu berkata: Selamat dating, sebaik-baik orang yang
datang. Maka ketika aku melalui langit itu, terdapat Yusuf. Jibrail berkata: Ini Yusuf, sampaikanlah salam
kepadanya. Aku pun mengucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab salamku. Kemudian
ia berkata: Selamat datang bagi saudara yang saleh dan Nabi yang saleh.
Kemudian naiklah Jibrail denganku
sampai ke langit keempat. Maka ia mohon dibuka langit itu. Kemudian
ia ditanya: Siapakah ini? Jibrail menjawab: Jibrail. Penjaga itu bertanya lagi: Siapakah yang beserta engkau? Ia menjawab: Muhammad.Ia ditanya kembali:
Apakah ia dipanggil mengadap? Ia menjawab: Ya. Berkatalah penjaga itu: Selamat
datang, berbahagialah orang yang datang. Lalu dibuka. Setelah aku melaluinya,
maka kelihatanlah Idris. Jibrail berkata: Ini Idris, sampaikanlah salam
kepadanya. Aku pun menyampaikan salam kepadanya dan ia pun menjawab, lalu
berkata: Selamat datang saudara yang saleh dan Nabi yang saleh.
Kemudian naiklah Jibrail bersamaku hingga
sampai ke langit kelima, lalu ia minta dibuka langit itu. Ia
ditanya pula oleh penjaga: Siapakah ini?
Jibrail menjawab: Jibrail. Ditanya
lagi: Siapakah yang bersamamu? Ia menjawab: Muhammad. Ia ditanya kembali:
Apakah ia dipanggil? Jibrail menjawab:
Ya.Maka penjaga itu mengucapkan: Selamat datang, sebaik-baik yang datang. Maka
setelah aku melalui langit itu, aku lihat Harun. Jibrail berkata: Ini Harun,
maka ucapkanlah salam kepadanya. Aku pun mengucapkan salam kepadanya dan
dijawab olehnya. Lalu ia berkata: Selamat datang saudara yang saleh dan Nabi
yang saleh.
Kemudian naiklah Jibrail bersamaku hingga
sampai ke langit keenam. Lalu ia meminta dibuka langit itu. Penjaga
itu bertanya: Siapakah ini? Jawab Jibrail: Jibrail. Penjaga itu bertanya
lagi: Siapakah yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Penjaga itu bertanya
kembali: Apakah ia dipanggil mengadap? Jibrail
menjawab: Ya. Penjaga itu berkata: Selamat datang, sebaik-baik orang yang
datang. Maka setelah aku melalui langit
itu di sana ada Musa. Jibrail berkata:
Ini Musa, maka ucapkanlah salam kepadanya. Aku pun mengucapkan salam kepadanya
dan ia jawab salamku itu lalu berkata: Selamat datang saudara yang saleh dan
Nabi yang saleh. Tatkala aku melanjutkan perjalananku ia menangis, lalu ia
ditanya: Mengapa engkau menangis? Ia menjawab: Aku menangis kerana seorang muda
diutus sesudahku dan dari umatnya yangmasuk syurga lebih banyak daripada
umatku.
Kemudian Jibrailmembawaku ke langit ketujuh. Jibrail pun meminta dibuka langit
itu, kemudian ia ditanya: Siapakah engkau?
Jawabnya: Jibrail. Ia ditanya kembali: Siapakah yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Jibrail ditanya lagi:
Apakah ia dipanggil untuk mengadap? Jawabnya: Ya. Penjaga itu berkata: Selamat dating
baginya, sebaik-baik orang yang datang. Maka ketika aku telah melalui langit
itu aku melihat Ibrahim. Jibrail berkata: Ini ayahmu, maka ucapkanlah salam
kepadanya. Aku pun mengucapkan salam kepadanya dan ia menjawab salamku, lalu berkata:
Selamat datang anak yang saleh dan Nabi yang saleh.
Kemudian diperlihatkan kepadaku Sidratul
Muntaha yang buahnya seperti labu Hajar2 dan daunnya seperti telinga-telinga gajah. Jibrail berkata: Ini Sidratul Muntaha.Terdapat
di situ empat sungai, dua sungai di dalam dan dua sungai Nampak diluar. Maka
aku bertanya kepada Jibrail: Apakah kedua-dua ini, wahai Jibrail? Jawabnya: Dua sungai yang terbit di dalam itu
ialah dua sungai yang disyurga dan dua sungai yang terbit di luar itu ialah
sungai Nil dan sungai Furat3.
Kemudian diperlihatkan kepadaku Baitul
Makmur. Kemudian didatangkan kepadaku sebuah bejana berisi arak, sebuah bejana
berisi susu dan sebuah bejana berisi madu lalu aku mengambil bejana berisi susu.
Maka Jibrail berkata: Inilah kesucian yang
engkau dan umatmu berada di atasnya.
Kemudian diwajibkan atasku salat 50 kali
setiap hari. Lalu aku kembali dan
berjalan melalui Musa, lantas ia bertanya: Apakah yang diperintahkan kepadamu? Nabi
menjawab: Aku diperintahkan melaksanakan
salat 50 kali setiap hari. Musa berkata: Sesungguhnya umatmu tidak sanggup melakukan
50 kali salatnya setiap hari dan sesungguhnya aku demi Allah telah mencuba
manusia sebelum engkau dan aku pernah
merawat Bani Israel dengan perawatan
yang betul-betul, kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mohonlah daripadaNya keringanan untuk
umatmu. Lalu aku kembali, kemudian Ia memberi keringanan sepuluh. Kemudian aku
kembali kepada Musa, lalu ia berkata
seperti tadi. Maka aku pun kembali
mengadap kepada Allah , lalu dikurangkan sepuluh lagi. Aku kembali lagi
kepada Musa dan ia pun berkata seperti yang lalu. Maka aku kembali kepada Allah lalu diperintahkan atasku
sepuluh kali salat setiap hari. kembali
aku kepada Musa dan ia berkata seperti perkataannya yang sama. Lalu aku
kembali mengadap Allah , maka
diperintahkan kepadaku lima kali salat setiap hari. Aku kembali kepada Musa. Lalu ia bertanya:tahkan
kepadamu? Aku menjawab: Aku diperintahkan melakukan lima kali salat setiap
hari. Musa berkata: Sesungguhnya umatmu tidak sanggup melakukan lima kali salat
setiap hari. Sesungguhnya aku telah mencuba manusia sebelum engkau dan aku telah merawat Bani Israil dengan perawatan yang
sebenar-benarnya, maka kembalilah kepada Tuhanmu dan mohonlah keringanan untuk umatmu. Nabi s.a.w. menjawab: Aku telah memohon kepada
Tuhanku hingga aku merasa malu, maka aku
menerima dan menyerah.
Di saat aku kembali, ada seorang penyeru
menyeru kepadaku: Aku telah meluluskan fardhuku dan telah meringankan kepada
hamba-hambaku.”4
-----------------------
1. Petikan ini adalah
sedutan dari buku Isra’ Wa Mi’raj karangan
Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi dan diterjemahkan oleh Puan
Noraine Abu dengan tajuk: Isra’ & Mi’raj dan diterbitkan oleh: Dinie
Publishers, Kuala Lumpur. (Cet. 3, 2001)
2. Disebabkan di dalam kitab An-Nihayah: Hajar ini ialah sebuah negeri yang dekat Madinah, bukan Hajar Bahrain. Kemudian digunakannya lafaz ‘Qilal’ (labu/kendi besar) di sini untuk menunjukkan banyak airnya. Dan dinamakannya dengan ‘qilal’ (jamak dari qullah) adalah kerana biasa di bawa dan diangkat. Dari shahih Ibnu Hibban dengan tahqiq oleh Ustaz Ahmad Muhammad Syakir.
3. Al-Allamah Al-Muhaddits Al-Marhum Al-Ustaz Ahmad Muhammad Syakir mengatakan: Tidak diragukan lagi oleh orang yang berakal bahawa perkataan ini adalah majaz, yang dimaksudkan dengan dua sungai ini adalah kerana tawarnya, baiknya dan barakahnya. Qarinah majaznya di sini adalah qarinah aqliyah badihiyah di mana rasulullah s.a.w. menyaksikan bahawa sungai Nil berada di sebelah baratnya dan di antara keduanya terdapat padang yang luas membentang yang tidak mungkin keduanya itu dari muara yang satu dimuka bumi. Adapun yang ada dilangit itu, maka hal itu adalah alam material yakni perkara ghaib yang harus kita imani, tidak perlu kita takwilkan dan tidak kita ingkari. Ini adalah perkara yang tidak samar lagi., kerana itu janganlah anda dustakan serta berpaling sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang sekarang yang berguru kepada orientalis Perancis dan lainnya yang sangat ingkar terhadap ajaran Islam dan sangat berani mengejek-ejekkan Sunnah Nabawiyah dan pokok agama sekaligus. (Lihat Shahih Ibnu Hibban dengan tahqiq Al-Ustaz Ahmad Muhammad Syakir juz 1, halaman 196)
4. Bemulanya kefarduan salat lima waktu sehari semalam.
Pautan
yang diminati: http://en.wikipedia.org/wiki/Isra_and_Mi'raj
No comments:
Post a Comment